Friday, May 27, 2011

Terkenang

Hahahahaha!!! (gelak jap). Mesti, n aku kompom korang mesti igt tajuk nih utk jiwang-jiwang kan?? Mesti la~~~~ TAK!! Hahahaah... Ntah, tengah duduk-duduk nih, aku teringat kat kem PLKN aku tuh. Hahaha.. Kenapa? Tak percaya ha?? Aku dulu Wira negara tawu?? Tapi untuk 3 bulan jek la, Hehehe.. Na tau Citer?? Aku ta penah ase tertekan kena pergi sana, sebab?? Mungkin aku rasa itulah peluang aku untuk berjauhan dengan keluarga.. Hehehe.. (Siyes, aku dari masa sekolah tak pernah jauh dari family, hehehe).

Aku telah diminta untuk melaporkan diri di Kem Benum Hill Resort, Hulu Gali, Hulu Dong, Raub, Pahang. Aku dimasukkan ke dalam kem PLKN Untuk Kumpulan 2 Siri Ketiga. Bermaksud untuk tahun 2006, Aku Kumpulan kedua pada tahun tersebut yang dimana mula kem pada bulan 3 dan tamat pada bulan 6. Siri 3 pulak bermaksud, Aku Siri ketiga yang mana Siri 3 nih, sumer lahir pada tahun 1988. Start naik bas dan daftar kat Stadium Muar. Giler ramai la, rope2nyer bukan satu kem jek, banyak kem umat-umat kat muo nih dihantar.

Aku cam besa la, dengan gangsternyer, rambut berikat belakang, nek bas. Dan sureprisely yang aku tak tawu, kawan-kawan aku yang sekepala (ecely diorang nih la geng lepak aku) datang hantar aku sampai aku nek bas, hahaha!! Urusetia sampai takleh nak marah, sebab kawan-kawan aku ciap dalam bas tuh nak salam. Giler r.. Tapi diorang memang sempoi, kalau tak sebab diorang, Mak ayah aku tak dapat naik jugak dalam bas tuh, diorang ciap bagi jalan, ape semua. Cool la korang!! (Nanti aku ceritakan siapa aku masa dulu n siapa kawan-kawan aku tuh.).

Tiba masa, bas pon geraklah, nak jadikan cerita, bas yang aku nek nih, ikut jalan bapak jauh dari muo. Korang boleh bayangkan tak? aku dok dalam bas tuh dari kul 9 pagi, sampai ke kem jam 8.30 malam? Sumpah bosan!! Dalam bas tuh pulak, aku tak tawu dah nak duduk camne, ade dua seat, mungkin sebab muke aku cam pengganas je kan? Naik-naik bas pon, kawan-kawan aku buat bas tuh macam abah diorang yang punyer, aku rasa tak sorang pon berkenan nak dok sebelah haku. Hatta yang lelaki pun, tgk aku pandang atas bawah, hahahaha!!!.

Dua seat tu lah aku dok baring, aku dok berlunjur, aku tukar-tukar tempat duduk, sampai tak tawu lah nak dok camne dah. At last sampai Raub dalam jam 08.30 malam. Masa tuh sejuk giler kawasan tuh. Gelap boleh tahan la, Kemudian, turun-turun, kena checkup cam turun dari lori penjara. Lau korang penah tengok camne banduan-banduan yang baru outting, then na masuk balik ke Pusat, camtuh la kitorang kena check. Tapi aku clean. Hahaha!! Tempat orang beb, otai2 pun, nak cari pasal kena tgk keadaan, hehehe.

So, bermulalah kehidupan aku kat dalam kem, kat sane lah aku kenal erti basuh baju sendiri, (pakai tangan der!!) Kat sanelah jugak aku kenal apa itu beruniform, kat sane jugak lah yang paling penting aku kenal apa itu DISIPLIN. Giler kau, nak ikutkan rutin, tiap-tiap hari aku mangon jam 5 pagi. Sebab?? Bilik air jenis luar dari dorm. pastu pulak tak lau mandi semasa diorang nih mangon, kena tabah la, ketuk2 pintu bilik air sumer. Then lepas tuh, nanti biler aku terkocoh-kocoh, mula la aku tensi, terlupa gosok gigi la, terlupa nak bercukur la,(kat kem tak dibenarkan simpan misai dan janggut ye kawan2.) Sumpah tensi!! So aku mangon la awal untuk mengelakkan itu sumer. Tapi biler mangon awal kan, kuo-kuo bilik jek korang dah nampak kabus. Lau boleh bayangkan, korang bayangkan cerita hantu dalam tibi. macam tuh la lebih kurang.

