Friday, March 22, 2013

Bangga


Assalamu'alaikum!!

Dah tuh jek nak update. Babai.

Bebantal Air Cenyum-Cenyum Cimpul

Budak Degil

Friday, March 1, 2013

Bila Bulan Mengambang, Makan Nasik Ambang Dengan Lelaki Berjambang

Assalamu'alaikum!!

Hahahaha.. Arinih Terjumpe Gambo Nih.

Apekah!!??

Hahahaha... Ecely aku rasa perkara nih dirasai oleh semua lelaki yang memerlukan rutin bercukur. Wahaha...

Kadang bukan malas nak bercukur. Biler selesai bercukur semua, Nah!! Muke tak macam kanak2 plak kan tgk kat cermin. Aku sniri kadang tergelak tengok muke sniri yang bercukur abis. Pastu wat la pangai. Tak kuo umah seminggu. Gi balik kije jek. After seminggu. Haaa... baru cam ada keyakinan dan berasa lebih dewasa. Phuiii!! Wahahahaha!!

Mungkin disebabkan perkara tersebutlah aku memilih utk mempunyai Jambang. Hahahaha... Baru la orang kata ada gaya Dedi2 lite2 kan?? Hikhikhik.

Pegang anak pon (even anak orang len), orang tak tengok semacam jek. Ngeh ngeh ngeh.

Jadik. Jangan menyalahkan jika anda berjumpe sesiapa yang mula berjambang atau pun membiarkan jambang2 mereka itu berleluasa dengan jayanya. (kalau buleh kasik trim la, baru hensem, bukan cam meliar seperti tumbuhan meliar).  Mungkin ada sebab dalam diri mereka yang kita tak tawu.

Sekian laporan jambang bagi lelaki berjambang. Wahahahaha.

Bebantal Air Senyum-Senyum-Senyum.

Budak Degil

Wednesday, February 27, 2013

Gangster Cap Mintak Kaki

Assalamu'alaikum!!

Marah Pagi Nih!!

Kau sorang pompuan. Buat gaya pompuan. Tayah rasa nak tunjuk otai sgt. Kengkang2 jalan pegang kayu bagai. Ingat kau buat macam tu orang respek kau ke?? Hey sana, Hey sini. Tolong la. Jangan cemarkan institusi keperempuanan kau. Gangster kau tuh cuma 1% jek dari gangster adik bongsu aku. Kalau tak sebab aku pikirkan maruah kau. Memang aku sangkut je kau kat bucu mesin vending air tadik. Haish!!

Ingatlah, camne lagak gangster pon kau, kena sontot mengandung jugak.

Phuiii!!

#Luahanhatiyangmaluatashilangnyakeayuangadismelayu

*Maafkan diri ini di atas penggunaan kosa kata yang agak melampau di pagi hari rabu.

Bebantal Air Oh Bebantal Air

Budak Degil

Tuesday, February 5, 2013

~~Allah Selamatkan Kan Kamu~~

Assalamu'alaikum!!

Haha.. Di hari Bahgia, Bulan Bahgia, Kena la Buat Muke Bahgia.

Tapi.... Paling Bahgia biler dapat Surprise kan?? Hahaha...

(Mud Masih Speechless)

Cekidaout!~~

1st time dalam idup dapat munge masa Birthday.

Japan Mari!! :).
Terima Kasih Di Ucapkan kepada si pemberi bunga. Thank You So Much. :)

Bebantal Air Dah Suku Abad

Budak Degil

Monday, January 14, 2013

Siapa Sejambak Mawar Merah~~

Assalamu'alaikum dan selamat petang kepada rakan taulan dan pembaca. Ahakz!

Weh! Aku suka la kat kau. Kau byk membuka mata dan menarik perhatian aku. Yup!! bukan sebab kau santek, bukan sebab kau kunun2 comel, bukan jugak sebab kau perempuan, tapi sebab pemikiran kau.

Setiap sangkaan jawapan kau kepada soalan2 aku, selalunya meleset jauh. Kau tak sama ngan mereka2 yang lebih tinggi tahap umurnya dari kau.

Kau mempunyai sudut pandangan yang rare! Sumpah! Aku salute ngan kau la sebenarnyer. Aku teringin nak mempunyai sudut pandangan macam kau. Hahahaha.

Contoh? Macam masa mula2 aku menyuarakan cadangan aku nak tukar Unta aku kepada seekor Kuda Jinak berstatus skuter. Akhirnya aku sendiri mematahkan cadangan aku dengan alasan.

"Kang jambu sgt plak pakai scoot, macam tak kena kan?".

Tapi!

Jawapan kau buat aku tersedak bijik kopi arabica sweet aroma.

"Takde maknanye jambu. Kalau dah muka resing, naik apa pun resing. Kalo awok pakai skuter, org takkan caya skuter tuh boleh standard gaban. Mesti awok modified punye kan? kan? kan? Sama je lau awok pakai moto ape pon"

Ok, tu sejujurnya buat aku terdiam. Sebab sangkaan aku jawapan yang akan kau berikan adalah

"Hah!? Scoot?? Eiii.. Tolonglah, tak kena hokey? Awok dah la jiwa resing, tak penahnye nak slow!"

Hahahahaha... Nampak tak kat situ? Sama jugak macam masa aku bertanyakan pendapat orang merokok. Jawapan kau.

"Eh?? Isap le. Kan yang sakit tanggung sniri. Sebagai seorang yang tak suka kat org yang merokok. Org akan pergi jejauh dari tempat yang ada disease macam tu, wahahaha"

Nampak?? Kau tawu ape yang aku pikirkan? Aku pikirkan jawapan kau macam ni.

"Huh! Buruk perangai org2 yang isap rokok ni. Tak tawu ke bla bla bla"

Hahahahaha.... Nampak tak? Kau seorang yang telah pergi menjangkaui jangkaan aku. Makna kata setiap jawapan kau, adalah diluar apa yang aku jangka dan jawapan2 kau adalah apa yang aku tunggu2 dalam setiap sesi pembicaraan.

Adehai. Nampak gaya, aku dah sukakan kau. Wakakakaka. Yup! Rasa macam setiap apa yang kau bebelkan/suarakan adalah apa yang aku nantikan. Rare!

Kenapa la kau ni lambat aku jumpe? Kalau tak, kompom aku dah buat kau idola sepanjang zaman aku. Kihkihkih. Tak pon aku rekemen kau jadik penceramah bebas ke? Kan? Buleh gak aku makan2 duit tepi hasil rekemen kau. Ahakz!! Haish!!

Hahahaha... Aku doakan kau berjaya dalam hidup dan bakal mencapai segala apa jua yang dicita-citakan dalam impian kau. Aminnn~~

Bebantal Air Nak Jadik Secret Admirer Boleh?

Budak Degil

Satu... Darab satu.... Satu!

Weeewwiiitttt~~~

Hoyoyo..... Rasa2 angka nih arituh beso lagik skang sudah??


Pergh!! 24 ari lagik?? Ape tak besok jek?? Haish!! Hahahaha....

(Bikin panas, update blog macam update status FB)

Bebantal Air Sibuk..

Budak Degil

Tuesday, January 8, 2013

Ada Mu Tidak Seperti Ada Perkara-Perkara Lain

Jatuh Chenta Dengan Lagu Ini



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna kau yang satu

Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu



Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu

Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu



Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela

Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Ku Tahu Ku Ada Mu (Rembat Balik Gambo Nih Dari Abam Gugel)


 Bebantal Air Menyanyi-Nyanyi Girang

Budak Degil

Monday, December 17, 2012

Days To Go Through

Weeewwiiitttt~~~

Hahahahaha... Nampak?? Ada peluang update blog, cam org giler wat entry. Hahahaha..

Tade ape, saje jek nak wat penuhkan entry sebelum menutup akhir tahun katanyer. Wakakaka...

Nah!!!


Sila Ambil Maklomat. Mulai dari tarikh hari ini, 17/12/2012, ada 66 hari lagik!! Hoyeah!!! Excited giler. Macam nak timang anak. Wakaka..

(Sakit ati dengan statement nih?? Padan muke korang) Wakakakakaka!!!!

66 hari lagik. Ngee... Excited.

Bebantal Air Berdebar-debar.

Budak Degil.

Tipu!! Tipu!! Tipu!!

