Wednesday, October 29, 2014

Salahkan ku~~ Jangan Salahkanku~~

Suatu Hari Di Dalam Kereta Menuju Ke Tempat Yang Tak Pasti.

TZ : Abg... orang tak puas hati ngan abg.

Aku : Asal plak? Abg ade wat salah ke?

TZ : Ntah, nak kata salah tuh tak la, tapi buat org ta puas hati.

Aku : Ape die?

TZ : Abg janji dulu, jangan gelak, jangan kutuk orang.

Aku : Cam siyes jek nih?

TZ : Tak la siyes sangat, tapi buat orang runsing.

Aku : Kenapa? Cer sakap??

TZ : Org pelik la ngan abg.

Aku : Asal? Arinih idung abg lubangnyer ke atas ke? (sambil belek cermin backmirror)

TZ : Tumbuk abg kang... Org sakap bebetul nih.

Aku : Ape yang pelik?

TZ : Ntah, org pon tak paham, org selaluuu keluo lepak, minum-minum, kadang-kadang ngan budak kelas, kan?? Ngan budak opis sumer, lunch ke, minum petang ke, dinner ke, selalu je kluo kan?

Aku : So??

TZ : Ehhh.. Tapi nih rahsia tau bang, jangan abg kabo kat org len plak. Org pikir, Org lau kuo ngan abg mesti jadik banyak makan, semua benda org nak makan, baru lepas makan pon nak makan lagik. Pelik la, kuo ngan member2, selera tak mari, kadang tak makan pon, minum jek, kuo ngan abg jek jadik macam tuh, kenapa ek bang?

Aku : Owhhhhh.... Itu jek... Hahahahahaha...

TZ : Abg tayah na sakap sebab org kuo ngan 'Pemuda Lindungan Kaabah' sgt eh??

Aku : Abg lom sakap pape lagi pon??

TZ : Eleyhhh... dah tawu sgt dah abg tuh... Hahahaha... Tapii... kenapa ek bang??

Aku : Susah jugak soklan awok nih, Eh?? Kat depan nun kan, lau tak silap abg la, ade akak tuh jual pisang cheese plus coklat rice, boleh tambah sos coklat lagi. Nak try??

TZ : Nak! Nak! Nak! (muke excited sambil gosok2 dan kepal2 genggaman tangan beliau)

Aku : Hikhikhik (Tutup mulut tahan ketawa)

TZ : (Perlahan-lahan menjeling dan berpaling muke ke arah aku) Abangggggg!!!! (jerit yang nyaring dan bingit) Tengokkk!!?? Makan lagi...


*Sesungguhnya betul kata Kak Rynn. Akulah Kamus Pemakanan.

Bebantal Air Tengok-Tengok Menu

Budak Degil

Tuesday, August 5, 2014

Kalau Meneeeeeeebang! Kalau Meneeeeebang! Si pooooohon Jaaaatiiiii....

Perempuan. Beraksilah sepertinya kamu itu perempuan.

Takk... Tak salah. Ramai sahaja yang tahu bahawa kamu itu mempunya ilmu mempertahankan diri yang tinggi. Ya... Ramai sahaja yang tahu bahawa kamu itu mempunyai keberanian yang tiada taranya. Yup! Ramai juga yang tahu, malahan mungkin semua disekelilingmu tahu bahawasanya kamu itu mampu sahaja untuk menumbangkan gajah yang sedang naik minyaknya hanya dengan sebelah tangan.

Mungkin. Mungkin juga aku cemburukan akan kekuatan mu itu. Atau... Mungkin juga aku mencemburui keberanian kamu melantangkan suara mu kepada sesiapa sahaja yang kamu yakini kamu mampu menumbangkannya.

Sesungguhnya aku juga inginkan kamu tahu, TIDAK, Ya, tidak semuanya yang kamu lihat itu adalah yang sebenar-benarnya sifat semula jadi yang kamu lihat. Sebagiannya hanyalah setengah atau mungkin juga suku dari apa yang mereka itu mahu memperlihatkannya kepada diri kamu.

Tunggu. Aku bukannya mahu memberikan ceramah. Tidak. Hanya mahu kamu ketahui. Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya ada satu tahap lagi ilmu yang kamu sangat cetek ilmunya. Ilmu itu juga memerlukan kamu mempelajari sifat MENGHORMATI.