Tepat 06.30 pagi, mesti berada di Padang kawad. Aktiviti untuk waktu pagi adalah PT, atau Physical Training. Giler kau!! Muler-muler sampai, haku benci giler aktiviti ni, sebab?? HAhaha!! Dengan berat badan aku yang mencecah lebih dari 115 Kilogram masa tuh, korang boleh bayang la nak wat aktiviti berat? Kena Pra-Support, lau bahasa biasa, Pumping. Kat situ la aku belajar Pumping dengan betul. Pumping ni, kalau korang nak tawu, kalau kita turun, ecely perut taleh kena tanah/lantai, masa tuh aku buat, kena ka kan? (maklum la perot beso!!) Sekali kena pijak dengan cikgu aku tuh. Hahaha.. Giler tak puas hati aku masa tuh.

Selain Pumping, korang akan dikehendaki buat PT10, atau tepuk lalat. Lagi Parachute Training, Cam latihan payung terjun. Lepas tuh, Jalan itik, kemudian, Jogging dalam kumpulan. Siapa lambat dan duduk paling belakang sekali kena sebat dengan Jurulatih. Haku dengan badan debab-debab tuh, lari jugaklah, sampai mintak nyawa wa cakap lu. Manakan tidak, korang ingat trek Jog dia macam mana? Sume naik bukit, turun bukit woooo.... Time turun sedap la, boleh kata aku dalam kalangan paling laju la, tapi biler naik bukit, Hahaha!!! Semputt!! Pancit gegiler!!!

Latihan PT akan tamat pada jam 8.00 pagi. Kemudian pergi bersarapan, dan balik ke bilik untuk mandi dan bersiap kerana nak pergi kelas. Kelas Mula Jam 09.00 pagi. Setengah jam sebelum pergi kelas pulak, satu kem akan berkumandang lagu-lagu dari Zainal Abidin bertajuk Hijau, dan Man Bai bertajuk Kau Ilhamku. Lagu len ada, tapi aku tak ingat plak. Siapa yang sampai kelas selepas lagu-lagu tuh abis, akan di ambil nama dan didenda pada sebelah petang selepas waktu kawad.

Kelas pula akan wat aktiviti cam nyanyi-nyanyi, dan aktiviti menguji minda. Mula-mula aku masuk kelas, perghhh!! menyirap rasa, cam budak tadika!! nyanyi-nyanyi, buat menda cam hari sukaneka tawu?? Tapi lama-lama, aku makin selesa sebab, aktiviti die banyak pakai otak, so macam bagi challenge jugak r. Abis kelas lak jam 12.30 tengahari. Ke dewan makan, dan makan. Ada masa sampai jam 2.00 petang untuk bersiap, solat hape sumer sebelum dijemur di tengah padang kawad. (pasal kawad ni lah badan aku berbelang, muke haku yang sedia hitam jadi legam, hahaha!!)

Kawad, korang tawu la camne kan?? Kena ikut disiplin kawad sumer, sampai la jam 04.30 petang. biasanya selepas itu tiada aktiviti, ikut Jurulatih dan Cikgu memasing. Lau yang rajin, kena la ikut sebab petang diorang akan buat PT lagi sekali. Bermakna, setiap aktiviti yang dah dilakukan pada waktu pagi tadi, akan dilakukan pada waktu petang bermula Jam 5.00 hingga jam 06.30 petang.

