Wednesday, October 29, 2014

Salahkan ku~~ Jangan Salahkanku~~

Suatu Hari Di Dalam Kereta Menuju Ke Tempat Yang Tak Pasti.

TZ : Abg... orang tak puas hati ngan abg.

Aku : Asal plak? Abg ade wat salah ke?

TZ : Ntah, nak kata salah tuh tak la, tapi buat org ta puas hati.

Aku : Ape die?

TZ : Abg janji dulu, jangan gelak, jangan kutuk orang.

Aku : Cam siyes jek nih?

TZ : Tak la siyes sangat, tapi buat orang runsing.

Aku : Kenapa? Cer sakap??

TZ : Org pelik la ngan abg.

Aku : Asal? Arinih idung abg lubangnyer ke atas ke? (sambil belek cermin backmirror)

TZ : Tumbuk abg kang... Org sakap bebetul nih.

Aku : Ape yang pelik?

TZ : Ntah, org pon tak paham, org selaluuu keluo lepak, minum-minum, kadang-kadang ngan budak kelas, kan?? Ngan budak opis sumer, lunch ke, minum petang ke, dinner ke, selalu je kluo kan?

Aku : So??

TZ : Ehhh.. Tapi nih rahsia tau bang, jangan abg kabo kat org len plak. Org pikir, Org lau kuo ngan abg mesti jadik banyak makan, semua benda org nak makan, baru lepas makan pon nak makan lagik. Pelik la, kuo ngan member2, selera tak mari, kadang tak makan pon, minum jek, kuo ngan abg jek jadik macam tuh, kenapa ek bang?

Aku : Owhhhhh.... Itu jek... Hahahahahaha...

TZ : Abg tayah na sakap sebab org kuo ngan 'Pemuda Lindungan Kaabah' sgt eh??

Aku : Abg lom sakap pape lagi pon??

TZ : Eleyhhh... dah tawu sgt dah abg tuh... Hahahaha... Tapii... kenapa ek bang??

Aku : Susah jugak soklan awok nih, Eh?? Kat depan nun kan, lau tak silap abg la, ade akak tuh jual pisang cheese plus coklat rice, boleh tambah sos coklat lagi. Nak try??

TZ : Nak! Nak! Nak! (muke excited sambil gosok2 dan kepal2 genggaman tangan beliau)

Aku : Hikhikhik (Tutup mulut tahan ketawa)

TZ : (Perlahan-lahan menjeling dan berpaling muke ke arah aku) Abangggggg!!!! (jerit yang nyaring dan bingit) Tengokkk!!?? Makan lagi...


*Sesungguhnya betul kata Kak Rynn. Akulah Kamus Pemakanan.

Bebantal Air Tengok-Tengok Menu

Budak Degil

Tuesday, August 5, 2014

Kalau Meneeeeeeebang! Kalau Meneeeeebang! Si pooooohon Jaaaatiiiii....

Perempuan. Beraksilah sepertinya kamu itu perempuan.

Takk... Tak salah. Ramai sahaja yang tahu bahawa kamu itu mempunya ilmu mempertahankan diri yang tinggi. Ya... Ramai sahaja yang tahu bahawa kamu itu mempunyai keberanian yang tiada taranya. Yup! Ramai juga yang tahu, malahan mungkin semua disekelilingmu tahu bahawasanya kamu itu mampu sahaja untuk menumbangkan gajah yang sedang naik minyaknya hanya dengan sebelah tangan.

Mungkin. Mungkin juga aku cemburukan akan kekuatan mu itu. Atau... Mungkin juga aku mencemburui keberanian kamu melantangkan suara mu kepada sesiapa sahaja yang kamu yakini kamu mampu menumbangkannya.

Sesungguhnya aku juga inginkan kamu tahu, TIDAK, Ya, tidak semuanya yang kamu lihat itu adalah yang sebenar-benarnya sifat semula jadi yang kamu lihat. Sebagiannya hanyalah setengah atau mungkin juga suku dari apa yang mereka itu mahu memperlihatkannya kepada diri kamu.

Tunggu. Aku bukannya mahu memberikan ceramah. Tidak. Hanya mahu kamu ketahui. Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya ada satu tahap lagi ilmu yang kamu sangat cetek ilmunya. Ilmu itu juga memerlukan kamu mempelajari sifat MENGHORMATI.