Yup. Hormat. Betul, kamu hebat. Betul juga bahawa kamu tidak selayaknya mengambil kata-kata ku sebagai panduan. Kerna kedudukan aku tidak setinggi dimana tempat mu berpijak. Ya. Aku tidak mempunya wedges atau high heels seperti mana seharian yang kamu gunakan bagi mengalas kaki mu itu. Paling tidak pon, sepasang Crocs celop kalau bukan buatan Asadi, pastinya Jin Bei menjadi tanda nama alas kakiku.

Ingatlah, jangan dipersalahkan lelaki itu andai kau di abaikan. Ingatlah, jangan didayuskan lelaki itu andai sebuah tapak tgn melekat di muka mu. Jangan kau baculkan lelaki itu hanya kerana die tak melayan hangin beliung kau. Dan jangan pula sesekali kau sifat 'kelelakian'nya hanya kerana dia berlalu pergi dan tidak melawanmu.

Pasti. Pastinya kau tidak akan tahu apa yang akan mampu sang lelaki lakukan jika. Jika habis hormatnya pada kaum sepertimu. Jika habis rasionalnya kepada setiap perlakuan yang kamu lakukan padanya. Jika habis tempoh berhibernasi dari kelakuan-kelakuanmu yang berdaya bangkit amarah sang lelaki. Dan jika yang paling penting. Jika habis sabarnya akan kepada karenah-karenah mu yang senantiasa dan berhabis baik serta bersungguh-sungguh menguji kaji akan tahap kesabaran nya.

Penting. Penting nya bertoleransi. Tak salah kamu mahukan kemenangan. Sang lelaki tak terhegeh mahukan kemenangan dari kamu. Penting. Penting nya bertoleransi dengan sekali sekala memikirkan kenapa setiap masanya kamu itu selalu menang dengan lelaki. Paham? Tak paham, cuba pahamkan, Tak cuba takkan paham, biler tak paham, maka inilah yang terjadi. Salah paham. Hahahahaha... Sekian. Kau dok pandang jangan nak melopong sangat, bak Dunhill kau!!

Haaaaa... amik la. Nah lighter. Kau dulu masa kelas Jasimah, kau bukan selalu failed ke BM Chot?

Tuh dulu Nas... Aku pon ade wawasan gak, tak dulu, skang ape yang penah aku gagal, aku cuba laksanakan pada waktu nih utk buktikan bahawa aku sebenarnyer mampu untuk mengecapi kejayaan, tapi. Belum masanya. Ingat?? Belum masanya. Hahahaha...

Owhhhh...

Bebantal Air Angguk-Angguk Paham.

Budak Degil

Wednesday, July 23, 2014

Tempat Jatuh Lagi dikenang. Apatah Lagi Tempat Berjimba.

Haaaaaaa..... Nampak? Nampak? Nampak?

Tawu ape yang aku nampak?? Aku ade blog rupernyer. Hakhakhahak... Giler la, setahun menghilang sekarang menjelang, tapi aku bukan Hari Raya. Wahahahaha...

Seperti biasa, aku masih lagik seperti yang dahulu, masih lagik comel, single, dan kembang tak kuncup2. Wahahaha... Sehingga akhir entry last yang aku tulis, aku telah bertukar bos. Yang mana beliau seorang chinese, baik hati, professional. Tak marah-marah kalau aku buat salah, tapi sebaliknyer berbincang dengan aku, dan selalu bertanyakan masalah aku.

Terasa dihargai gittew. Tapi yela, ade baik, mesti ade kurang. Bos aku sorang yang workaholic. Biler dah bos macam tuh, secara otomatik, aku pom terpaksa rela untuk pura-pura rajin bekerja. Hahahaha... Memang tuh la sebab utama aku menyepi gamaknyer. Hakhakhak.

Eh, sampai disini dulu la ek? Bos dah seru2 tuh. Yelah, ade lah tuh yang dikehendakinyer tuh. Hakhakhak. Sampai berjumpa lagik. Jangan tinggalkan pose. Selagi tiada halangan, berpose la kamu agar raya lebih bermakna. Cam tade kena mengena jek kan? Hahahaha.. Chiao.


