Wednesday, July 27, 2011

Ntah lah

Aku sangat-sangat tacing. Hahahaaha... kenapa?
Ntah la weh. Hidup aku skang dah kurang bergumbira. Hahahaha... Maksudnya? Errmm.. ntah, mungkin aku dah ilang sorang penyeri jiwa aku yang sebelum nih aku tak sedar kot. Padan muke aku.

Lately beliau cam selalu mengelak dari mengetahui apa yang terjadik kepada aku. Pelik tak? Sebabnye aku baru perasan, hahahaha.. aku kan lembap kekdahnya. Mungkin die marah kat aku kot? Ke aku ade buat dia marah eh? Ntahla. Semalam Pi makan reramai dengan scandalous2 yang tip top lagik mabeles. Mesti lau aku terangkan korang cam nak tergelak kan?

Sorang ibu kepada 5 org anak telah menyuarakan hasrat nak belanja makan. Aku on jek la. Hahaha. Gagah tak aku dari Sah Halam, pi KL, makan2, then balik semula ke rumah yang agak jauh jugak la. Jam 11.30 jugak la sampai ke rumah.

Dalam 'mejelis' makan-makan tuh, beliau pun turut serta ropenyer. Suke gak la sebab boleh la aku layan bercerita cam sebelum-sebelum nih kan. Tapi itu ada lah kekdah pemikiran aku yang belum sampai ke tahap anjakan paradigma. Ntah, beliau dah lain la skang. Bile aku cakap, beliau masih lagik ketawa-ketawa. Besa la, aku lau bercakap tak pernahnya orang ketawa. melain kan lau aku dok maki-maki orang, baru orang tak ketawa.

Beliau masih lagik ketawa macam biasa, cumanya nampak sangat cam cover sumthing. Makna kata beliau cam nak buat cam biasa, tapi tak tercapai dek akalmu la. Macam tuh.

Cam situasi ni la. Beliau lau ketawa-ketawa suka dok pukul-pukul dok kutuk-kutuk aku kata aku bongok ke hape. Tapi semalam beliau dah nak buat, tapi cam kalis baik punya. Dah angkat tangan, tetibe amik gelas, then sedut air tak baper titik, letak balik. Pelik kan??

Agak-agak, aku ade wat salah ke eh kat beliau? Selalu men futsal pun beliau join lepak tgk. Semalam salah sorang ahlil korum trus ajak main futsal, tapi sebab aku tak bawak kasut, aku malas nak join. Beliau pulak terus kata, malas nak kuo biler ahlil korum ajak main.

Mesti korang dah rasa nak beli panadol soluble kan baca ayat aku cam paria joget lagu Geli Mat.

Ntah la. Aku ase aku perlu bersemuka dengan beliau jugak la. Lau tak, sebelum nih sampai kering bateri aku beliau dok sebok tanya aku katna, lepak mana. Skang pulak, sampai kering bateri aku, sebab aku malas nak cas, hahaha.. kadang-kadang, lau aku tinggalkan kat umah pun, balik tgk, jangankan miskol, mesej pon tadek. kalau ade pun, ade la 2. Tuh pun mesej bergambar dari Maxis. Hahahahaaha...

Korang rasa aku sedang menghadapi tekanan jiwa ke atau aku rasa aku nih bersalah, tapi tanak ngaku salah? Ke sebenarnya ada yang bersalah, tapi tanak ngaku salah kat aku? Ataupun ini semua hanyalah salah paham semata-mata?

Hahahaah!!! Padan Muke korang, baca lagik entry nih. Lalalalala~~~

comel kan Aku lau tensi?? lalalala~~


Bebantal Air Perlukan Penasihat. (Serius).

Budak Degil

8 comments:

Pupel Liyana said...

eleh kau je terasa lebih tu..tah2 orang tu memang haus..mandai je

Hustler said...

A ah kan?? aku kan memang perasan, hahaha.. tapi ko tawu tak gaya orang cover line?? hahaha.. lau ko tgk pun, kompom ko tawu la.. ngeh ngeh ngeh

Miss Tasantek said...

aku rasa ada yang tak kena. maybe. just maybe she / he might be hurting by something did u do last time. or else they will never know the exactly whats going on between u and them. they just confused. kau pegilah tanya die sendiri. kau pehal cenggini lately.

Hustler said...

Ntah la kak long, semalam aku igt nak lepak2 ngan ko nak citer pasal nih la, tapi ko sebok nak balik, nak bermesra ngan abg mee kan?? huuhu...
ntah la kak long, nanti la aku citer kat ko eh?? ngeee~~~

Miss Tasantek said...

malam ni umah aku free. jomlah tengok bola same2 :) tapi aku tak sempat lah nak masak. kau tapaukan pizza lah :( erk. demand pulak.

Hustler said...

Ko Luper ke kak long? malam nih kompom2 la aku main kat bukit jalil tuh, ades... maklum la, aku kan safee sali, hahaha

Miss Tasantek said...

puih. ape kumbang masuk mulut aku ni. cish.

Hustler said...

Kumbang belaan abg long bukit bintang, Ahakz!