Yup. Hormat. Betul, kamu hebat. Betul juga bahawa kamu tidak selayaknya mengambil kata-kata ku sebagai panduan. Kerna kedudukan aku tidak setinggi dimana tempat mu berpijak. Ya. Aku tidak mempunya wedges atau high heels seperti mana seharian yang kamu gunakan bagi mengalas kaki mu itu. Paling tidak pon, sepasang Crocs celop kalau bukan buatan Asadi, pastinya Jin Bei menjadi tanda nama alas kakiku.

Ingatlah, jangan dipersalahkan lelaki itu andai kau di abaikan. Ingatlah, jangan didayuskan lelaki itu andai sebuah tapak tgn melekat di muka mu. Jangan kau baculkan lelaki itu hanya kerana die tak melayan hangin beliung kau. Dan jangan pula sesekali kau sifat 'kelelakian'nya hanya kerana dia berlalu pergi dan tidak melawanmu.

Pasti. Pastinya kau tidak akan tahu apa yang akan mampu sang lelaki lakukan jika. Jika habis hormatnya pada kaum sepertimu. Jika habis rasionalnya kepada setiap perlakuan yang kamu lakukan padanya. Jika habis tempoh berhibernasi dari kelakuan-kelakuanmu yang berdaya bangkit amarah sang lelaki. Dan jika yang paling penting. Jika habis sabarnya akan kepada karenah-karenah mu yang senantiasa dan berhabis baik serta bersungguh-sungguh menguji kaji akan tahap kesabaran nya.

Penting. Penting nya bertoleransi. Tak salah kamu mahukan kemenangan. Sang lelaki tak terhegeh mahukan kemenangan dari kamu. Penting. Penting nya bertoleransi dengan sekali sekala memikirkan kenapa setiap masanya kamu itu selalu menang dengan lelaki. Paham? Tak paham, cuba pahamkan, Tak cuba takkan paham, biler tak paham, maka inilah yang terjadi. Salah paham. Hahahahaha... Sekian. Kau dok pandang jangan nak melopong sangat, bak Dunhill kau!!

Haaaaa... amik la. Nah lighter. Kau dulu masa kelas Jasimah, kau bukan selalu failed ke BM Chot?

Tuh dulu Nas... Aku pon ade wawasan gak, tak dulu, skang ape yang penah aku gagal, aku cuba laksanakan pada waktu nih utk buktikan bahawa aku sebenarnyer mampu untuk mengecapi kejayaan, tapi. Belum masanya. Ingat?? Belum masanya. Hahahaha...

Owhhhh...

Bebantal Air Angguk-Angguk Paham.

Budak Degil

Wednesday, July 23, 2014

Tempat Jatuh Lagi dikenang. Apatah Lagi Tempat Berjimba.

Haaaaaaa..... Nampak? Nampak? Nampak?

Tawu ape yang aku nampak?? Aku ade blog rupernyer. Hakhakhahak... Giler la, setahun menghilang sekarang menjelang, tapi aku bukan Hari Raya. Wahahahaha...

Seperti biasa, aku masih lagik seperti yang dahulu, masih lagik comel, single, dan kembang tak kuncup2. Wahahaha... Sehingga akhir entry last yang aku tulis, aku telah bertukar bos. Yang mana beliau seorang chinese, baik hati, professional. Tak marah-marah kalau aku buat salah, tapi sebaliknyer berbincang dengan aku, dan selalu bertanyakan masalah aku.

Terasa dihargai gittew. Tapi yela, ade baik, mesti ade kurang. Bos aku sorang yang workaholic. Biler dah bos macam tuh, secara otomatik, aku pom terpaksa rela untuk pura-pura rajin bekerja. Hahahaha... Memang tuh la sebab utama aku menyepi gamaknyer. Hakhakhak.

Eh, sampai disini dulu la ek? Bos dah seru2 tuh. Yelah, ade lah tuh yang dikehendakinyer tuh. Hakhakhak. Sampai berjumpa lagik. Jangan tinggalkan pose. Selagi tiada halangan, berpose la kamu agar raya lebih bermakna. Cam tade kena mengena jek kan? Hahahaha.. Chiao.


Kembali mengungkap Memori

Budak Degil