Saturday, August 27, 2011

Selamat~~ Selamat~~ Selamat Ari Rayer~~ (Ikul Rentak Jagu Jingle Bell)

Salam Ramadhan. Tak baper hari lagik Ramadhan akan meninggalkan kita semua untuk tahun ini, 1432 Hijriah bersamaan 2011 Masihi. Moga ketemu lagi kamu ya wahai Ramadhan pada tahun hadapan.

Di sini, dan di kesempatan ini saya selaku Bebantal Air yang Glam. Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dan ingin memohon ribuan bersamaan jutaan kemaafan dan penyesalan ke atas salah silap perlakuan dan kata-kata atau nama lain ialah perkataan yang telah dikeluarkan dari saya sama ada dalam bentuk lisan mahupun secara bertulis apatah lagi bertaip yang secara sengaja ataupun tidak sengaja telah pun menyinggung anda tak kira secara perseorangan atau pun kategori jemaah.

Diharapkan di lebaran ini anda semua turut bergumbira bersama insan-insan yang anda sayangi apatah lagi dengan ahlil keluarga terchenta, sanak sudara, jiran miran dan ketua kampung anda.

Dengan ini pesanan ikhlas dari penaja ingin mengucapkan berhati-hatilah di jalan raya ketika anda pergi beraya di hari raya.

Jumpa lagi ke ketemuan akan datang. Semoga panjang umur, dapat kita bertemu di hari lebaran utk melebarkan apa yang sedia lebar. Ahakz!
0-0 ye kawan-kawan?? Luper2!! Jemput datang rumah mak ayah saya di Gelang Patah ye?? Duir raya disediakan bagi yang bersalam cium tangan. Hakhakhakhak.

CAMAT HARI RAYA. AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Bebantal Air Balik Beraya.

Budak Degil

Tuesday, August 23, 2011

Jan Jenjala Itik Jala Ayam~~ Eh??

Bosan dengan kerja rini aku jenjalan di alam maya dan ter'stop' kat satu laman Blog.

Pergh!! Sumpah Besh sebab... sebab... sebab...

SEBAB IANYA BESH~~~

Nah!! Baca!!


Bebantal Air Terkenan.
Budak Degil

Friday, August 19, 2011

Suke!!

Semalam aku berbuka kat opis lama. Ada jemputan. Fwahh!! Meriah giler!! 

Hampir sebak sebenarnya, Hahahaha~~ Sebab??
Jeng Jeng Jeng!!

 Aku telah disambut macam Hartis!! Hahahaha.. Sonok giler, dari aku sampai tempat parking. Sume dok tanya kabo. Sumer nak sembang-sembang. Hehehehe.

Time nak lalu ke bilik jamuan pun, sumer tegur. Sumer tanya kabor. Giler la, malu pun ade, jalan reramai macam kena escort. Even aku jalan reramai, tapi yang lalu lalang dok tegur aku jek. Hahahaha. 
(Muke Blushing)
[Piung!! Kena baling slipar]

Adesss~~

Yang paling besh kat MSWPKL nih, pangkat-pangkat bos boleh tegur aku!! Hahahaha. Tuh la yang wat aku rindu suasana kat MSWPKL. Org besar tak berlagak BESAR. Yang berlagak BESAR, Kompom cepat Sedar. Yang Tak Sedar-sedar. Tuh tunggu Hidayah la kan? Ahakz!

Terasa cam sedikit VIP la ketika semalam. Time makan lak, dapat dok semeja ngan Ibu Angkat tersayang. Ahakz!! Ades. Lepas tension kerja yang bertimpa-timpa.
Jumpe kengkawan lama satu opis. Member 'Port' Belakang, Member 'Port' Tiang, ades.. Semua mengundang memori. Skendel?? Aku mana de skendel kat MSWPKL. Aku kan dipanggil USTAZ~~ (Muke riak)

Hahaha.. Pape pon aku happy sesangat semalam. Diharap pihak MSWPKL tak luper untuk jemput saya lagi. Hahahaha.

