Friday, June 17, 2011

Cuba Korang Baca

Mengapa Wanita Suka Menangis ??



Ada Wanita cantik yang suka mengangis.
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya Mengapa ummi menangis ’ ?
’Kerana ummi seorang wanita’, kata ibu kepada anaknya.
’aku xmengerti’ kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata ” Dan kamu tak akan pernah mengerti”
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, ” Abi, mengapa ummi suka menangis tanpa alasan ?
” Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu pun lalu membesar menjadi lelaki dewasa, tetapi tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia menghubungi Tuhan dan ia bertanya ” Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis ?

ALLAH berfirman :

”Ketika kami menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Kami membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

”Kami memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya’.

”Kami memberikan kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”.

”Kami memberikan kepekaan utuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya’.

”Kami memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya’,

”Kami memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti hati isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu”,

” Dan akhirnya , Kami memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan”,

Tahukah Kamu :
 Kecantikan seseorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya...

Kecantikan seseorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada ”
 

 
dan ingatlah
SEMUA WANITA ITU CANTIK..

Bebantal air Mencorat Coret
Budak Degil

Friday, June 10, 2011

~Betul Cakap Mak~

Tada!!!! Izinkan aku ketawa kejap!


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!
Ok dah, Penat.

Korang nak tawu tak?? (tanak tawu sudah!! Aku nak cerita jugak!) Semalam aku gi umah ayah angkat aku. Biler aku ade ayah angkat? Baru jek. Nama Ayah tu Aziz. Semalam gi jumpe beliau. Saje la nak tanyer kabo kan? Ecely nak pulangkan barang beliau. Hehehe. Nak dijadikan cerita, biler aku sampai rumah beliau, beliau tade. So aku call la beliau. Ropenyer gi makan kat kedai mamak. Aku join la kan. Maklumla, sejak dua menjak menjayakan program diet nih kan, Siyes da lama tak makan waktu malam. Ade la sekali dua je. Hahahaha. (Diet kah? Makin bulat jek, hahaha).

Ecely ayah angkat aku ada cucu. Selama aku kenal cucu beliau nih, aku suka kawan dengan yang nama Megat. Sama kepala dengan aku, hehehe. Even umo baru 9 tahun, tapi kire boleh masuk dengan aku la. (Die yang boleh masuk dengan aku atau Aku sebenarnya yang sama taraf pemikiran dengan beliau? Pikir2 kan lah yerk?). Tapi dari mula aku dengan Megat nih kawan, akak die selalu anti dengan aku. Aku takt au la apa masalah beliau. Ade jek nak kenakan aku. Ada sekali aku nak duduk kat satu kerusi nih, Tengah nak duduk, die boleh alih kerusi aku tuh, nasib la aku punyer 'bumper' cam 'bumper' Myvi kan?? kire tade la sakit sangat. Hampeh tol. Aku punyer la geram, terus tak bercakap dengan budak tuh. Aku wat derk jek lau die tanyer, hahahahah....

Semalam, lepas makan-makan, aku dapat panggilan telefon dari some my relatives utk segera pulang ke kampung sebentar. Untuk itu aku pun mintak diri la. Tapi sebab nak bagi barang kat ayah angkat aku tuh. Die suh masukkan dalam bonet kereta dia. Tapi tak muat. Kemudian cucu-cucu die nek merengek2 dah nak balik. So mak beliau cakap, "Oak anto la deme ni balik dulu wi. Jap gi keah balik la". Aku jawab ok je la. So aku pun bawak la diorang balik sebab nak hantar barang-barang tu.

On the way balik tuh, akak Megat yang suka dengki aku, tibe-tibe mintak nombor tipon aku. (Aku pun luper nama beliau, Hahaha). Aku tnyer untuk apa. Dia cakap "saja, lagipun mama ada suh mintak. Mama tade nombor abang." Aku pon bagi la. Setelah sampai umah, aku pun punggah la budak-budak nih dan barang yang aku nak anto tuh. Kemudian aku suh la bebudak nih masuk dalam umah. Siap suh kunci kau!! Aku hamik Solex, Kunci dari luo. (Ecely tuh mak diorang yang pesan. Bio diorang tak kuo umah semula).

