Thursday, February 9, 2012

Kenangan Lama

Haaaaaa~~~ Nih nak citer kenangan masa tenggiling aku belom lagi dilahirkan. Ngeh ngeh ngeh. Minggu lepas aku pulang ke pangkal jalan untuk berjumpa dengan Bonda dan Ayahanda atas arahan yang sangat keras. Adess... So aku pulang la~~ Dan~~ Aku telah berjumpa dengan kenangan aku. Apekah??

Cekidaut~~

Nampak??

Pernah lihat senario begini??
Berani bukan?

Hahahahaha~~
Semua tu aku dah lalui semasa aku masih lagi mempunyai seekor Unta kesayangan aku. Perjalanan pulang ke kampung semasa belajar di PD untuk pulang ke JB serta semasa bekerja dari KL ke JB. Aksi2 seperti mana dalam gambar jualah yang aku lakukan. Hahahaha~~

Melihatkan telatah rider2 nih, mengingatkan yang aku jua pernah seperti mereka. Tapi kelainan pada aku, aku tak suka gerak siang2 tengahhari deng2 macam nih, Aku geraknya pada waktu malam ataupun lepas tengah malam.

Sebab?? Lebih cejuk~~ Hahaha~~ Tak panas anggota badan, dan motosikal anda juga tidak cepat panas enjinnya berbanding bergerak pada cuaca siang. Tapi~~~ Sebab utama aku gerak pada waktu malam adalah, lebih banyak bas yang bergerak pada waktu malam berbanding waktu siang. Hahaha~~ Selain itu juga selain bas, pada waktu malam, aku mempunyai pilihan lain, seperti lori kontena, lori ikan, dan lori-lori yang lainnya.

Tujuan utama berkelakuan seperti itu adalah untuk mendapatkan kelajuan maksima dengan hanya sedikit pendikit minyak dipulas. Dengan kata lain, nak jimatkan minyak la... Hahahaha.
(pergh!! ayat aku macam cikgu fizik la pulak).
Apabila berada di belakang bas, lori atau kenderaan besar yang sewaktu dengannya, ruang belakang kenderaan tersebut akan wujud satu ruang seperti vakum, tiada langsung terjahan angin kuat dan motosikal anda tiba2 akan rasa lebih ringan.

(Macam mana aku nak terangkan eh??) Nak cakap guna ayat pon tak reti. Tapi kira, lau kat hiway, motosikal (lebih2 lagi kapcai) akan menghadapi rintangan angin yang sangat tinggi memandangkan hiway kebanyakannya adalah di kawasan lapang dan terbuka serta banyak kenderaan lebih besar dan berkuasa merentasi dengan gahnya (laju2 la senang cakap). Maka motosikal berkuasa 2 kuasa kuda ini akan terasa sgt la ke'siput'annya di atas hiway. Haaa~~ Tu la maksudnya.

Jadi, dengan sedikit usaha iaitu memberanikan diri, dan sedikit keazaman serta sedikit (yang nih tak boleh cikit, mesti byk) ke'fokus'an, maka, duduk di belakang bas adalah pilihan utama untuk mempercepatkan perjalanan pulang serta tidak meletihkan diri duduk di atas motosikal anda. Tidak dilupakan juga bahawa pilihan tadi merupakan opsyen utama untuk cepat pulang ke Rahmatullah. Ngeee~~ :).

Berbalik kepada rider2 tadi yang telah aku ambil gambarnya, aku anggapkan mereka masih baru dalam arena bermotosikal duduk belakang bas, sebabnya, aku masih nampak ketidakkeyakinan mereka semasa berada di belakang bas, serta ketidakfokusan mereka terhadap kenderaan yang berada di belakang mereka. Hahaha~~ harap mereka sepat belajar. Supaya tidak mendatangkan bahaya kepada dirinya ataupun kepada kenderaan lain di Hiway tersebut.

Ape-ape pon , setelah mengekori mereka hampir setengah jam. Baru la aku pikir. "Giler betol aku kan?? boleh wat camtu??"

Hahaha!!! Tibe2 rasa nak balik JB nek Unta balik, dah setahun lebih tak nek unta. :)

Bebantal Air Kembali Bersemangat Rider.

Budak Degil

No comments: