Tuesday, January 31, 2012

Testing!! Testing!!

Salam Sejahteraaaaaaaa Malaysia!!!

Tanak sakap Banyak. Tatap menatang2 nih dulu.





Yang nih paling meng'uja'kan aku.


Sape sudi temankan aku makan menatang2 nih? Siyes aku seorang yang kayu dan mmg tak reti nak mula mende pelik2. Tapinyer aku mmg kuat mencuba. Pelik kan perangai?? cam Haram~~

Bayangkan la, beli KFC dengan sendirinya (Ecely tak tawu nak order. Siyes. ) Masa belajo kat politeknik dahulu. Kuno dan kayu kan?? Hahaha!!

Siyes!! Sape nak temankan aku, roger aku okeh? Babai!!

Bebantal Air Teringin Giler

Budak Degil

Wednesday, January 18, 2012

Mengimbau Kenangan.

Assalamua'alaikum N Gud Moning Sir/Madam!!

Ahaaa~~ Kenapa?? Meroyan?? Nope! Nope! Nope!.
Aku teringat zaman sekulah aku la. Hahahaha..
Teringat zaman-zaman belajo dan tahap kenakalan yang Haish!! Punyer la Haram J katenyer. :P

Nak jadikkan cerita, Sekulah aku adalah jenis dari ala-ala british la, full ngan BI kununnyer. Even aku sniri tak pandai BI. Hahahaha. Diwujudkan pada sekitar tahun 1902. Dan masih lagi ada sehingga ke hari ini. Hahahaha.

Giler kan?? Tahan lama tol sekulah ni. Tak expired la plak. Pengawet ape ntah diorang guna. Hahahaha~~ Punyer la aku kurang suka ngan skulah aku nih adalah, Keterlaluan dalam penggunaan BI. Hahahaha. Nak jumpe pengetua pun sakap nak spikang. Chaist!

Nak lagik besh? Ari Rabu merupakan hari berbahasa Inggeris. Sampai Morning assembly pom, Nyanyi lagu skulah dalam BI. Lyric mmg tip top la, Siapa ntah gubah. Hahahaha.

Nih aku bukan nak cerita pasa sekulah. Aku nak citer pasal kenapa ntah lately aku nih macam giler berbahasa sastera. Kan??? Bagi yang kenal aku tuh, buleh la memuntahkan segala macam khazanah isi perut dan limpa. Tak kena kot?? Hahahaha!!

Siyes, mungkin ini lah padahnya aku membenci BM dalam hari2 yang kita kena belajo KOMSAS. Tawu KOMSAS? Komponen Sastera. Ape yang korang igt lau Komponen Sastera nih? Aku?? Aku igt satu jek. Kita akan kena bawak novel2 yang mmg buku teks skulah. Then belajo. Haish!! Padan2 tak minat aku. Hahahaha~~

Dapat lak ada satu lagik buku KOMSAS yang di beri nama Antologi Puisi, Sajak dan cerpen. Haaa~~ Nih lagi. Mmg kayu kat aku. Pastu plak, dalam tuh cam ada page yang sumernyer dialog2. Nak Lagik Besh, cikgu cikgi yang ngajo akan suh melakonkan watak seperti dalam bahagian yang ada dialog2 tuh. Hahahaha~~ Kayuu~~~

Pendek kata, aku tak minat giler la Sastera suatu ketika dahulu. Hahahaha.

Meh imbau barang2 bek nih. Nih aku tak tawu la kot2 korang skulah area mana. Sebab aku skulah kat Johor. Nih la yang aku belajo. (Sebab aku penah dimaklumkan novel2 nih tak sama mengikut negeri)

Nih form 1 punyer novel yang aku ingat.

Had nih plak, lau tak Form 4, Form 3. Hahaha~~ Luper!!

Haaa~~ Nih la Antologi tuh. Nih Form 5 punyer.

Nih pon same, Antologi, tapi yang nih aku ingat sangat sebab aku kena baca cerpen ape ntah. Tajuk Tina lau tak silap. Masa Form 2.

Yang nih Novel. Tapi KOMSAS versi BI. cikgu2 panggil Literature.

Yang nih Masa Form 1.

Potato People. Aku hapal citer nih. Sebab Masa nih cikgu Literature BI masa nih, Besh. Hahahaha.

