Perempuan. Beraksilah sepertinya kamu itu perempuan.
Takk... Tak salah. Ramai sahaja yang tahu bahawa kamu itu mempunya ilmu mempertahankan diri yang tinggi. Ya... Ramai sahaja yang tahu bahawa kamu itu mempunyai keberanian yang tiada taranya. Yup! Ramai juga yang tahu, malahan mungkin semua disekelilingmu tahu bahawasanya kamu itu mampu sahaja untuk menumbangkan gajah yang sedang naik minyaknya hanya dengan sebelah tangan.
Mungkin. Mungkin juga aku cemburukan akan kekuatan mu itu. Atau... Mungkin juga aku mencemburui keberanian kamu melantangkan suara mu kepada sesiapa sahaja yang kamu yakini kamu mampu menumbangkannya.
Sesungguhnya aku juga inginkan kamu tahu, TIDAK, Ya, tidak semuanya yang kamu lihat itu adalah yang sebenar-benarnya sifat semula jadi yang kamu lihat. Sebagiannya hanyalah setengah atau mungkin juga suku dari apa yang mereka itu mahu memperlihatkannya kepada diri kamu.
Tunggu. Aku bukannya mahu memberikan ceramah. Tidak. Hanya mahu kamu ketahui. Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya ada satu tahap lagi ilmu yang kamu sangat cetek ilmunya. Ilmu itu juga memerlukan kamu mempelajari sifat MENGHORMATI.
Yup. Hormat. Betul, kamu hebat. Betul juga bahawa kamu tidak selayaknya mengambil kata-kata ku sebagai panduan. Kerna kedudukan aku tidak setinggi dimana tempat mu berpijak. Ya. Aku tidak mempunya wedges atau high heels seperti mana seharian yang kamu gunakan bagi mengalas kaki mu itu. Paling tidak pon, sepasang Crocs celop kalau bukan buatan Asadi, pastinya Jin Bei menjadi tanda nama alas kakiku.
Ingatlah, jangan dipersalahkan lelaki itu andai kau di abaikan. Ingatlah, jangan didayuskan lelaki itu andai sebuah tapak tgn melekat di muka mu. Jangan kau baculkan lelaki itu hanya kerana die tak melayan hangin beliung kau. Dan jangan pula sesekali kau sifat 'kelelakian'nya hanya kerana dia berlalu pergi dan tidak melawanmu.
Pasti. Pastinya kau tidak akan tahu apa yang akan mampu sang lelaki lakukan jika. Jika habis hormatnya pada kaum sepertimu. Jika habis rasionalnya kepada setiap perlakuan yang kamu lakukan padanya. Jika habis tempoh berhibernasi dari kelakuan-kelakuanmu yang berdaya bangkit amarah sang lelaki. Dan jika yang paling penting. Jika habis sabarnya akan kepada karenah-karenah mu yang senantiasa dan berhabis baik serta bersungguh-sungguh menguji kaji akan tahap kesabaran nya.
Penting. Penting nya bertoleransi. Tak salah kamu mahukan kemenangan. Sang lelaki tak terhegeh mahukan kemenangan dari kamu. Penting. Penting nya bertoleransi dengan sekali sekala memikirkan kenapa setiap masanya kamu itu selalu menang dengan lelaki. Paham? Tak paham, cuba pahamkan, Tak cuba takkan paham, biler tak paham, maka inilah yang terjadi. Salah paham. Hahahahaha... Sekian. Kau dok pandang jangan nak melopong sangat, bak Dunhill kau!!
Haaaaa... amik la. Nah lighter. Kau dulu masa kelas Jasimah, kau bukan selalu failed ke BM Chot?
Tuh dulu Nas... Aku pon ade wawasan gak, tak dulu, skang ape yang penah aku gagal, aku cuba laksanakan pada waktu nih utk buktikan bahawa aku sebenarnyer mampu untuk mengecapi kejayaan, tapi. Belum masanya. Ingat?? Belum masanya. Hahahaha...
Owhhhh...
Bebantal Air Angguk-Angguk Paham.
Budak Degil
7 comments:
wow!!
terkedu melihat bahasa mu...
hehehe... nape ni mawi? bulan syawal yang mulia ni, kok marah2?
Hahahahaha... nih bahasa kawan aku la, chot tuh kawan aku, die la yang ungkapkan mende2 nih kepada permasalahan sorang lagik kawan aku, sungguh2 aku rakam, wakakakaka...
laa.. berdialog rupanya.. hahahahaha.. sungguh aku xperasan.. ingatkan luahan hati ko... kikiki....
Hahahahaha... lenkalik baca dulu abis cik Lia, wakakakaka... tapi aku mmg tonggang terbalik gak la nak paham dgr die sakap, biler dengar balik rakaman, baru la paham, wakakaka
mawi gersang lettew...
ak tak baca post. ak tros scroll ke comment box and just wanna say, i miss u nasmawiiiiiii!!! :(
adoi mawi. buat font 16 je.
sakit mata nak baca ni.
Post a Comment