Assalamu'alaikum. Cak!! Ape kabor rerakan se'blog'an saye?? Sihat?? Alhamdulillah, diharap anda2 semua sihat2 belaka.

Saya? Baru jek baik dari lawatan sambil belajar oleh Pakcik Migrain Dan Makcik Selsema. Hahaha... Demam La tuh maksudnya.

Pagi nih Tertengok dan Terlihat.

Tapi... Tapi... Tapi... Tapi...

Macam ada kesilapan. Huhuhu.. Ta Besh Betol la. Huh!!

Cekidaout.

Tipu!! Tipu!! Tipu!!

Aku harap ini bukan mimpi. Tapi.. Kecundang Jua yang melanda.

Babantal Air Ditipu. Huh!!

Budak Degil

Thursday, December 13, 2012

Aku Menulis Bukan Kerna Nama.....

Assalamu'alaikum. Diharap semua rakan dan taulan sihat2 belaka. Hehe.

Nama.
Semua orang ada nama kan? Aku pon ade jugak. Nama Full Aku ialah Mohd Nasmawi Bin Nasarudin. Tuh nama dalam Surat Beranak dan Kad Pengenalan. Hehehe. Dalam family plak aku dipanggil dengan nama 'Awie'. Kalau kawan2 sekulah dari Tadika sampai ke Skulah menengah plak, diorang panggil 'Nas'. Masuk Form 5 membawak ke umo skang disebabkan seorang budak botak menjadik Juara Akademik Fantasia 3 kalau tak silap (umah aku dulu tade astro). Aku telah dipanggil dengan nama 'Mawi'.

Nama tersebut mula berkumandang sehinggalah aku masuk ke dalam alam pekerjaan nih. Hampeh tol.

Ape ada pada nama? Nama mungkin dapat melambangkan siapa orang itu. Mungkin juga sebagai pengenalan kepada diri seseorang. Atau mungkin jugak sebagai satu bunyik yang diperlukan untuk melambangkan seseorang. Makna kata, tade la panggil orang men "Hey Ayam!". Haaa.. Macam tuh ka kekdahnyer, kire ta sama la ngan menatang kan?? Hikhikhik.

Kalau aku, panggilan nama aku melambangkan orang tuh kenal aku kat mana. Macam nama 'awie'. Aku boleh kelaskan mereka2 ni kenal aku melalui family. Haaa... Sepupu sepapat, atok nenek, sedara mara, tuh la panggilan aku.

Kalau diorang panggil aku 'Nas' pulak, aku andai kan diorang nih kenal aku melalui proses persekolahan. Haaa... dari Tadika, sampai ke Sekolah Menengah, mereka-mereka kenal aku dengan nama 'Nas'. Tak kira la Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 Muar ke, Sekolah Agama kampung kenangan Tun Dr. Ismail (Pesta) ke, Atau Sekolah Tinggi Muar. Haaa... Lau korang dengar diorang panggil aku dengan panggilan tersebut, maka otomatik diorang adalah rakan sekulah.

'Mawi'. Hahahaha... Mule2 dulu aku benci ngan nama nih. Sebab aku mmg tak suka disamakan. Hahaha.. Perangai aku dari kecik adalah, aku suka punyai trademark sniri. Wikiwiki. Tapi kata orang, jangan membenci, nanti menjadi sayang. Akhirnya aku terima gak nama nih sebagai tanda pengenalan kepada diri aku. Hahaha... Cikgu sekolah aku. Cikgu Adnan, mengajar aku Matematik Moden. Mula-mula memanggil aku dengan nama tersebut. Setelah itu, kawan-kawan satu Kem PLKN, dan kawan-kawan sePoliteknik. Akhirnya, Zaman-zaman pekerjaan. Nama 'Mawi' tetap menjadi bunyik yang mudah bagi memberi pengenalan kepada diri aku sniri.

Selain nama2 diatas. Aku ada nama lain yang juga melambangkan rakan-rakan sepergaulan. Tapi malangnya, tak ramai antara mereka yang masih hidup atau aku masih berhubung dengan mereka. Nama-nama nih mungkin wujud semasa aku berada dalam zaman Kegelapan yang amat sgt.