Dah!! Nak layan perasaan sebab kena marah ngan Admin Opis.

[Bos tak marah aku, admin lak marah aku]
 
P/S :: Ada peristiwa yang sangat meng'happy'kan aku semalam. Berlaku ketika aku mau pulang tapi masih berbual-bual di Parking. Ngeee~~

Toyol :: MSWPKL - Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bebantal Air Cuke! Cuke! Cuke!

Budak Degil

Thursday, August 18, 2011

Yang Halus Yang Kudus.

EVERYONE

Sees who I appear to be,

BUT!

Only a few know the real ME.

YOU!

Only see wut I Choose to show.
There's so much behind this smile...
YOU don even know.

See?? WORD LIFE

Bebantal Air Bersuara.

Budak Degil

Tuesday, August 16, 2011

Betul La Kan?? Luar Santek, Dalam Tak Tentu Lagi Santek.

Gi kije rini nek keter. Aku bawak Ya amat la sopan.
(sila percaya, sebab nih cakap semejid nih, Bulan pose lak tuh)

Berbekalkan kecekalan, aku memandu sepantas kelajuan maksimum sebuah kenderaan lagenda V-tec, iaitu Honda EX-5. 80km/j jek der, ahakz!

Lalu sebelah sebuah Wira kaler oren. Santek!! Cermin tinted itam legap. Cam Sultan. Rim sukan pun kaler oren fluorosent. Memang Gayaa~~

Melepasi kereta aku, beliau jua memandu perlahan di hadapan kereta aku. Mmg semart. Aku asa kereta depan aku nih pakai adjustable. Gaya kereta meloncat-loncat menarik perhatian aku.

Tertumpu pula pada bahagian spoiler beliau. Santek juga. Ber 'GT' Wing. Memang semart~~ Cukup gaya lau yang keluar kereta itu berkepala botak, bertatoo kat belakang kepala, pakai singlet, badan ketak2, dan pakai spek itam.

Mula dah mengarut. Kemudian tertumpu pula di bahagian cermin belakang, juga menarik perhatian aku. Ada sticker "Allahuakbar" bertulisan jawi. Sangat Santek. Islam ropernyer. Jadi tidak mungkin driver yang akan keluar itu bertatoo di belakang kepala kan??

Usha plak atas bumbung, Pergh!! Sunroof!! Aku suka sangat kereta ber'sunroof'. Nampak kaya. Cermin bawah sumer gelap, tibe-tibe sunroff bukak. Amik udara segar. Memang nampak grand. Kalau la halfcut kereta aku byk kat mesia, Kompom2 aku juga akan mempunyai sunroof.

DAN!!??

Wut defff??? Ape tuh?? Mungkinkah?? Aku merapatkan kenderaan kesayangan menghampiri bumper belakang Wira tersebut. Memandangkan dari saiz Ejos, Kompom2, turbo nih, tapi mungkin jugak jenis dari Tur'bodo' kan?? Standard, tapi pakai ejos 3 henci.

Tepat sangkaan seperti yang aku jangka. Mengapakah ada org yang sedemikian rope?? Kenapakah kau telah merusakkan tanggapan aku kepada kau? Ades.. Kerata ganas. Memang menarik hati. Cermin belakang membuatkan aku bangga kau seorang Islam. Dan yang paling aku bangga semestinya kau seorang Melayu.

TAPI!!

Kenapa sunroof ko kuo asap??

Bebantal Air Termenung.

Budak Degil

Monday, August 15, 2011

Kesukaan Dalam Keterlongkopan.