Kembali mengungkap Memori

Budak Degil

Wednesday, June 12, 2013

Antara Angin Dan Jakarta

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Diharap agar semuanya dalam keadaan sihat-sihat sejahtera hendaknyer yerk??

 Nih nak citer perbualan dengan adik aku yang berumur 10 tahun.

Pada suatu petang yang damai, disebuah kampung yang kelilingnya adalah sawah padi yang sedang menghijau. Terdapat seorang abang dan seorang adik duduk dipangkin bawah rumah nendanya. Mengambil angin petang dan dihembus angin sepoi-sepoi bahasa.

Si abang sedang menggunting cengkih untuk ditaburkan ke atas susunan tembakau yang berada pada hamparan kertas puteh bercap TCT. Di sebelah mereka terhidang sepinggan keledek goreng yang masih panas dan seteko kopi o panas yang masih belum bertuang.

Adik :: Bang, abang tawu Kawasaki KLX??

Abang :: Tawu.

Adik :: Tuh moto jenis ape bang??

Abang :: Scrambler.

Adik :: Laju tak??

Abang :: Yang berapa CC punye??

Adik :: Yang biasa orang main motocross tuh berapa CC bang?

Abang :: Ada 125, ada 150, paling tinggi 200 CC.

Adik :: Abang ingat ta semalam masa beli sate tu?? Yang adik nampak tu?? Tu berapa CC??

Abang :: Owh... Tu 150 tuh.

Adik :: Laju tak??

Abang :: Laju jugak la.

Adik :: Dengan LC abang, mana lagi laju??

Abang :: Kalau yang semalam punye tuh, sah2 la LC abang menang.

Adik :: Owh~~

Abang :: Kenape??

Adik :: Patut abang tak beli scrambler kan??

Abang :: Tak jugakkk~~
(sambil gulung-gulung kertas puteh bersama ramuan tadi)

Adik :: Kenape bang??

Abang :: Moto abang dah bikin. Sebab tuh laju.

Adik :: Owh, kalau biasa punye, moto abang kalah la??

Abang :: Agaknye la, tak penah test.

Adik :: Kenapa abang tak beli scrambler dulu??

Abang :: Tak laju.

Adik :: Tadi abang kata laju??

Abang :: Kalau standard, biasa-biasa, tak laju.

Adik :: Owh, CC moto abang berapa??

Abang :: 135CC.

Adik :: Kalau macam tu, menang la scrambler.

Abang :: Tengok rider jugak.

Adik :: Abang dah kalah 15CC. Laju la lagi scrambler tu.

Abang :: Yelahh~~

Adik :: Kenape abang tak beli scrambler bang??

Abang :: Tak cantek.

Adik :: Adik tengok lagi cantik dari LC.

Abang :: Tak minat.
(sambil nyalakan api dihujung perapan ramuan berbalut puteh tadik)

Adik :: Kenapa tak minat bang??

Abang :: Ntah. Macam tak sport jek??

Adik :: Adik rasa lagi sport la bang, cube abang tgk lampu dia, boleh tuko-tuko, boleh bikin lain.

Abang :: Tak minat.

Adik :: Laju, cantik, boleh bikin, kenapa pulak abang boleh tak minat?? Bukan abang minat bikin moto ke bang??

Abang :: Abang lagi minat LC.

Adik :: Owh~~ Memang abang langsung tak minat scrambler la ni??

Abang :: Takkk....

Adik :: Kalau orang bagi free bang??

Abang :: Abang Jual.

Adik :: Kenape??

Abang :: Tak minat jugak.

Adik :: Tapii~~ Free Tu??

Abang :: Yang sebenarnyer. Abang tak minat sebab abang pendek... Tawu?? Scrambler tuh tinggi~~ Abang ko nih, tarap2 tinggi budak sekolah jek. Tu tengok moto LC tuh, Adik dah boleh letak kaki kan kalau turun tongkat??

Adik :: A ah. Kenape eh?? Kenape LC Wak Awok, adik tak sampai??

