Friday, July 15, 2011

Teringat Ku Teringat~~

Hahahahahahaha!!! (see?? gelak lagik).

Ecely pagi nih aku bukak Fb, then terbaca lak status dak Ema Syuga Mami Putrajaya Yang Howt Lagi Spicy.. (Hamikkk!! Pakej aku bagi!! Hahaha).

Sebab?? Sebab status beliau dalam Fb telah menyebabkan aku mengenang perkara yang pernah berlaku kepada diri aku snirik.. Hahahaha.

Camni citernyer.. Once Upon The Time.. If I not Mistaken, in the year of 2005, There is Bebantal  Air which is weighted about 115 kilos. (pergh!! skipping London! Hahaha)

Aku adalah abang yang sulung dimana aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan menghantar adik aku kesekolah bagai. Jadiknya mmg kije aku la tetiap hari, lau balik sekolah jek, amik adik aku, petang lak nganto ke sekolah agama. Petang lagi, amik semula adik aku balik dari sekolah agama.

Satu hari itu, aku telah memontengkan diri, dengan alasan tak belajo. Sebab?? Sekolah aku terlibat dengan perbarisan Le Tour De Langkawi, dan secara automatiknya mmg takkan belajo punye la. (Memang tiap kali event Le Tour, Sekolah aku mesti jadik mangsa untuk memanggil pelajar-pelajar sekolah untuk berdiri di sepanjang laluan basikal tersebut lalu).

Ayah aku kata, Okeh, Hahahaha.. So pepagi beliau pergi la kije. Tengah hari tersebut, bilamana setelah aku mengenyangkan diri dari rasa lapar, Ayah aku call rumah (Dulu umah aku ade tipon umah, hahaha).
"Wi, pukul 2 kang amik akak, ayah ada meeting, tak balik, cakap kat mak, ayah tak makan kat umah".

Akak adalah panggilan aku kepada adik aku yang 2nd nih, beza umo cuma setahun kot. Yela, masa aku setahun 2 bulan, beliau pon lahir. Cian aku.. hahahaha.. Adik aku nih dok asrama, mungkin masa tuh ada cuti ke hape ke ntah, tuh yang ayah aku suh amik beliau tuh.

OMG!! Aku baru ingat nak kuo umah. Huhuhuhu. Maka setelah jam menunjukkan 2 petang, aku pon memakai helmet apollo (top wo helmet nih masa tuh) dan bersedia untuk menaiki 'unta' belaan aku. Sebuah Honda C70 yang gagah lagi autobot.

Penat la aku carik kunci 'unta' aku tuh, mana ntah pulak aku letak. Aku pun turun la tgk kat moto. (Umah aku berek polis. Aku dok tingkat 3 masa nih). Tade.. Aku naik balik, tipon ayah aku, ayah aku cakap "moto ayah bawak, ko bawak keter gi amik akak".

Aku pon masuk ruang chenta mak ayah aku (bilik la maksudnya). Then amik la kunci tenggiling belaan ayah aku pada ketika itu.

Dengan penuh perasaan hebat dan macho, aku bawak la Toyota KE70 bapak aku dengan gahnya. (masa tuh aku da ade lesen keter lau tak silap, sebab ayah aku nih, lau aku tade lesen, memang aku tak dibenarkan untuk membawa sebarang kenderaan bermotor. Ngeh ngeh ngeh.

Syok memandu, aku menghampiri sebuah trapik lite. Keter sebelah aku adalah sebuah Honda Eg6. Dok tgk-tgk aku, then rev2 enjin keter. Aku dalam ati, berkata "Blah la!! Keter std aku, boleh la ko rev2, gi la lumba ngan Skyline sane". Aku mula ase nyirap biler driver tuh ciap gegelak kat aku. Ceh!! Poyo!!! (Aku cakap dalam ati jek).

Sampai lak ke trapik lite kedua. Sebuah kancil Merdeka Edition 850. Masa tuh, model kancil nih la paling top. Sebab kiut dan more curvy bentuknya. Sekali awek la!! Tgk-tgk gak usha line kan? Tapi sekali toleh, beliau sedang gelak-gelak. Adess... Mental pulak pompuan nih. Tak jadik nak ngorat. (Pandai ke aku ngorat? hahaha)

Masuk Trapik Lite ketiga. Sebuah Keter Nasional berjenama Wira dok sebelah. Pon Same!!! Dok gelak2!!! Aku dah hangin dah. Ciap membebel. "Ape? tak penah tgk orang gemuk bawak keter ke? Ke hari nih Hari Mental Sedunia?" Aku tatau. masih bertanda tanya.

Dengan muke tak puas ati, aku pun melihat ke backmirror (Cermin pandang belakang). DEMN!!!!
Aku ketawa sorang-sorang2!! Berdekah2!!

Apekah?? Adakah aku jugak mental? Yup!! Korang tawu aku nampak ape? Aku nampak muke aku sangat-sangat macho dalam cermin itu kerana masih menggunakan helmet yang aku sarong masa carik moto aku!! Hahahahaha!!!!!

Giler malu aku masa tuh. Tatau mana nak sorok. Serta-merta teringat beliau-beliau yang dok sebelah sambil gegelak kat aku sebelum tuh. Hampeh tol!! Cane la aku boleh luper nak bukak helmet? Agaknye dari masa mula aku drive, ramai kot yang gelakkan aku. Cisdel tol.

Punya la malu aku masa tuh, dengan tak menanggalkan helmet, aku rev keter kuat2, sebaik hijau jek, aku lepas clutch keter laju2. Memang melompat la keter kan, Ala-ala drift gitu. Lepas tuh, aku carik stesen minyak, park belakang stesen, (Besanye ade toilet kat citu). Then aku bukak helmet, trus masukkan dalam but kereta. Hahahaha...

Kuo dari stesen minyak, aku wat muke tanpa apa-apa yang telah berlaku, dan aku pun mengambil adik aku yang tersebut. Hahahaha.. Sepanjang jalan memang aku dok gelak dan senyum sendirian memikirkan cane la boleh sampai aku luper nak bukak helmet aku?? Giler mistik.. Hahahaha.

Sehingga ke hari ini, tiap kali aku masuk ke dalam kereta, tabiat aku adalah memerhatikan backmirror. Hahaha.. Takot terpakai helmet lagik.. ngeh ngeh ngeh. 


Tenggiling belaan ayah aku masa tuh sejibik macam nih, ini lah modelnyer, dengan lampu bulat. Besh giler bawak keter nih. Toyota KE70 Dx. Cumer kaler beliau adalah Maroon. Heheheh...

Sampai Hari ni, aku takkan boleh lupakan hari tersebut. Hahahaha!!!

Bebantal Air Mem'flashback'

Budak Degil

5 comments:

Miss Tasantek said...

kah kah kah. padan mka kau gemok.
oi. awek kat sebelah tu konfirm2 cakap kau ni mental. dah gi daftar spital mental ar.

Cik Sue Tukang Tulis said...

hahahah dah tu masa ko call ayah ko tu..ko bukak helmet tak?ke dengan helmet2 skali ko pakai then call ayah ko?hahaha

Hustler said...

Kak Long :: Hahahaha... aku dah deal, minggu depan aku masuk intake baru kat tampoi.

Su :: Hahaha.. kan aku pakai helmet apollo? muat dowl masuk gagang tipon kat sebelah tinger dalam helmet, tuh yang aku ta pasan tuh.

Unknown said...

aku ada borang lebih.. bantal lebih pun ada..mahukah???

tat!n said...

hahahaha mawi gilerrrrrrr!! tbahak2 aku gelak ni weh!