Tajuk rare kan? Hahahaha. Siyes, kejadian yang tidak di ingini telah berlaku. Dengan kelam kelibut, aku pun pulanglah ke pangkuan jalan tempat pemastautinnya kedua Ibu dan Bapa kandungku dengan harapan tiada apa yang buruk terjadi.
(Amacam?? Ada gaya sastera tak?)
 Sakit, Sedih, dan Kelukaan. Itu yang telah dihadapi. Tapi?? Mampukah aku mengatasi itu? Rasanya mampu (ayat sedapkan diri). Lau jadi pada aku, aku tak hirau mana pun. Tapi untuk org yang aku syg, sedikit mana pun kelukaan beliau, aku cukup gelabah. Namun, syukur ku panjatkan, beliau tak apa-apa.

Anda memang kuat dek!!! Tak sia-sia ko dilahirkan sebagai seorang adik yang hensem.
(Abang ko jugak yang tak hensem, Huh!!)
Ni la adik aku, Hensem kan??

Cukup citer sedih. Nak wat citer gelak-gelak pulak. Pe rabang sedih-sedih kan? Ni nak bukak citer perangai aku yang sangat annoying dan pakar dalam menyeksakan orang-orang. Buka pekung kah? So wut? Hahahaha...

Anda rasa anda Artis? Anda rasa anda Howt? Hahaha.. Se Howt mana pun anda, dan se Hartis mana pun anda, anda takkan berjaya di label 'Howt' dan 'Hartis' Oleh den selagi belum melepasi ujian teknikal bergelar, "Ujian Mental dan Fizikal Budak Degil"

Anda kenal siapa Ini??

Puan Tasantek mengaku budak ini kembar beliau.

Ya, kembar Puan Tasantek memang di akui, seorang yang artis lagi Howt. Beliau juga memiliki peminat yang berjuta, selautan gelora di Danga Bay.
(Giler sanskrit perumpamaan aku).

Power~~
(nih ayat adik aku lau nak menunjukkan sesuatu yang incredible)

Setelah bersedih-sedihan. Muncul makcik nih dengan kuasa super power ala-ala Sailor moon. Tibe-tibe jerit "Dengan kuasa bulan! Akan menghukum mu!!"

Erk??!! T'anjat Boboy~~

Ntah camne kekdahnya. Beliau telah muncul di rumah aku. Kekdahnya, beliau nih tengah jenjalan sensorang, macam kulu kilir, Jumpe lak kat tepi hiway.  Saje la benti tepi, tanya nak pergi mana. Beliau jawab. "Nak cari tempat berbuka". Hahahaha... Cedey keadaannya, comot, main batu tepi jalan. Tuh bawak balik tu. Igt nak anto balai terus, suh carik mak ayah budak ni. Tapi beliau cakap, beliau pose, so, bawak balik la jap, bagi beliau berbuka. Ahakz! (Sadis tak?)

Sampai rumah, Mak dah 'T'anjat gegurl!!'
"Nih sapa lak nih?" Soal beliau.

"Orang gaji baru".
(selamba tak??).

Hahahaha... Lepas tuh bermula sesi temuduga dan perbincangan untuk cara pembayaran gaji sumer. Dan, beliau telah berjaya dalam temuduga tersebut. Temuduga lisan jek. Ada temuduga praktikaliti pulak tawu??.

Maksud?? Haaa~~ Kat cini la ujian sebenar bermula, ahakz! Beliau telah diuji dari semua aspek ujian mental dan fizikal di dapur. Dari kecik-kecik punya hal, sampai la ke besar-besar punya hal. Mari lihat aksi-aksi beliau.

Muke konsentret.
Nih eksen jek nih, padahal beliau angkat-angkat daun jek tuh.

Yang nih bebetul punya.

Muke kesian mintak makan, "Lapo" katanya.

Ha.... Itu adalah asas2 jek, belum lagik suh cek satu2 kan?? Nak tgk lagik? Kat cini beliau telah berjaya menyerlahkan kepakaran beliau. Mari lihat siapa yang kena!!!

Acheh!!! Giler teliti!!
"Makcik!! Betul kan camni??" Huahuahuahua!!

Menu, aku yang tetapkan, ahakz! Suh buat kerabu. Hahahaha.. Terer la budak nih racik sayo tuh jadik kecik-kecik... ngeh ngeh ngeh. Giler la, dapat dah mak aku org gaji baru. ngeh ngeh ngeh.