Abang :: Sebabbbbb~~ Abang dah loweredkan spring dia depan belakang. Senang, Tak hinjut2 bawak moto. Bawak kat hiway pon potong angin, tak kena tiup angin lori beso. Tawu??~~

Adik :: Owhhh~~ Hikhikhik. Tak sampai~~
(Sambil mencapai keledek goreng dan berhenti untuk bertanya secara lanjut)

Kawasaki KLX 150

My Yamaha LC 135


Bebantal Air Love 4 Strokes.

Budak Degil

Thursday, June 6, 2013

Kalau Dah Tak Suka

Assalamu'alaikum kengkawan. Hahahaha... 
Nampak?? Tahap malas nak hapdet dah macam tade makna blog nih gamaknyer.. wakakaka...

Bz la saya skang nih kengkawan, nak buat camne kan, abang yang nih la sorang harapan hadek2 kandung. Wakakaka...

Nak citer pasal semalam jek pon. Situasi kat sebuah kedai buku dan majalah yang terkemuka tapi bertaraf franchais.

Masuk dalam kedai. Macam biasa. Tengok majalah yang mmg akan aku beli tiap2 bulan. Belek-belek kejap.

Mak Nam :: Alaaaa~~ Lelaki, takde lain. Carik la trick lain. Kunun belek majalah kereta, tapi majalah kereta pon sama bersubahat.

Kawan Mak Nam :: Kenapa pulak??

Mak Nam :: Name jek majalah kereta weh. Bukak dalam, nahhhh~~ Terjojol sana, terjojol sini, tayang sana, tayang sini, gambo pompuan jek yang banyak.

Kawan Mak Nam :: Yeke?? Macam tuh ke??

Mak Nam :: Ish ko nih, takkan la tak tawu. Dah lama aku perati. Sumer lelaki sama jek. Majalah kereta konon. Baik beli majalah Playboy tuh. Terang2 sumer bukak. Saving2 tengok majalah kereta. Hipokrit!! Pakai songkok, kopiah, sama je perginyer kalau dah nama lelaki... pot pet pot pet pot pet....

Aku :: Pegang kepala. Tengok cermin kat sebelah rak majalah.

(Pergi kat Mak Nam dan Kawannyer)

Aku :: Assalamu'alaikum. Maaf la ganggu.

Mak Nam :: Wahh~~ Bagi salam~~ Tak ganggu pon... Kenapa ye??

Aku :: Err.. takde la, saya terdengar cik nih tadi berbual. Jadik saya da tengok keliling, bukan ape, takot salah. Tapi memang saya sorang jek laki kat bahagian nih. Pakai kopiah pulak. Cuma nak tanya, memang tuju kat saya ke??

Mak Nam :: Eh, bagus la kalau terasa. Betul pon kan aku cakap?? Nak nafikan ape bende?? Dah memang lumrah.

Aku :: Err... Cik ni penah baca ke semua buku2 atau majalah kereta??

Mak Nam :: Ehhh!!~~ Kenape?? Ko nak nafikan ke macam mana?? Tak payah tipu la. Betul aku tak pernah baca semua, tapi alaaaa... Majalah untuk lelaki memang macam tu. Tak sah kalau takde perempuan dalamnyer. Yang terang2 kulit depan pon dah nampak pakaian tak cukup kain ape semua. Memang itu la pon yang lelaki tuju kan?? Pot pet pot pet pot pet.

Aku :: Err... Jap2. Boleh tunggu sekejap tak?
(Sambil suakan majalah yang aku beli)
Pernah baca dan tengok ke majalah ni??

Mak Nam :: Err.. Tak payah pon, Aku tawu memang same jek.

Aku :: (Amik dua keping majalah tu, gi bayar then gi balik kat Mak Nam tersebut)
Macam nih la cik. Saya baca majalah nih dah lama. Since 1999. Masa tuh umo saya 11 tahun.  Nih saya hadiahkan pada cik. Keluaran Julai 2013. Cik baca lah. Kalau ada gambar-gambar yang macam cik sakapkan tadik, Saya pon malu la nak sebot kan. Cik claim dengan saya. saya ada sini tiap 1-5hb tiap2 bulan. Adik Cashier tuh pon kenal saya. Boleh tanya dia. Kalau betul ada, bulan depan cik jumpe saya kat cini. Saya akan bayar ape saje yang cik beli  setiap bulan kat kedai nih. Boleh?? Owh yerk, BTW, saya cuma nak bagitawu, saya paling suka baca ruangan SMS Mat Kacau kat belakang sekali tuh. Saya gerak dulu la yerk.  Assalamu'alaikum.

