Monday, August 15, 2011

Kesukaan Dalam Keterlongkopan.

Tajuk rare kan? Hahahaha. Siyes, kejadian yang tidak di ingini telah berlaku. Dengan kelam kelibut, aku pun pulanglah ke pangkuan jalan tempat pemastautinnya kedua Ibu dan Bapa kandungku dengan harapan tiada apa yang buruk terjadi.
(Amacam?? Ada gaya sastera tak?)
 Sakit, Sedih, dan Kelukaan. Itu yang telah dihadapi. Tapi?? Mampukah aku mengatasi itu? Rasanya mampu (ayat sedapkan diri). Lau jadi pada aku, aku tak hirau mana pun. Tapi untuk org yang aku syg, sedikit mana pun kelukaan beliau, aku cukup gelabah. Namun, syukur ku panjatkan, beliau tak apa-apa.

Anda memang kuat dek!!! Tak sia-sia ko dilahirkan sebagai seorang adik yang hensem.
(Abang ko jugak yang tak hensem, Huh!!)
Ni la adik aku, Hensem kan??

Cukup citer sedih. Nak wat citer gelak-gelak pulak. Pe rabang sedih-sedih kan? Ni nak bukak citer perangai aku yang sangat annoying dan pakar dalam menyeksakan orang-orang. Buka pekung kah? So wut? Hahahaha...

Anda rasa anda Artis? Anda rasa anda Howt? Hahaha.. Se Howt mana pun anda, dan se Hartis mana pun anda, anda takkan berjaya di label 'Howt' dan 'Hartis' Oleh den selagi belum melepasi ujian teknikal bergelar, "Ujian Mental dan Fizikal Budak Degil"

Anda kenal siapa Ini??

Puan Tasantek mengaku budak ini kembar beliau.

Ya, kembar Puan Tasantek memang di akui, seorang yang artis lagi Howt. Beliau juga memiliki peminat yang berjuta, selautan gelora di Danga Bay.
(Giler sanskrit perumpamaan aku).

Power~~
(nih ayat adik aku lau nak menunjukkan sesuatu yang incredible)

Setelah bersedih-sedihan. Muncul makcik nih dengan kuasa super power ala-ala Sailor moon. Tibe-tibe jerit "Dengan kuasa bulan! Akan menghukum mu!!"

Erk??!! T'anjat Boboy~~

Ntah camne kekdahnya. Beliau telah muncul di rumah aku. Kekdahnya, beliau nih tengah jenjalan sensorang, macam kulu kilir, Jumpe lak kat tepi hiway.  Saje la benti tepi, tanya nak pergi mana. Beliau jawab. "Nak cari tempat berbuka". Hahahaha... Cedey keadaannya, comot, main batu tepi jalan. Tuh bawak balik tu. Igt nak anto balai terus, suh carik mak ayah budak ni. Tapi beliau cakap, beliau pose, so, bawak balik la jap, bagi beliau berbuka. Ahakz! (Sadis tak?)

Sampai rumah, Mak dah 'T'anjat gegurl!!'
"Nih sapa lak nih?" Soal beliau.

"Orang gaji baru".
(selamba tak??).

Hahahaha... Lepas tuh bermula sesi temuduga dan perbincangan untuk cara pembayaran gaji sumer. Dan, beliau telah berjaya dalam temuduga tersebut. Temuduga lisan jek. Ada temuduga praktikaliti pulak tawu??.

Maksud?? Haaa~~ Kat cini la ujian sebenar bermula, ahakz! Beliau telah diuji dari semua aspek ujian mental dan fizikal di dapur. Dari kecik-kecik punya hal, sampai la ke besar-besar punya hal. Mari lihat aksi-aksi beliau.

Muke konsentret.
Nih eksen jek nih, padahal beliau angkat-angkat daun jek tuh.

Yang nih bebetul punya.

Muke kesian mintak makan, "Lapo" katanya.

Ha.... Itu adalah asas2 jek, belum lagik suh cek satu2 kan?? Nak tgk lagik? Kat cini beliau telah berjaya menyerlahkan kepakaran beliau. Mari lihat siapa yang kena!!!

Acheh!!! Giler teliti!!
"Makcik!! Betul kan camni??" Huahuahuahua!!