Boleh diterima bekerja. Sesapa nak org gaji yang semacam nih bekerja di tempat anda, boleh la kontek nombor aku ye?? Yang ini, dah diterima bekerja di CIQ, Gelang Patah. Hahahahaha!!! Naseb la lau yang tiada nombor aku tu, ahakz!! Igt nak tuko propesen la, dari jadi seorang PA yang Berjaya TImes Square, (berjaya kah?) nak jadik pembekal Orang Gaji tahap hartis plak. Amacam?? bernas tak?

Hahahaha.. Kepada CFR A.K.A Pencinta Hello Kitty, Anda mmg Howt plus Hartis, plus Terel di dapor. Hallamak.. Suspek la. Nak nombor tipon boleh??
(Siyes ni nak nombor tipon)
Lalalalaalala~~~

Cik CFR, Saya dah sahut cabaran anda. Jadi?? Macam mana dengan Cabaran Saya pulak?

P/S :: Trimas kepada Cik CFR kerana telah membantu sedikit sebanyak perkara pada hari tersebut. Lenkali kita fight Chikupang lagi ok?. (Anda memang terel men chikupang).

Bebantal Air Suko Serabuk Peruk.

Budak Degil

Wednesday, August 10, 2011

Dalam Hati Ada Taman. Shah Alam, Bandaraya Dalam Taman.

Ada Kena Mengena?? Do I Care?? Ahakz!! Meh berkongsi Quote.

"Hate Is Easy. Loves Takes Courage. Hating Your Loved One, Takes Your Whole Life"

Sekian.



Bebantal Air Belek-belek

Budak Degil

Dalam, Sedalam, Kedalam, Mendalam.

Malas nak taip. Malas nak kopi, Malas jugak nak Menge'paste'.

Layankan Link ni.


Bebantal Air Membaca

Budak Degil

.S.E.T.E.R.E.S.

Sumpah!!!! Cube kome bayangkan keadaan ni.

Kome ada sejibik Perodua Kancil, Enjin Da modified, masuk enjin Skyline, kire kancil ko nih, lau takat nak tinggal lamborghini, mmg senyum la, ciap leh benti RnR lagik solat dhuha, Lambo tuh kompom taleh nak potong korang punya.

Tapi satu hari, kancil korang nih, ade probs, tak teruk, tapi akan jadi teruk. Kalau berembat gegiler, akan mendatangkan masalah kepada enjin anda, seperti head tercabot ke, tayar tanggal tinggal spotrim ke, tak pun, tanpa sedar, blow off tercabot ke, tak pun nak lagi sadis, berembat2, enjin tertinggal. cane? Jalan penyelesaian nak elak itu sumer berlaku, kome terpaksa la memandu dengan kelajuan yang sangat mematuhi undang-undang. 40km/j atau bersamaan dalam gear 6 enjin skyline korang tuh, RPM nyer cukup takat 2 jek, tuh pun, kadang-kadang, tak sampai, cam semput-semput gitu.

Korang bleh bayangkan gak, korang terpaksa dok kat slow lane, then hanya mampu tgk viva std potong kome dengan lajunyer. Biler ade probs camni, kome hanya mampu tgk dan tidak mengejar, atau menyakat seperti selalu.

Tu la yang aku alami bersama JKR ku ketika ini.. Uhuk2... Penat dan terseksa jiwa raga. Tangan penat tahan throttle dari memusing lebih dari 3000 RPM. Hukhukhuk. Biler nak wat moto nih?? Cian Ie.

Bebantal Air Ase Nak Gile.

Budak Degil

Tuesday, August 9, 2011

Penat

Hahahahaha... Amacam tajuk?? kena tak dengan tema bulan pose?? Hahahaha...

Tapi apa yang aku nak citer tade kena mengena dengan bulan pose, pasal moto kesayangan aku.. wuwuwuwuw...