Kawan Mak Nam :: Eh awak!! Sori eh!?

Aku :: Ok. (Sambil cenyum)

Balik sampai umah, dok pikir.

Agaknyer la kan. Tak semua ape yang kita buat itu menyenangkan orang yang ada di sekeliling kita. Waima ketika kita sedang duduk diam disebuah bangku taman pon barangkali ada yang tak senang dengan kehadiran kita. 

Tapi Ape-ape pon, sila lah bersangka baik. Tak rugi ape pon bersangka baik. Tapi kalau dah tahu mmg ada niat tersembunyi tuh, tak guna jugak bersangka baik ye tak?? Hahaha.. Donia~~ Donia~~ Ini lah yang dinamakan kehidupan.

Last But Not Least. Nak berkongsi bersama majalah yang mmg dah lama aku baca nih.
Due to lack of memory henpon yang berkapasiti cume 1gb tuh. So gambar majalah nih dirembat dari abam Google.



Bebantal Air Berazam Keluar Rumah Pakai Singlet Saje Lepas nih.

Budak Degil

Monday, May 13, 2013

Anak Cik Nor.

Assalamu'alaikum kengkawan. Hahahaha... lama betul la aku tak menaip kat cini. Terasa macam "Eh?? Aku ada Blog?" Wahahaha...

Nih nak cerita Pasal kejiranan lah kan. Hahahaha.... Ini masalah yang aku rasa akan dihadapi oleh setiap insan bernama maknosia. Kat mana-mana jek akan ada spesis, jaga tepi kain orang, caring jiran miran, hasad jiran sebelah. Dan bermacam-macam lagik.

Al kisah balik kampung semasa mengundi PRU13 yang lepas, aku dan mak aku pon bersembang-sembang.

Mak : Wi, selalu kalau bawak kereta tuh, mmg tak pernah nak slow ke?

Aku : Kenapa mak?

Mak : Takde la. Ada orang bagitawu.

Aku : 'Beliau' ke??

Mak : Siapa lagii~~

Aku : Pedulik ah, mak nih, bukan ta tawu pangai beliau tuh.

Mak : Tade la. Bukan ape, tak cedap la, dia jaja nama abg (panggilan aku kat umah) kat orang len.

Aku : Dia sakap ape?

Mak : Macam biasa la.

Aku : Ape??

Mak : "Anak Nor tuh, kalau bawak kereta, moto, tak reti nak perlahan, macam ribut, nak pergi mana ntah"

Aku : Tuh jek??

Mak : Sumer ayat dia lebih kurang jek la macam tuh.

Aku : Abaikan la. Mak macam tak biasa.

Mak : Kenapa plak cakap macam tu??

Aku : Mak, abang nih, dari darjah 2 mak, bukan dari dapat lesen. dari kayuh basikal nun. Kalau mak ingat la, tuh makcik **** tuh, tak ingat? Time kiter dok taman dulu, Kemain ayat dia " Nor, anak ko kalau bawak basikal nak pergi sekolah tuhhh... Nauzubillah.. Laju betol, Moto pon dipotongnyer"

Masa kita dah pindah ke Berek. Makcik ****** pulak, " Anak ko Nor... Bawak basikal, bukan nak pergi mana pon, pergi mesjid tuh jek, macam ribut, aku bawak kereta pon dia sampai dulu"

Makcik guard tuh, sape nama dia? Acik ****?? Haaa.... Ingat kan ayat dia yang mak marah sangat tuh?? "Anak Ko Norr..... Bawak moto... Lebih kurang ayah dia jugak, Pelesit... Ngantor adik skulah agama jek, baik2 la cakap dengan dia"

Mak pon tawu ayah bawak moto cane kan??

Nih pulak yang dok depan umah nih pulak yang kata abang bawak keter laju?? Haish.... Abang tanak jek jadik macam anak2 makcik yang bercakap tuh.

Mak : Jadik ape?

Aku : Seminggu lepas makcik2 tuh ngata abang, kan anak2 diorang masing2 eksiden?? Tapi bukan la abang yang doakan. Tuh kerja yang Atas.... tapi mmg kebetulan pon tiap kali kan??

