Assalamu'alaikum kepada rakan2 taulan dan sahabat handai. Macam
mana raya korang?? Hahahahaha... Mesti sonok kan?? Aku macam biasa. Masih
menerima duit raya dan masih aku terima dengan perasaan malu2 kerbau.
Wakakakaka.
Nih nak citer kepada kawan2 pemandu semua nih. Tak tawu la kenapa
perasaan yang sangat2 sakit ati lak kan arinih. Pergi kerja pagi nih, berbakul2
seranah aku bagi. Selalu aku cool jek. Bukan ape, dah fedap sangat kot ngan
perangai segelintir umat maknosia yang memandu mengikut perasaan sendiri.
Susah ke nak tolak or tarik tuil signal?? Susah ke?? Ke signal
kome2 kena pakai kredit? Tiap satu kelip seposen? Haish.... Bengang giler aku.
Tolong la eh?? Aku tawu aku pon bukan lah pengguna jalan raya yang
bersopan sepenuhnya. Tibe time setan aku, menggila gak aku kat jalan raya. Tapi
ape salahnye kan, cuba la biasakan diri dengan memberi signal sebelum membelok
ke ape ke.
Semua tuh boleh bagi pengguna jalan raya yang lain alert. Pagi
nih, sorang pakcik tersungkur sebab sebuah Suzuki Swift berwarna Biru yang
cukup santek dengan spotrim yang aku rasa 3 ribu belum tentu lagi boleh dapat
spotrim sahaja, telah keluar melulu dan menyebabkan pakcik tuh tak sempat
mengelak akibat tindakan tiba2 kenderaan tersebut. Mujur la tak tercampak orang
tua tuh masuk ke parit besar yang boleh memuatkan sebuah lori kontena bersaiz
besar.
Pakcik yang tabah itu telah berlari2 menyelamatkan anaknya yang
lengkap berpakaian sekolah. Ya. Walaupun beliau luka teruk di kaki sebab tersangkut
bumper kereta. Anak dia jugak yang dia selamatkan dulu.
Yang buat aku bingit dan meloncat2 bukan ape. Seorang gadis santek
ala2 model bijirin kesihatan Fitness telah keluar dari tempat duduk pemandu.
Dan melontarkan kata-kata ini.
"Hey orang tua! Tak nampak ke hah?? Kereta besar2 macam ni
pon nak langgar!"
Aku yang kebetulan sedang melakukan proses fogging menghalau
nyamuk dalam kereta, dengan pantas, keluar kereta, meluru ke arah gadis
tersebut dan......
Kelepap!!!!
Sebuah tamparan jejaka buncit berbaju kemeja belang2 dengan
garisan lurus kebawah, berseluar slack cap padini down town dan ber'crocs'
hinggap kat muke mulus biadap tersebut dengan kata2 nasihat.
"Cik adik, jangan kurang ajar. Dah la keluar lane tak bagi
signal pastu menonong jek masuk lane sana, ape?? Kereta nih pakai niat je ke
nak bagi signal idup? Susah sangat nak guna jari yang tiap2 minggu wat manicure
nih? Hah!? Calar kuku?? Skang pi mintak mahap kat pakcik tuh. Aku kira sampai
3. cepat!!"
"Hey!! U sape hah!!?? Suka2 tampar orang? I saman U
nanti!"
"Aku bapak mentua ko, ko tak kenal?? Haram Jaddu betol. Muke
jek cam model, perangai macam hapa! Mengalahkan mak lampir!"
Dah malas aku nak layan awek haram jaddu tuh membebel nak saman
la, nak ape la, tros aku tolong pakcik tuh angkat beg ngan bekal makan anak
dia. Kesian, seluar anak dia koyak rabak sebab berguling. Kasut sekolah lagi
sebelah tak jumpe, mungkin tercampak ke parit besar berdekatan.
Pakcik tersebut dengan rendah diri, meminta diri dan nak pulang
dengan cepat. Katanya nak anta bini pergi kerja. Pergh!! Macam tu punya cedera
pon sempat lagi pikir bini kat umah. Terus berdesup menyirap darah aku bila
membayangkan lelaki tua tersebut adalah bapak aku. Kalau bapak aku la, mmg
lunyai pompuan nih aku kerjakan.
Pompuan model haram jaddu tersebut masih lagi memekak2 nak saman
aku dan jerit2 meroyan marah kat pakcik tuh. Malangnya. tade sape pon pergi kat
pompuan tuh. Mungkin sebab jalan raya penuh sesak dan orang sekeliling
berlumba-lumba nak pergi kerja takut punch card merah.
Aku berlalu kat kereta. Dan amik sebuah kad untuk bagi kat pompuan
tu.
" Nah. Ni kad saya. Ada alamat opis. Kalau rasa2 nak saman,
boleh la wat permohonan. Pergi skang ye? Kang ramai pulak orang nak
menyaman."
Kata2 sinis ku di sambut dengan muka tak puas hati. Di renyuk kad
yang aku bagi, sambil makian yang tak putus macam orang tengah meratib sambil
berlalu masuk ke dalam kereta semula.
Aku pon ape lagik, tgk jam, sudah pukul 8 pagi, aku pon berlalu
pergi kerja. Punch card aku merah lagi. Hahaha.
Sambil memandu ke pejabat. Aku berkata-kata. Dah macam ni agaknya
orang perempuan sekarang kan? Tade rasa malu yang menjadi penanda aras
berharganya nilai diri wanita itu. Maki2 orang tua yang selayaknya sama tarap
dengan bapak dia agaknya. Haish. Kalau ikut ati tadik, aku seret pompuantuh
pergi balai. Aku pulak tak tegas sgt tadi. Lau tak, kompom aku EL arinih untuk
tolong pakcik tuh setelkan masalah tadi.
Tapi pakcik tuh pulak dah berlalu. Sikit pon tak mintak ganti
rugi, sikit pon tak rasa nak marah kat budak pompuan tuh. Siapa pakcik tuh?
Tenang betol dia. even luka2, anak cedera, dia tetap tak melawan apa yang
pompuan tuh dah buat.
Hai la donia. Kenapa la aku tak jadik engineer? Lau tak,
nescaya aku ciptakan kereta utk budak pompuan tuh yang signalnya idup pakai
niat jek. Niat nak ke kiri, signal kiri idop, niat nak ke kanan, signal kanan
idop. Mesti pakcik tuh tak dapat kecederaan yang macam tuh tadi.
Ape-ape pon, ini la donia. Pengalaman tadik membuatkan aku lebih
berjaga2. Yela, aku pon menunggang motosikal jugak pergi kerja ke, kemana-mana
saja. jadik keadaan seperti tuh selalu aku hadapi. Cuma mungkin pengalaman
berjaya wat aku mengelak kecelakaan tersebut dari berlaku.
Plis la kawan2 eh? Tolong la biasakan diri. Aku bukan ape. Nak
korang-korang semua selamat. Dan tak membahayakan orang lain. Kesian tau pakcik
tadik. Haish...
Dah la, tibe2 ilang mud nak kije. Nak half day jek arinih. Ok
Babai.
Bebantal Air Dah Mula Benci Pompuan??
Budak Degil