Beliau sedang sakit ala-ala selsema, tapi masih boleh berkhidmat dengan jayanya. (even aku cedey tgk moto aku).

Setelah di teliti, maka tahulah aku bahawa motor aku telah mengalami sindrom kepecahan gasket yang tidak melampau. Ini berikutan aktiviti aku berembat yang sangat ekstrim sehingga RPM moto melampaui Red Line walaupun ketika di dalam keadaan mata gear terakhir.

Ahad malam tuh penat la aku kerjakan si Moto nih. Rope2nyer, dalam radiator dah tade air!!!! Giler!!! Dengan pantas, aku memasukkan coolant khas utk jenis radiator aluminium ini. (giler sanskrit ayat aku) Lagi sekali aku tergempar. Rope minyak itam dah masuk radiator. Mesti waterpump dah kiok nih aku berembat gegiler.

Sebabkan waterpump takleh nak support, aku juz isi jek dalam radiator, bio kipas tuh tak la musing jek memanjang.

Dengan ini, rekod baru aku ke tempat kerja adalah Satu Jam Lima Belas Minit, di ulang ye kawan-kawan, SATU JAM LIMA BELAS MINIT!! berbanding Lima Belas Minit Kelajuan Asal.

Sebab?? Aku bawak moto dengan meter RPM tak sampai pun kepada angka 4. Dimana aku menunggang dengan sangat perlahan sehingga piston aku tak mencecah 4000 kali putaran dalam seminit. Pehal tak pakai meter Km/j?? Sebab?? Meter tuh da putus, hahahaha!!! Bawak laju mana pon, tetap kat angka '0', hahahahahaha.

Haku rasa, lau dalam sebulan lagi aku tak berjaya membaiki keadaan nih, kompom-kompom punggung aku akan mengalami keleperan melampau, dan takkan sama lagi dengan kemantapan kepunyaan Safee Sali... Eh??

Hahahahaha... Mengarut suda....

Rini ade orang nak belanja aku makan sate. Hahahaha... Lapo lak... Jom makan!! Hahahaah


Bebantal Air citer pasal kekasih beliau

Budak Degil

Friday, August 5, 2011

Nak Marah, Sayang~~~

Hiish!!! Kontrol Besi tak tajuk?? Suke tak?? Suke tak??

Deyy!! Appara!!

Aku cam nak marah, kenapa aku taleh nak komen kat Blog Aku snirik?? Huh!! Y?? Y?? Y??

(Dush!!) [Jiran sebelah baling slipo sebab memokak]


Adeehhh (sambil bangun terhincut-hincut) Ape la punya jiran! Huh!!

Dah!! Nak carik Menu Berbuka kat abang google!! Huh!!

Bebantal Air Bengang

Budak Degil

Adik Bongsuku

Semalam aku call mak aku selepas mak aku call aku. Cane tuh?? Mak aku call, tgh bual2 tibe2 tadek line kot, putus, so aku call la balik, hahahaha...

Kendian mak aku citer-citer pasal pose.. Tacing, aku dah lama tak balik kampung, hahahaha.. Cian mak aku. Ahakz! Aku pun sakap la "Okeh, pose nih, abg janji abang balik". Kendian mak aku cakap la, "adik pose, tapi 1st day pose tuh, die tak pose", hahaha...

Aku pun suh la mak aku pass tipon kat Adik aku yang bongsu tersebut. Nama Beliau Amin Firdaus. Tapi aku panggil Apin sebab beliau yang meletakkan nama tersebut masa beliau berumur 4 tahun. Tak pandai sebut Amin Firdaus, Sebaliknya, ApinDaus, HAhahahah.. Bongok la ko dik.

Aku tanya la dia. Kenapa tak pose?? Dia jawab. Nak wat cane, dah termuntah. Cikgu cakap, lau muntah, taleh pose, batal. (Cis, cikgu cakap igt, aku pesan, hapah lupa). Then aku provok la. Cane ni dik?? Lau pose tak cukup, taleh la dapat duit raya kan?? Korang nak tawu dia jawab ape??