Malam lak, akan sambung kelas yang sama cam pada waktu jam 09.00 hingga 12.30 hari tadi. Tapi selalunya ada la. Giler kau.. memang pack la jadual. Hahaha.. Aku memang bencikan jadual sebegitu pada mulanya. Sebab selepas jam 10.30 malam, tiap bilik dan dorm perlu offlight. Makna kata, sumer mesti tido. Giler la!! Takleh terima aku pada mulanya. Tapi lau ko dah ngadap perkara yang sama hari-hari, cam orang tua-tua cakap la kan? Alah Bisa Tegal Biasa. Sumer aktiviti yang aku nyatakan, di lakukan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad, Cuti. Masa tu lah ko nak basuh baju? nak kemas Katil? Nak kiwi kasot? Nak trimming Tali Spike Boot (kasut kawad).

Memang kaw punyer Latihan dalam tuh. Selama 2 Bulan setengah gak la kami tak keluar kem dan idop dalam kem macam tuh jek. Selepas itu, bila ada aktiviti macam Komuniti, barulah kami akan keluar. Aktivitnya macam gotong royong bersihkan surau masjid kampung berdekatan, dewan-dewan serbaguna, dengar ceramah dari agensi kerajaan. (Cam kumpulan aku, kena dengar ceramah kat pejabat Tanah Raub). Dan selama 3 bulan kat kem lah aku rapat dengan seorang budak lelaki bernama Afiq Nazri. Tapi aku panggil die Rabbit, Hahaha.. Dalam kem sume pakai nama samaran. Aku pun ada, diorang panggil aku 'World' sebab mula-mula diorang panggil aku 'mawi'. tapi aku macam tak suka lepas tuh diorang terus tuka. Hahaha!!!. Aku dengan rabbit ade teman buli. Aku dengan rabbit juga selalu dengki Wan, Kecik, Kentut, Tompel, Beruang, Bisul, 10 'A', dengan Gangster (tuh sumer nama gelaran tawu??). Kira aku dengan rabbit nih mana pergi berdua jek la.. hahaha...

Alamak, Bos balik pulak~~ Tape2, aku ceritakan apa yang aku dapat dari pengalaman pergi ke kem. Aku dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi semua peraturan dan jadual waktu yang diberikan. Aku jugak mampu untuk (sebenarnya rasa mampu) untuk hidup berdikari dan berjauhan dengan keluarga. Dan yang paling penting, sebab dalam kem itu jugak la aku hilang lebih dari 20kilogram menjadikan berat akhir aku dalam kem sebanyak 92kilogram sahaja. Kaw-kaw kan aktiviti yang telah dibulikan kepada aku? (betul ke tatabahasa aku nih?). Hahaha.. Akhir sekali selama sebulan lebih la aku dekat rumah dipanggil Si Gelap oleh adik beradik sebab aku bertambah Gelap, Hahaha!!! (Psstt~` Nanti aku cerita lagik eh?? Banyak yang aku nak ceritakan nih).

Bebantal Air Mengenang Sejarah Tumbesarannya Dibantutkan.

Budak Degil

7 comments:

Cik TTK said...

best2...tapi kenapa takde gambo mawi...tulisan ko dah lah kecik!frsut aku bace terkebil2 tau..

Hustler said...

Yan : Hahaha... yeke?? mintak la mahap, lepas nih akan saya besokan okeh? (ecely aku pasan kecik, tapi besa la newbies, nak besokan font pon tatau, hahaha!!) Gambo tade la weh, tapi nanti aku ushar dengan abg google. Hehehehe...

Cik TTK said...

ngeh3..abang gugel pasti boleh memberikan khidmat terbaik.. takpe mawi, aku pon baru lagik..saje bosan-bosan kan..hehehe

tat!n said...

takde pajg menjela lagi ke ko nk tulis weh?grrr..gambo takde lak tu,skt mato den..hhahahaha..mmg aku x bce pn n3 ni,aku dtg komen / kutuk je.hahaha. :p

Hustler said...

Tatin : Hahahaha... bukan aku taip suh korang baca pon, nih masa aku tgh kebosanan, hahaha (boleh gitu?) Aku na masukkan gambo, tapi tenet cam sipot hamid gurkha, gilr lambat.

tat!n said...

hehe,pahni masuk la gamba.sronot skit wey..

Hustler said...

Tatin :: Don wory la sistah... kan aku cakap ritu ta sempat nak wat, sebab bos datang jugak, kebetulan tenet pon cam makruh, 2nd episod nnti aku masukkan yerk?? hehehehe