Pagi gi kije tadi aku awal la kot bangunnyer. Ntah, mungkin tak boleh lelap dengan molek malam tadi. Tiap setengah jam aku mangon. Tup2, tgk jam udah jam 5 pagi. Aku pon mandi n bersiap sumer bagai. Kuo umah jam 6.20 pagi. Giler gelap arinih, besa cerah lite-lite suda.. Tapi memikirkan arinih aku sedikit awal, aku pun ignore la. Benti isi minyak kat Shell bagai. Mulakan perjalanan ke Sah Halam.
Masuk Federal, Kegelapan bertambah Jitu (pergh, ini lau cikgu sains aku baca nih, kompom dia bangga sebab aku berjaya memanipulasikan perkataan sains salam ayat aku, hahahaha). Tibe2, depan aku tgk cerah semacam. Cam Roadblock jek? Adeh, dah la ejos moto aku bunyik cam saksofon Kenny G. Cane nih?? Dengan selenge, aku pon Benti tepi sebelum sampai ke 'roadblock' tersebut. Wayang la der!! Buat2 pakai baju ujan complete set. Masukkan dompet bagai ke dalam beg A.K.A cangkerang penyu aku. Belek-belek poket, baru aku sedar, Hp aku tak bawak!! Hahaha!!. No probs. Hp aku pun bukan ade hasil. Da lama dah tade fungsi. Ia berfungsi bila aku balik kat umah jek. Tuh pun lau mak ayah aku call or men game. Hahahaha.
Meneruskan perjalanan menghadap 'roadblock' tadi. Dalam pala otak da pk ayat-ayat kelentong dah. Tapi!! Jeng Jeng Jeng!! Ropenyer moto polis da dok park menghadap bertentangan dengan arus jalan moto nih. Ade ape eh? Sebelah moto polis tersebut ade devider. Kat devider tuh plak, baik punya parking tersandar sebuah motosikal yang amat aku minati. Kawasaki Er6n Warna Putih (Tapi aku minat kaler ijau). Tersandar bukan cam orang sandar beskal kat tiang seri umah ye kengkawan. Tersandarnyer macam tayar belakang moto kat atas diveider, tayar depannyer aku ta nampak.
Dan!! Baru aku pasan, bawah moto tersebut ada sekujur tubuh manusia. Sebelahnya ada seorang lelaki yang sedang macam dalam keadaan bersujud menghadap tubuh tersebut. Walau aku tak pasti, tapi dengan keadaan si pensujud tersebut yang macam sedang menangis, aku rasa tubuh itu dah kehilangan nyawa. Innalillahi wainnailaihi Rajiun. Tibe2, aku tersentap!. Aku tak pasti yang moto tuh dari arah jalan moto ni ke atau dari hiway sebelah tu. Serpihan motosikal tersebut bersepah-sepah. Tapi ramai yang sedang memberikan bantuan mengutip dan membersihkan serpihan motosikal tersebut. Cuma mungkin dengan arahan polis, itu sekujur tubuh masih belum di alihkan. Aku tak sempat nak tgk muke tubuh tersebut. Tatau la bangsa apa. Tapi yang pasti beliau lelaki. Mungkin si pensujud tersebut rakan karib beliau, adik beliau, abag beliau, atau boleh jadi ayah kepada beliau.
Pap!! Teros!! Aku terbayang lau la aku yang berada di tempat tubuh tersebut pada masa ni? Ade tak yang tahu? Hp aku kat umah, pengenalan diri aku cuma I/C yang aku ada. Tak pulak aku simpan nombor tipon dalam dompet, or wat surat lau emergency, sila hubungi sekian-sekian. Erk?? Cane? Cane? Sumpah jantung aku dub dab dub dab. Tawu ke mak ayah aku nanti? Adeh.. Giler cedey pepagi nih. Siyes, aku terus terpikir kan pasal family aku. Tibe-tibe aku teringat Apin (adik aku yang bongsu) baru lepas mesej dengan aku menggunakan Hp ayah aku dua ari yang lepas. Ayat die yang tacing sekali adalah "Mesti la adk abg yg tersyg". Die jawab gitu sebab aku igt yang mesej sebelum tu adalah ayah aku. sebab ayt nyer terlalu sempoi. Kot la kan ayh aku dah bertukar menjad sempoi.
Adeh, pandai la ko Pin, mana ko tawu abg syg ko?? Ko kan nakal? Suke sebok2 baring blakang abg lau abg tgh baring. Suke tanya soklan yang abg takleh nak jawab. Sape nak syg ko?? (Hahahaha!! Ayat menafikan!). Ermm... Semoga roh tubuh tadi ditempatkan di kalangan orang yang beriman andainya beliau seorang Islam. Lepas itu, aku meneruskan perjalanan dengan bawa moto aku. Wajiblah kan lencun sesampainya di Opis. Tak suke!! Lau balik lencun takpe. Ok la geng, cau dulu. Nanti aku cerita ceriti lagik okeh?? Jaga Diri kome sumer hokeh?
Bebantal Air Terasa Nak Balik Kampung.
Budak Degil
No comments:
Post a Comment