'Bulat', 'Donat', dan 'Big Black'. Nama yang aku harap berkubur setelah terpesong dari jalan yang memesongkan. Hahahaha. Setakat aku bekerja ni. Belum ada lagi aku jumpe mereka2 yang kenal aku dengan nama ni. Biarlah tahun 2002 membawak kepada tahun 2005 menjadik sejarah dan titik perubahan aku mengenali sebuah dunia di 'daerah' yang satu lagi. Hahahaha.

Ok. Abis bab nama aku. Sekarang. Aku nak ceritakan pulak nama-nama orang yang aku kenal. Tapi terpahat dalam jiwa dan sanubari aku.

Nama -nama diorang nih pada aku la. Tak tawu la lau pada korang kan? Pada aku, nama-nama nih amat 'rare' dan ada keunikan yang tersendiri. Makna kata, nama nih merupakan nama yang jarang aku dengar, atau mungkin mmg aku minat giler dengan nama tersebut. Hahaha.

Siyes, aku mempunyai kecenderungan yang melampau dalam meminati nama-nama yang rare. Kihkihkih.

kat bawah nih aku senaraikan nama yang pada aku cukup rare pada diri aku, dan aku rasa biler aku dengar nama nih buat kali pertama, kepala otak aku akan berkata 'Ohsemm!!' dan aku akan usaha mencari sipemilik nama.

Cer la korang usha. Kot nama korang ada tersenarai bersama. Hahaha. Ada nama yang aku ingat full, ada yang tidak. So better watch out. Kihkihkih.

Nama-nama lelaki Rare.

1. Muhd. Fadzlullah Bin Mohd Puad.
2. Syariz Ezuan.
3. Ajus Yusrak bin Mohd Fadzil.
4. Dzulhayreel Bin Mohd Reza.
5. Elham Bin Mohd. Sanif.
6. Tuah Bin Mohd. Sanif.
7. Ahmad Zaidu Bin Tuah.
8. Rajakumari A/L Rajendran.
9. Manimaran A/L Kalamapathi.
10. Onn Azli Bin Puade.
11. Lazi Bin Mat Din.
12. Pang Kim Choon.
13. Andrew Lim Shih Teong.
14. Mudin anak Daun.
15. Maskon Bin Masiran.
16. Kalam Sayu Andika Bin Kaji Pratama.
17. Adam Irfan Xaharis.
18. Surya Kalijaga Bin Hashim.
19. Qammarul Arrief Bin Lokman.
20. Mohd Hezree bin Asnan.
21. Mohd Hani Bin Misnan.


Nama-nama Perempuan Rare Pulak.

1. Norkhlimi Binti Mohd Sanif.
2. Syazreen Binti Redza.
3.Raden Era Ertika Binti Mohd Redza.
4. Eriana Binti Hassan.
5. Ungku Noor Aqillah Binti Ungku Hassan.
6. Siti Saleha Alia.
7. Illani Binti Murat.
8. Siti Hinzun Binti Mat.
9. Anakahfatin Wakiyu.
10. Fazidah Hanum.
11. Etty Hartaty Puspa.
12. Eira Kartini Binti Chairullah.
13. Sazrina Binti Saire.
14. Mazliana Binti Maadam.
15. Asmamidar Binti Mohd Ariff.
16. Endah Kaliwongso Binti Harun.
17. Ling Fan Fan.
18. Nurul Aiman Binti Abdul Muthalib.
19. Nor Zawani Binti Mustapha.
20. Sharifah Ramziah.

Haaaaaaaaa.... Buat masa ni, Ini la yang terlintas pantas laju dan lancar dalam kepala otak aku. Hahaha... Mungkin Korang rasa ada nama-nama yang korang dah biasa lihat dengar dan tahu akan kewujudannya. Tapi bagi aku, nama-nama ni adalah nama-nama yang ohsemmm....

P/S :: Dalam nama pompuan yang rare tuh ada satu nama perempuan yang telah melahirkan aku ke Dunia. Ibu Kandungku. :)

P/S II :: Kepada yang terdapat namanya di dalam ini, Aku mohon ampun dan maaf andai telah menyenaraiputihkan nama korang dalam Blog aku ni. Dan juga mohon Di Ampun Andai tersalah dan silap Ejaan. Ampunnnn.

Bebantal Air Survey Nama Anak. Phuiii!!

Budak Degil