Setelah memastikan anak-anak akak angkat aku semua berada dalam umah, aku pun Beram. Tak sampai 10 minit gerak, Hp aku bunyik. Ada mesej kekdahnyer. Nombor aku tak kenal. mesej berbunyi "Salam, Abg mawi kan?".
Aku jawab "W'slm, Bukan, saya nama Nasmawi. Bukan Abang, Adik-adik lagi, baru umo 18 tahun".
Dapat mesej berbalas "Ni orang la!! baru je mintak no, tak igt plak!" Ropenyer akak Megat anto mesej.
Balas lagik " Lah! Ko! igt sape la, pe kes? Nak gaduh lagi? Besok buleh? Penat la."
Beliau Balas "bukan nak gado la, nk tanya ckt, boleh?".
Aku balas "Aku ta bukk kaunter pertanyaan. Hahaha!!"
Beliau balas " Ala, serius r, nak tanya tol2 nih"
Balas lagi " Ape?"
"Abg ade awek? Jwb tol2 tau?"
"kenapa na tawu?" (Aku da malas nak taip sapa balas, pandai-pandai la korang)
"Jwb la"
"Tade"
"Kite na jadi awek abg boleh?"
Giler nak terdrift aku bawak keter!! Hahahaha!!! Aku gelak cam nak mampos. (Ecely aku kua dari keter sebab dah sampai ke Dataran Merdeka kan? So unutk tidak membahayakan orang len akibat kekurangan kefokusan aku memandu sebab gelak, aku benti la).
Ape gielr budak nih. Mesti salah makan gamaknye. Straight to the point lak tuh. Giler kentang la budak nih. Lau aku sniri pun segan nak cakap camtu. 
Aku just balas " Gilo!"
Hahahaha... lepas tuh mesej2 tanya sebab sumer bagai, then aku tanya camni..
"Apsal suka kat aku? Ko da tade orang len nak jadikan pakwe?"
"Sebab abg comel"
Cis!! Sempat lagik kutuk aku! Tawu la aku cam Blue Hyppo, Terus aku gelak lagik. Orang-orang kat Dataran dah nak tipon Tanjung Rambutan kekdahnyer dah. Aku da la dok sensorang, gelak macam 10 orang gamaknya kat Dataran tuh.
Kemudian aku malas nak balas sebab dah lama sangat layan kepala budak nih.

Balik Rumah, aku dok pikir-pikir. Tibe-tibe teringat kat mak. Betul cakap mak. "Budak pompuan nih cepat matang, tapi biasanya pemikiran masih cetek, tak pikir jauh, sebab tu perangai diorang pelik. Macam dah dewasa sangat, hasil tindakan biasanya tak macam dewasa".
Tuh mak aku pesan masa aku down masuk poly dulu. (Mak aku tawu aku anti pompuan dulu) (Tang tuh nnti aku cerita okeh?).

Siyes dowl, akak Megat tuh baru umo 12 TAHUN okeh?? Sila percaya. Siyes, UPSR pon tak amik lagik. Adeh... Macam-macam la budak-budak nih. 

Tapi yang buat aku terpikir sangat-sangat adalah, kenapa la beliau sampai boleh cakap camtu kat aku? Keanak-anakan sangat kah aku sampai beliau sniri boleh cam pk nak ayt aku cam aku sebaya dengan beliau? Siyes aku ta paham hahahaha.

Biler dah dok pikir-pikir, teringat lagik mak aku cakap suatu petang. Masa tuh aku tgh tgk spanbob sambil ditemani adikku yang bongsu, Apin.
"Heyyy~~ Sape la nak kat ko nih sok, dah tua bangka, kerja tengok katunnnnnnnnn jek. Tak ubah-ubah dari kecik! Sape la yang bertuah tahan perangai ko nih"
Masa tuh aku jawab "Eleh, mak da 22 tahun bela abang, steady je abg tgk?" (aku kat mak ayah, aku bahasa kan diri sebagai abang.)
Mak aku juz geleng kepala.


Berbalik kepada persoalan asal, Betul kot mak aku cakap kan? Pompuan cepat matang, tapi pemikiran beliau lebih cetek dan tak pikir panjang. Lau silap sila komen hokeh? Hahahaha.

Bala-bala~~ Jadi malas aku nak gi umah ayah angkat aku lepas nih. Hahaha.
Nape la mende pelik-pelik gini jadik kat aku? Huh!
Tanak pikir la! Nak Makan! Lapo!! Hahahaah~~~

Bebantal Air Gelak Tak Sudah.

Budak Degil.

Thursday, June 9, 2011

Ape Mau Bikin???

Berfikir~~



Kadang-kadang aku pikir macam ni.



Kadang- kadang pulak, macam ni.



Ade jugak sampai macam nih.




Dan yang sampai tahap macam ni pon ade.




Ape pon yang berlaku, dan apa pun yang terjadi, aku tetap kena pikir, macam mana nak selesaikan sumer masalah yang sedang melanda hidup ku ini. Aku harus kuat untuk menghadapi perkara ni. (Ilek der, lu lelaki kan?? ta macho la lau lu kata lu tak kuat, dulu bukan main gangster!!!). Sebok la Ko!! Ntah la, macam-macam, dan skang, aku disyaki akan berpindah. Kemana?? Tunggu.........





