Wednesday, October 5, 2011

Silap?? Sirap?? Mana Satu??


Kesukaan aku adalah melepak di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan 'tak segar'. Tak tahu macam mana?? Lu pikir la Sniri... Hahahahaha...

Satu masa dulu aku pernah ke Sebuah pantai dan mengaplikasikan kata-kata ini :

Jika sayangkan seseorang. Maka berpadalah ketika menjaganya. Pasangan ibarat pasir pantai. Kita boleh rasa kelembutan dan kasih sayang mereka apabila disentuh, dan membuatkan kita mahu mengenggam mereka. Tetapi berpadalah. Kerana jika terlebih genggam. Pasir-pasir itu akan hilang dari tangan kita.

Maka aku pun pergi lah ke tepi pantai dan melaksanakan misi seperti yang telah aku bacakan. Yup. Memang true kot. Tiap kali aku genggam pasir tuh. Ia padat di telapak tangan aku. Dan apabila kita menggenggam nyer secara berlebihan, perlahan-lahan pasir itu akan berkurangan dan 'lari' melalui celah-celah tangan kita.

Dua tiga kali jugak aku mempraktikkan perkara tersebut. Yup! Betul jugak kata-kata pujangga itu.

Tanpa ku sedari kelakuan aku itu telah diperhatikan oleh seorang kakak. Kakak la kot. Aku taram jek, dah beliau bahasakan beliau 'kakak' kan?? Panggil makcik kang, cam kurang adab dan sopan lak.

"Apa adik wat ni?"

Aku pon ceritakan la dari A sampai Z tanpa melibatkan watak-watak sebenar dan ciap cakap ngan akak tuh lagi. "Kisah ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia".

Okeh, tuh aku tipu. Hahahaha.. Aku cerita tanpa melibatkan nama dan watak sebenar dalam kisah Al-Gonjo sepupu Alfonso D'Albuquerque.

Nak tawu akak tuh cakap apa?

"Adik silap pilih pasir".

" Maksud akak??" Aku bertanya dengan penuh tanda tanya sambil menyanyi lagu Najuwa Latip 'Banyak persoalan yang berada di minda, Banyak tanda tanya dan juga kata kerja'.

"Jom Ikut akak". sambil mengajak aku pergi ke arah pasiran pantai yang sedikit basah dan keras tidak tertimbus kaki apabila memijaknya.

"Skang amik pasir yang ada kat cini. Genggam macam yang adik wat kat pasiran-pasiran tadi".

Aku buat. Mula-mula aku amik n genggam. Kemudian Genggam sepenuh hati. Menarik!! Pasir tuh tak jatuh!! Tetap kekal dalam tangan. Muka aku teruja.

"Nampak tak? Kalau pasir tuh basah dalam genggaman adik. Nescaya pasir itu setia dengan adik walau sekuat mana pun adik genggam pasir itu". Berkata kakak tersebut.

"Masih tak paham". Kataku.

"Macam ni. Pasir ada byk jenis kan? Pasir yang adik pegang mula-mula jenis kering. Tak menyerap basahan ataupun belum dibasahkan. Yang adik pegang ni, Dah dibasahkan. Kalau nak cuba, Ambil yang kering tu. Then rendam dalam air laut. Kemudian genggam kuat2".

Dengan bendulnya, aku pun turutkan. Yup!! Pasir yang kering, dan mudah keluar melalui celah jari  menjadi padat dalam tangan. Malah bertambah erat apabila di genggam.

"Nampak?", akak tu bertanya. Aku hanya mengangguk.

"Pasir yang adik pegang tu, bermaksud dah boleh menerima segala apa yang adik lakukan dengan dia. Terpulang lah adik nak buat macam mana pun pada dia. Dia tetap akan terima apa juga baik dan buruknya adik buat pada dia. Sebabnya. Air yang adik curahkan kepada pasir tadi ibarat Kasih Sayang adik pada pasir tu. Sebab itu dengan mudah, adik boleh bentuk dan genggam ia macam mana pun adik mahu sebab pasir itu tahu, tanpa kasih sayang yang adik bagi itu, pasir itu sangat rapuh, malah sehingga tiada arah dan boleh di tiup hanya oleh angin lalu. Adik pula, terpaksa beri kasih sayang adik pada pasir, sebab tak mahu pasir itu hilang dari genggaman adik. Jadi, penerimaannya pada pasir itu. Jika pasir itu boleh serap kasih sayang adik, bermakna pasir itu tahu apa yang adik lakukan. Jika tidak, sedalam mana pun adik rendam pasir itu dalam lautan. Dia tetap rapuh dan boleh hilang dalam genggaman tangan adik pada bila-bila masa sahaja." 
Terang kakak itu panjang lebar.

Aku termenung panjang.

"Akak balik dulu dik. Laki akak dah tunggu. Tadi dia melayan anak-anak kat taman permainan tu".

"Terima Kasih kak!". Ucap ku kepada kakak tersebut walaupun aku masih tak dapat tangkap apa yang kakak tu mahu sampaikan.

Aku masih lagi termenung di tepi pantai itu. Di balik deruan ombak petang yang makin surut. Dan juga di celah-celah derapan tapak kaki pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam berdekatan yang turun beriadah di sepanjang pantai.

Aku masih termenung. 



Bebantal Air Err.. Err.. Err..

Budak Degil 

7 comments:

cendawanpink said...

suke3.. ^_^
da amek pasir,kasi siram dgn air ok..
tu pasir..
kalo manusia disiram air..
mau bgusti kang..ehehee..

Cik Sue Tukang Tulis said...

nice entry. :D

Hustler said...

Sendawan Fink :: Hahahaaha... pasir itu adalah pasangan anda la nad, then air itu adalah kasih dan sayang kamu. adesss... Lau org bebtul lau ko curah air dengan kasih sayang, kompom tak bergusti punyer... Lagi bertambah erat dan akrab. Tettt!!!

Cik Sue :: Thanx 4 read this (^_^).

Miss Tasantek said...

kalau dicurah air macam aku ni..hasilnya ialah..
ini *sambil tunjuk perut yang boncit*
kan ke air yang mencurahkan dia sehingga dia kembung begini. pun begitu aku tak kesal dengan curahan ini. hehehe..

Hustler said...

Kao Hampeh la Kak long....

Bidadari Si Peri said...

alaaa...sweetnye bace cite ni..:)

Hustler said...

Neeza Bidadari :: Hahahaha.. mana ada suweet, masam2 payau jek.. kihkihkih