"Tak pe la bang, kang kalau ada rezeki, adalah~~"

See?? Siyes, adik aku yang kecik nih pandai menjawab. Setiap jawapan beliau jugak sering mematikan provok aku terhadap dia. Lau adik-adik lain, tak, mesti melompat, melenting, sampai nangis-nangis, aku kerjakan, HAhaha.. Yang bongsu nih pakar cikit. Jawapan biasanya akan diberi kepada aku secara tenang. Hahaha.. Siot tol.

Tak dapat tidak, aku rindukan adik aku, hahaha.. tak pe la, abg mu ini kan berusaha untuk pulang, sebab mungkin telah berjaya mengurangkan sedikit kadar defisit yang melanda akibat banyak kali pindah rumah. Hahahaha.. Penat aku!!


Ni La Apin. Hensem Kan? Ahakz!

Dalam kereta masa raya tahun lepas lau tak silap. Beliau lebih suka naik kereta ngan aku sebab katanya "Abg bawak kerata cam bawak kereta sport". Erk??

Siblings aku masa raya tahun lepas. Tema aku yang pilih, Hahahaha. Hijau Kao!!

Ehem!! Sape nak Ikut aku balik Kampung? Bosan Dowl Balik Jb Sensorang. Speeding jek kerjanya aku nanti.

Bebantal Air Nak Balik Kampung Berpose

Budak Degil

Thursday, August 4, 2011

Dulu Lain, Sekarang Lain, Esok Pun Mesti Lain

Pagi nih Putrajaya rain lite2. Pagi ni macam biasa seperti hari pertama pose. Aku rasa, aku lau time bulan pose, lagik malas mangun awal la, kenapa ek? haram tol.

Siyes, sebelum bulan pose, kul 5 pagi, aku dah dok dalam bilik termenung. Ciap mandi, gosok gigi, shave sume, kompom kul 5.30 aku dah dok dalam bilik tunggu Subuh. Kendian aku dah start enjin moto kul 6.30 pagi sambil tunggu enjin panas, Layan Dunhill sebatang. Then baru gerak gi kije.

Bulan Pose?? Aku mangun, tgk jam, Kul 5.30, Aku ilek lagi, Kul 5.45, aku golek-golek lagik, sampai akhirnya kul 6.30, baru aku gerak masuk bilik termenung dan mandi sumer. Tepat jam 7 pagi, baru aku terhegeh-hegeh untuk turun lip, start moto dan pergi kije. Sahur?? Non Hado.. Hahahaha.. Ntah, aku sejak-sejak beso nih, (since aku belajo kat Poli PD Sem 1) aku malas giler mangun sahur. Kalau mangun pun, mesti jam 3-4 pagi, then aku minum air jek. Hahahaha.

Nampak beno setannya aku time pose nih. Sahur pun malas. Bulan pose mane de setan? So memang aku le setannya, Hahahaha

Aku Rindu Kehidupan aku masa kena praktikal. Kompom!! Aku buleh bangun sahur kat mesjid. Semayang Subuh kat mesjid. Waktu Berbuka aku segan buka kat mesjid, sebab kompom ade makan-makan, then nanti diorang lepas maghrib, tak bagi aku terus balik ke teratak setinggan aku. Suruh makan dulu. Tapi biasanya aku lepas kije dah beli makanan ciap-ciap. Tinggal Tunggu waktu berbuka jek. Natijahnya?? Aku takkan berjemaah masa Maghrib. Hahahaha. Dan disebabkan itu jugak, aku buleh tgk citer ape ntah, yang pompuan kiut debab tuh, then tibe2 jadik kurus. Jehan Miskin lakon. Yang aku igt, Lagu drama tuh nyanyian Jaclyn Victor, Satu Harapan.

