Wednesday, October 19, 2011

Terampunkah???

19/10/2008  2135 Hrs.

Pagi nih bangun awal. Awal ke?? Tak tido kot. Even pagi ni adalah hari Ahad!!. Awal giler aku mandi pagi ni. Malam tadik call mak. Mak sakap.

"Jaga la elok2." "Pergi jenguk. Jangan sombong sangat." 

"Baiklah." 

"Pegang Janji pada mak." 

"Jangan dok nak jeling2, nak nakal-nakal. Jaga yang ada tu." 

"Mak suka". 

"Maceh mak!!"

Mandi awal2. Kejut sepupu aku sekali. Semalam sebok nau nak ajak aku pergi City Park. Tapi aku sakap aku ada projek len. Mak ayah dia tade. Pergi Kursus Haji. So aku la kena jaga dia. Tadahal la. Bukan budak kecit pon. Dah form one dah. Tak bangun aku sesah jek pakai rotan ayah dia tuh.

Pilih naik moto jek. Senang. Even Hi Way. Unta aku masa tuh pun baru berusia 10 Bulan. Kuat lagi nak tarah Hi Way even Standard. Sebelum tuh Pack2 apa nak bawak. Semua complete. Jap2!! Satu yang paling aku takleh tinggal!! Nyawa nih. Benda warna coklat. Tapi aku dah lipat elok-elok dalam plestik bag. Muke senyum jek masukkan dalam bag.

Bawak dulu sepupu aku makan. Senang dia nih, bagi makan roti canai pun sukup. Hahahaha!!! Kendian tolak ke tempat yang dituju. Ades.. Ati dup dap. Kunun dah 3 bulan tak jumpa. Argh!! Jangan khayal bawak moto. Bawak anak org tuh. Sampai tempat dituju. Ramai. Sama macam keadaan aku mula-mula sampai sini. Beza? Aku dtg dengan pakcik aku. Ayah kepada sepupu yang aku bawak nih. Pagi2 dia hantar. dan dia terus balik. Aku ditinggalkan menguruskan segalanya sendirian. Aku lihat ada yang hadir dengan Mah ayah. Seronok!! Aku Macam sedih pun ada. Hahahaha... Aku tak berpeluang merasai pengalaman itu. Ada yang lagi besh, Abg bawakkan beg, Kakak bawakkan Beg, budaknye ni bawak sampul besar x-ray tu jek. Aku senyum sorang-sorang.

Setelah park kan Unta aku kat tempat yang selamat. Aku melangkah ke arah sungaian (buleh tak pakai perkataan nih? Nak pakai lautan cam tak sesuai sebab tak berapa ramai) maknosia. Mencari-cari wajah yang ku kenali. Malang. Belum ada. Yang kenal aku tapi aku tak kenal ramai. But, tegur jugak sebab bukan tak kenal pon, tapi tak berapa kenal.
(hape da aku merepek).

Lepak-lepak dengan mereka yang aku kenali. Yup!! sembang-sembang keadaan yang dah aku lalui. Beritahu tips2 yang bakal mereka-mereka ini tempuhi. Hahaah!! Macam bagus!! TAk lah, sebagai tanda caring kepada rakan-rakan seperjuangan.

Tutt.. Tutt.. (Dapat Mesej dari 3310 aku)
"Katne?"

-Balas-

"Dtg la cini. Mak, Akak, ada."

-Balas-

Menuju ke tempat yang dituju. Jiwa dub dab. Berkecamuk. Tapi kembali tenang melihat wajah yang dinanti. Senyum.

Borak-borak. Rindu!!!!!!

Tiba waktu yang dinanti. Masa yang patut diorang tempuhi sama seperti yang aku telah lalui. Senyum dengan telatahnya yang takut kena makan dengan petugas/urusetia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hape da.

Takpe la, ko dah lalui, boleh la sakap. Ko padahal sama gak goyang. Hehehehe. Takpe la. Kire ok la tu.

Sebelum pergi. Tarik dia.

"Nape?"

"Jap"

"Cakap la nape"

"Nak bagi barang"

"Ape?"

"Jom kejap"

Bersungguh-sungguh keluarkan benda coklat itu dari 'cangkerang' aku yang berwarna biru.

"Nah"

"Ape ni?"

"Kat dalam tu baru bukak. Pakai tau?"

"Ok. Terima kasih." (muke bingung)

"Err.."

"Kenapa?"

"Tak sure saiz. Tapi... Lau salah jgn marah eh?"

"Huh!" (menjeling) (Mungkin pikir ntah hapa2 ntah aku nih)

"Take care!"

"Ok"

Aku senyum. menunggu sehingga Kekotak besar itu bergerak meninggalkan perkarangan ruang legar yang tadinya penuh dengan Umat Muhammad.

Tutt.. Tutt.. (Dapat Mesej dari 3310 aku)
"Take care Balik"
-Balas-

Muka Senyum puas hati. Terus pulang ke rumah pakcik yang aku diami. Hati masih berbunga. Sangat-sangat Gumbira Hari Ini!!!

Owh.. Tabah la wahai Hati!! Kan terubat jua Kerinduan di hati mu itu.

Babai diary. Aku gumbira sgt arini. Aku nak bawak Wan makan Mc.D.
 Nanti aku sambung lagi cerita hari ni.

-Maafkan Abang mak. Tak terdaya untuk tunaikan janji itu, kerana Dia lebih mengetahui-


Bebantal Air's Diary Told a Story.
Budak Degil

9 comments:

tat!n said...

alolo,,rindu yer..die pun rindu gk kot..ehehe..aku pun rindu!! :p

Cik MeRaH JamBu said...

wow..... kenangan lalu mengusik sanubar..chewah~ keh3

Hustler said...

Taty :: Tuh coretan dalam diary di waktu itu.

CMJ :: Teringat la. Memory

tat!n said...

ohh salin balek ea..hihih

Hustler said...

Taty :: Erm.. Yup. Teringat tarikh. Igt gak kat diary. So taip la balik. Teringat pada hari dan janji itu. :)

tat!n said...

heehhe..apakah daye,sgalanye tgl kenangan..manis kn?hehe. :p

Hustler said...

Tati :: Hahahaha... BAgi aku manis la. Hahahaha.. sebab aku buat perkara yang aku suka n willing to do anything.

Miss Tasantek said...

masa tu ..masa tu...masa tu..bukan masa sekarang.
sekali..sekala...ada...ada rindu datang tiba2...

Hustler said...

Lagu tu~~~ -_-''