~~Yang pastinya, aku akan terus berfikir~~


Bebantal Air Berfikir

Budak Degil

Wednesday, June 8, 2011

~Macam Mana??~~

 
 
 
 
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:


Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?


Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.



Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.  MAKA sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



Bebantal Air Meng'kopi' 'Pes'.

Budak Degil

~Sudut Ke'lyfe'an~

Nama aku Ahmad Dug Bin Abdul Gong. Aku tinggal dan hidup dekat area-area Lautan Laut China Selatan Jugak la. Aku na citer satu peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup aku. Dulu Aku jahat, kaki buli, nampak ikan kecik, aku kejor, nampak sotong-sotong tgh bergembira, aku gigit sekor-sekor. pendek kate, aku dikenali sebab bukan gerun ke hape, cume sebab aku suke nyakat yang teramat la sangat menyakitkan ati dan perasaan. Nak dijadikan cerita, satu hari ade le sebuah bot, nak kata bot, beso jugak, nak kata kapal, kecik cikit, kira cam bot-bot yang orang bawak gi mancing kat pandai dalam tuh, hohohoho.

Aku ade ramai kawan-kawan sejantina, tapi sumer lain spesis ngan aku, Diorang sumer giler-giler macam aku gak, hahahaha, tapi paling nakal aku la. Hahahaha... Antara kawan-kawan aku, kuda laut, Yu, Kerapu Beso, dengan Pari. Diorang nih la besh fwen aku, hehehehe. Mana aku gi, tawu jek mana diorang nak carik, hahaha. Berbalik kepada citer bot tadi, bot nih aku tgk, menarik giler, sempat la jugak aku melompat2 ke permukaan nak tengok atas bot nih ade ape kan??

Ape yang aku nampak, banyak orang bawak pancang-pancang yang panjang-panjang. Pada pancang tuh pulak ada macam tali berkilat, hujung tali tuh nanti ada cangkuk, tapi ada macam yang diorang letakkan pada cangkuk tu. Kata senior-senior spesis aku, itu la pancing. Alat tuh tajam. Kalau dah sangkut, payah nak lepas, lebih bek sangkut terus dari terpaksa dilepaskan. Sakit wo.. Memang bisa. Itu cakap diorang. Aku pun tak puas hati. So aku saje-saje la merapatkan diri pada hujung pancing tuh. Aku tgk, tade pape pon?? Cuma ada macam sedara cacing jek, kata si Kuda laut, itu la umpun-umpun. Aku nih caye je la, lau diorang tipu aku, aku tipu korang la kan??

Nak dijadikan cerita, kawan aku selalu tanya, "kenapa ko selalu lepak dengan ujung-ujung pancing tuh? Bahaya wo, kalau ko tak sedia, silapnya diorang cangkuk ko, sakit ko nanti". Aku cuma jawab. "Ala, aku bukan apa, tgk-tgk jek, tawu la aku elak lau diorang tarik-tarik pancing diorang tuh. Tapi, malang tak berbau. Aku tersangkut pada salah satu kail yang ada. Aku meronta, jiwa ku kacau memikirkan apakah akan terjadi kalau aku ikutkan saja mata kail ni? Memang menusuk pada insang aku.

Aku main tarik-tarik dengan si pengail. Aku tarik, dia tarik, aku taik, dia tarik. Kawan-kawan aku cuma tgk je. Diorang cakap, "ko boleh pilih takdir idup ko Dug, Sama ada ko boleh ikut mata kail nih, atau ko nak ikut pengail-pengail tu". Aku cuma jawab, " Tak pe, aku tak pikir lagi keputusan aku, aku berserah, kalau aku rasa boleh lawan, aku lawan". Lama aku main tarik-tarik, sampai kawan-kawan pun tanak tgk dah apa kesudahan nasib aku. Tapi... Yup!! Aku kalah, ternyata aura si pengail lebih daru aura aku. (ceh aura). Nak wat macam mana, mungkin aku tade pengalaman macam Si Yu, Dia selalu main-main dengan mata kali nih. 

Aku diangkat dan diletakkan dalam sebuah bekas. Semua geng-geng pengail mengerumun aku. "Pelik la kan ikan ni?" Kedengaran suara dari belakang. Nak buat macam mana, dah aku spesis Dugong. Jenis-jenis aku pun tak banyak jugak. Aku yang kepenatan dan ditambah pula dengan kesengalan selepas merentap-rentap dengan mata kail itu, membuat aku ingin rehat sebentar. Si pengail sangat baik kepada aku, dia cakap pada kawannya "Aku nak jaga ikan ni. Dia unik". 