Mak : Hish.. tak baek cakap macam tu la. Mendoakan yang tak baik.

Aku : Bukannnnn.... Tak pernah pon mendoakan diorang macam tuh mak. Tapi sumer nyer kebetulan. Tanak la anak makcik **** pon kena benda yang sama.

Mak : Haish sudahlah. Jangan cakap pasal ni. Seram mak.

Aku : Aik?? Mak yang bukak topik, hahaha... Dah la mak, dia nak sakap ape, biarkan la. Dari kecik pon mak dah dengar mende2 macam nih, nak kusut2kan kepala mak dah kenapa?? Anggap jek la beliau seorang jiran yang caring.

Mak : Betul jugak kan?? Dari kecik... (ketawa kecik & Termenung)

Aku : (Ketawa dan bersiap nak mandi sebab nak maghrib dah) Eh mak, kalau la kan... KALAU.... Kalau jadik pape kat anak makcik tuh, cane mak?? (sambil menjengulkan kepala dari sebalik dinding bilik tido)

Mak : Sudah!! (sambil baling kusyen ke arah aku, tapi tak kena)

Aku : Hahahaha!!! (Lari mengekek2 sambil Gedegang!! Tutup Bilik Air)

Bebantal Air Banyak Jiran Yang Caring

Budak Degil

Wednesday, March 27, 2013

Friday, March 22, 2013

Bangga


Assalamu'alaikum!!

Dah tuh jek nak update. Babai.

Bebantal Air Cenyum-Cenyum Cimpul

Budak Degil

Friday, March 1, 2013

Bila Bulan Mengambang, Makan Nasik Ambang Dengan Lelaki Berjambang

Assalamu'alaikum!!

Hahahaha.. Arinih Terjumpe Gambo Nih.

Apekah!!??

Hahahaha... Ecely aku rasa perkara nih dirasai oleh semua lelaki yang memerlukan rutin bercukur. Wahaha...

Kadang bukan malas nak bercukur. Biler selesai bercukur semua, Nah!! Muke tak macam kanak2 plak kan tgk kat cermin. Aku sniri kadang tergelak tengok muke sniri yang bercukur abis. Pastu wat la pangai. Tak kuo umah seminggu. Gi balik kije jek. After seminggu. Haaa... baru cam ada keyakinan dan berasa lebih dewasa. Phuiii!! Wahahahaha!!

Mungkin disebabkan perkara tersebutlah aku memilih utk mempunyai Jambang. Hahahaha... Baru la orang kata ada gaya Dedi2 lite2 kan?? Hikhikhik.

Pegang anak pon (even anak orang len), orang tak tengok semacam jek. Ngeh ngeh ngeh.

Jadik. Jangan menyalahkan jika anda berjumpe sesiapa yang mula berjambang atau pun membiarkan jambang2 mereka itu berleluasa dengan jayanya. (kalau buleh kasik trim la, baru hensem, bukan cam meliar seperti tumbuhan meliar).  Mungkin ada sebab dalam diri mereka yang kita tak tawu.

Sekian laporan jambang bagi lelaki berjambang. Wahahahaha.

Bebantal Air Senyum-Senyum-Senyum.

Budak Degil

Wednesday, February 27, 2013

Gangster Cap Mintak Kaki

Assalamu'alaikum!!

Marah Pagi Nih!!

Kau sorang pompuan. Buat gaya pompuan. Tayah rasa nak tunjuk otai sgt. Kengkang2 jalan pegang kayu bagai. Ingat kau buat macam tu orang respek kau ke?? Hey sana, Hey sini. Tolong la. Jangan cemarkan institusi keperempuanan kau. Gangster kau tuh cuma 1% jek dari gangster adik bongsu aku. Kalau tak sebab aku pikirkan maruah kau. Memang aku sangkut je kau kat bucu mesin vending air tadik. Haish!!

Ingatlah, camne lagak gangster pon kau, kena sontot mengandung jugak.

Phuiii!!

#Luahanhatiyangmaluatashilangnyakeayuangadismelayu

*Maafkan diri ini di atas penggunaan kosa kata yang agak melampau di pagi hari rabu.

Bebantal Air Oh Bebantal Air

Budak Degil