Menu, aku yang tetapkan, ahakz! Suh buat kerabu. Hahahaha.. Terer la budak nih racik sayo tuh jadik kecik-kecik... ngeh ngeh ngeh. Giler la, dapat dah mak aku org gaji baru. ngeh ngeh ngeh.

Boleh diterima bekerja. Sesapa nak org gaji yang semacam nih bekerja di tempat anda, boleh la kontek nombor aku ye?? Yang ini, dah diterima bekerja di CIQ, Gelang Patah. Hahahahaha!!! Naseb la lau yang tiada nombor aku tu, ahakz!! Igt nak tuko propesen la, dari jadi seorang PA yang Berjaya TImes Square, (berjaya kah?) nak jadik pembekal Orang Gaji tahap hartis plak. Amacam?? bernas tak?

Hahahaha.. Kepada CFR A.K.A Pencinta Hello Kitty, Anda mmg Howt plus Hartis, plus Terel di dapor. Hallamak.. Suspek la. Nak nombor tipon boleh??
(Siyes ni nak nombor tipon)
Lalalalaalala~~~

Cik CFR, Saya dah sahut cabaran anda. Jadi?? Macam mana dengan Cabaran Saya pulak?

P/S :: Trimas kepada Cik CFR kerana telah membantu sedikit sebanyak perkara pada hari tersebut. Lenkali kita fight Chikupang lagi ok?. (Anda memang terel men chikupang).

Bebantal Air Suko Serabuk Peruk.

Budak Degil

13 comments:

Miss Tasantek said...

ehem. *gatal tekak ni.*
aku.....rasa tak adil kau..bawak balik dia tanpa pengetahuan aku..sebab...
eh. patotnya aku kena ajar die dulu ilmu nak gi umah kau tu. aisey..mujur dia pandai bawak diri. kalau tak jatuhlah propesen aku sebagai kembar dia kan..
kau tak takut ke kalau ada yang meroyan kat kau?? sebab...orang gaji kau ni sangat cantik untuk digelar orang gaji. :P kenapa tak ditukar jadi orang bini?? eh.

Hustler said...

Hukhukhuk!!!
Err... Bukan masalah adil ke tak Kak Long, pjg citer nyer, nak citer full, kang sumer muntah. So aku amik cikit2 jek dari kisah yang terjadik. Orang bini?? Err.. Err.. Err.. Interview utk jadik orang gaji jek, sebab borang untuk Orang bini tak kuo lagik, hahahaha~~ (senget la ko Kak Long!!)

Cik MeRaH JamBu said...

serabut perut aku bca...hahahaaa

Hustler said...

CMJ :: HAhahahaha.. kan?? tuh lom aku cerita perkara full lagik, aku yang alami nih, lagi la serabut ko tawu??

cendawanpink said...

ehehee.. ^_^ :D

Hustler said...

Ko dah kenapa Cendawan Pink??

Miss Tasantek said...

kalau nak jadikan orang gaji berbayar sepanjang hidup lagi afdal :) sumber memberitahu kereta kau ada di perkarangan JPM hari ini. siapa gerangan penggunanya??

Hustler said...

Oit, org gaji berbayar sepanjang hidup?? tak mampu lagi kot... mampu bagi kasih sayang jek, huahauhauahuahu... Ha?? aku kan dah pindah weh, EPU, JPM, Blok B6.

tat!n said...

wewitt..hehehe

Fatieya Rose said...

giler sopan pakai tudung bawal sekali setahun semata-mata nak jadi org gaji..jadi tak lakonan saye..hehehehe

Bongok punye budak yg buat entry ni.. siap kau!!!

Hustler said...

Taty :: Fwahh... sudah kaw tim sama amy search kah?? Peewwiittt!!!!

Tia :: Ahakz!! Orait pe?? Dpt gaji kan?? Lalalalala~~ Hahahaha.. Cabaran harus disahut. Ngeh ngeh ngeh. Masig menunggu kesahutan cabaran dari anda.

tat!n said...

weyyy ko da kje pujaya ke skang.awat cepat sgt tukau2?hoho

Hustler said...

Taty :: Hahahaha... meme r.... (sore ajib dalam KL gangster).