Itu perkataan yang paling aku ingati. Aku diberi makan sebaiknya, dan aku dipastikan ditukarkan air laut yang segar setiap Sejam. Sangat baik pengail ini. Aku mula berasa selesa dengan keadaan aku hingga yang aku lupa bahawa aku telah meronta-ronta lari dari mata kail yang berjaya menarik aku ke sini tadi. Tapi, Si Pengail hanya sekejap melayan aku, setelah 3 hari kami atas bot, mungkin dia bosan. Jadi dia mula mengail semula bersama-sama rakannya. Aku hanya mampu melihat dari jauh, dari bekas yang menjadi tempat aku diletakkan atas bot ini.

Selepas lama mengail, Si pengail berjaya menjinakkan seekor ikan yang lebih unik. Mungkin lebih elok rupanya dari aku. Lebih solid dan mampu menarik perhatian semua pengail atas bot ni. "Wahhh!! untungnye kau! dapat hammerhead shark! Bukan senang tau nak dapat?". " Weh, bela la, mungkin ikan ni lagi elok dari ikan pelik ko tuh!" Si pengail tak menjawab apa-apa. Mungkin aku tak dengar apa yang Si pengail katakan. Aku cuma mampu lihat bibirnya bergerak-gerak. Tapi aku tak tahu apa yang dikatakan olehnya.

Namun, setelah lama Hammerhead itu di atas dek, aku lihat, nafasnya makin tak stabil. Si pengail muma risau akan hammerheadnya. Lalu dengan pantas, si pengail menumpahkan bekas yang aku duduk, dan memasukkan hammerhead tersebut ke dalam bekas aku tadi. Si pengail bertungkus lumus memasukkan air laut ke dalam bekas tersebut. Kemudian si pengail menghampiri ku. " Aku tak mampu bela kamu berdua, aku juga tak mampu untuk pilih antara kamu. Aku akan melepaskan kamu ke lautan". Si pengail mengangkat aku dan melepaskan aku ke laut semula. Walaupun aku gembira sedikit, tapi Aku masih lagi sakit sebab, luka aku bertarung dengan mata kail dan tali tangsi semasa aku di tangkap, masih aku terasa.

Sangat sakit bila masuk semula ke dalam air laut yang kadar garamnya tak sama dengan air laut yang Si pengail tukarkan kepada ku sepanjang aku berada di atas bot. kedengaran suara kawan si pengail. "Woit! jom lah kita, dah seminggu kita kat laut ni, mari kita balik!". Maka berlalulah bot tersebut meninggalkan kawasan tempat tinggal aku. Aku pula di tinggalkan dengan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan sepanjang betarung dan tinggal di atas bot berkenaan. Aku takkan lupakkan itu.


Bebantal Air Mengarang.


Budak Degil.

Friday, June 3, 2011

~You~ Yes!! You Know Its You~

 
Oh, her eyes, her eyes,
make the stars look like they're not shining,
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying,
She's so beautiful, and I tell her every day

Yeah, I know, I know,
When I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so, sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look OK? I say~~

When I see your face,
There's not a thing that I would change...
Cause you're amazing,
Just the way you are...
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while...
Because girl you're amazing, just the way you are~~

Her lips, her lips,
I could kiss them all day if she let me,
Her laugh, her laugh, she hates but I think it's so sexy,
She's so beautiful, and I tell her every day~~
Oh, you know, you know, you know,
I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for then just stay the same...
So, don't even bother asking if you look OK?
You know I'll say~~

When I see your face,
There's not a thing that I would change...
Cause you're amazing,
Just the way you are...
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while...
Because girl you're amazing, just the way you are~~
The way you are, the way you are,
Girl you're amazing, just the way you are~~

When I see your face,

There's not a thing that I would change...
Cause you're amazing,
Just the way you are...
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while...
Cause girl you're amazing, just the way you are.





 
Bebantal Air ********

Budak Degil

Thursday, June 2, 2011

~Adakah~


[.... Orang yg mencintai kamu.... ]




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke
majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan
bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan
sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu
memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu
CINTA.



Bebantal Air Memikir

Budak Degil

Wednesday, June 1, 2011

~Fasha Sandharan Hatey Mak Nak~



Yakinkah ku berdiri
Di hempa tanpa tepi
Bolehkah aku
Mendengarmu

Terkubur dalam emosi

Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
Merindukanmu

Terpuruk ku di sini

Terangi dia yang sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku

Kesendirianku


Teringat ku teringat
Pada janjimu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati

Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang kau mau

Benarkah ini jalanmu
Hanyalah engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirmu
Dalam gelapnya
Malam hariku




Bebantal Air Owh Bebantal Air~~

Budak Degil