Okeh, dah melalut. Tapi kompom aku akan rindukan tahun tersebut, dimana aku tak pernah tinggal tarawikh dari mula sampai akhir Ramadhan. HAhahaha... Siyes, Sume full berjemaah 23 rakaat. Amacam? Goyang?

Tuh yang aku rasa berat aku susut giler-giler kot. Dari 98 kilo jadik 75 kilo jek masa tuh. Berkat tunggang terbalik solat terawikh. HAhahahaa. Ilang perut aku kejap. Kejap jek, skang bela lagik. Tak kiut la aku tanpa perut kan?? HAhahahaaha...

Aku ecely nak citer aku hari ni pergi kerja dengan beruniformkan t-shirt nipis dan seluar jeans. Hahahaha.. sebab?? Sebab aku tgk ujan renyai-renyai kat luo umah. Giler sempoi. Tapi aku tobat tak buat lagi la, sebabnyer aku tak tahan cejuk, HAhahaha.. Menggigil2 aku bawak moto. Bahu nih ciap ajak berdansa lagik masa aku bawak moto. Giler tak?

Len kali aku nak pakai sweater jek terus. Hahahaha.. Sampai opis baru aku transporm jadik Al.Skemian. Ahakz!!

Rini mau berbuka apa? Sape nak teman aku berbuka hari ini?? Jom?? (Lau la aku ade awek, muntah awek tuh, aku bawak berbuka kulu kilir, hahahaha!!).

K la, nak pikir nak buka baazar or masak.


Bebantal Air Mengiblis
Budak Degil

Tuesday, August 2, 2011

Busan adalah di Korea, Bosan pula ada dimana-mana.

Bosan.

Itu yang boleh aku cakap pada life aku selepas berbuka semalam. Lepas aku lepak2 lepas megorib, then aku tunggu la Isyak. Malas nak berjamaah punya pasal, aku sambung tarawikh sniri dalam bilik. Hahahaha... Tahniah!!! 23 rakaat aku wat tuh.. hehehehe.. tade la lama sgt lau wat sorang-sorang. Then bosan, layan la U-tiub kat henpon. Tgk tonton.

Tawu aku layan citer ape?? 'Dewa Cinta'.
Hahahaha!! Cannot go kan??

Tapi walau aku tak suka dengan pembawak watak June dalam drama nih, tapi aku tetap suka karakter June tersebut.

Yang paling aku rasa besh giler la, (Lau la dapat dak berkarakter macam June nih. Kompom Ho Liao!!) Bila yang hero tuh, (aku leh lupa lak nama watak tuh) Sakit ke ape. Then June nih dtg kat beliau la.

Da sebok Dok nangis-nangis. (sebab citer nyer complicated jugak la, ade pompuan yang nak kat hero tuh. Tapi Hero tuh tak layan, sebab hero tuh suke kat June). Beliau nangis sebab kena pitnah ngan aweks yang super menyampah aku tgk watak dia dalam citer nih. 

Haa... ok2, nih yang paling besh ayat si June Nih.

"Sekali saya bagi hati saya pada dia, bermaksud juga saya sanggup mati untuk dia"

Pergh!!! Giler la besh. Ade ke awek camni?? Tade kot. Melainkan yang dah betul2 nak jadik bini orang tuh yang beliau akan serta merta transform jadik camtu. Hehehehe.

Untung la hero dalam citer nih. Hehehehe.. Sok nak gi wat pembedahan plastik la. Nak wat muke cam hero citer nih. Tapi boleh tak wat pembedahan plastik kat perut?? Hahahahaah Kantoi la lau perut pun tak dikosmetikkan bersama.

P/S :: Haa... baru aku igt, pelakon hero tuh ialah Iqram Dinzly (yeke??) Aku taram jek nih.

P/S Lagik :: Ecely lepas layan muvie tuh, rakan sekulah Menengah aku call, ajak lepak. Suke giler!! Nanti haku hapdet citer Lelepak itu. Sampai ke sahur!!.

Bebantal Air Bosan-bosan, Layaannn~~

Budak Degil