Hahahaha.. korang igt tak?? Aku yang nih jek la yang aku igt. Aku tawu ada lagi, tapi tak berupaya aku nak mengingatnya. Hahaha~~ Dulu masa sekulah byk Isap Rokok Saat kot?. Hahahaha.

Paling aku takleh luper ialah. Cikgu Jasimah. Cikgu BM. Dua kali jugak la dia ngajo BM aku. MAsa Form 4 ngan Form 5 kot?? HAhaha... Tapi Form 5 dah tentu. :)

Korang lau igt ape lagik buku2 sastera ngan literature masa skulah, komen2 la eh??
Hahahaha... Chow!!

Bebantal Air Mahu Bersantap.

Budak Degil

Tuesday, January 17, 2012

Wuttt!!!! Tidak!!!!

Pergh!! Pergh!! Pergh!!
Tak nyabo kan?? Padahal buleh tunggu besok. Hahahahaha.. Na jugak update malam nih kan?? Ngeh ngeh ngeh.. :P

Ecely aku baru jek pulang dari menambahkan kalori dalam badan. Ahakz!! Na maintain Extra Kolestrol la katekan... Haaaa Gittew~~  Ngeh ngeh ngeh.. Aku gi bertiga, termasuk aku la bertiga nye tuh. Nak jadik citer, aku pon dok la kat satu meja nih kan.

Malam nih pulak aku wat perangai giler yang tak penah aku wat kat KL lagik. Hahahahaha~~ Aku pakai uniform kegemaran aku masa kat Muo dulu lau memalam. Berbaju melayu, Berseluar Jeans. Tapi dulu aku kat Muo lebih suka Berkain pelikat. Ahaaaaa~~~

Dok la kami bertiga menunggu layanan dari waiter kan. Datang la gadis nih mengambil pesanan kami bertiga. Memula kawan aku order. Then sorang lagik, sebab aku suka amik order yang last sekalik, hahahaha.. sengal kan. Tibe turn aku jek buleh waiter tuh sakap n tanya mcam nih?

"Adik??, minum ape??"

Tross!!! Kedua2 member aku dah pandang aku kan?? Aku plak ciap buleh macam termenung nak sakap air ape. Hahahahaha... Siyes!! Dah dekat 3 tahun orang tak panggil aku 'adik' kat kedai makan. Hahahaha!! Selama nih bangga cikit biler org tanya :

"Abang nak makan ape?".

Nampak la muka aku matang kan?? 'But' atau setelah diterjemahkan ke dalam bahasa melayunya, 'Akan tetapi'~~ Arinih?? 

Wut the??~~

Hahahahaha!! Dengan aku sniri tak tawu cane, pikiran jahat ku teros menerpa, adakah gadis ini telah dipengaruhi oleh badi Santau Merasuk? Ataupun beliau adalah salah sorang dari pengamal ilmu Mak Lampir? Lidah aku terus mengeluarkan bunyian bervokal dan berkonsonan secara serentak macam nih : 

"Air Tembikai?"

"Ok, Makan dik?"

"Roti Tampal"

"Kejap ye, nak tanya ada tak roti malam ni"
Seminit kemudian.
"Roti ada, tapi lambat cikit la, boleh?"

"Lambat tu, takde la sampai esok kan?"

Tergelak kecik sambil menjawab :
"Eh takde la. Ok Roti Tampal"

Pergh!!! Bengkek jek kan member... HAhahahahaha~~ Giler suwit kot muke aku malam nih..
(Mud dah perasan giler dah nih, ase macam nak terbang2. Ade gak rasa macam dah tumbuh kepak, dan berada di awang-awangan)

Lepas order aku diam. Tapi tros kena tegor.

"Hai~~ Takkan kena panggil 'adik' tros taleh nak bercakap kot??"

Hahahaha.. bersuara member aku. Makna kata diorang dengar la perkataan yang dikeluarkan oleh gadis waiter tadik. Hahahaha!! Ternyata aku tidak bermimpi sama sekali... ngeh ngeh ngeh.

Dari mula makan, sampai la balik umah nih, aku masih terpikir, apekah yang membuatkan si waiter ciap panggil aku 'adik'??. Hahahaha... Tak padan langsung, kata pakcik2, rope n badan dah buleh kata bapak budak. Hahahahaha...

Sampai umah pon, ciap berlari2 carik cermin, untuk melihat apekah yang tak kena ngan penampilan aku. Adess... Tapi... setelah 
"Banyak persoalan yang berada di minda, Banyak tanda tanya dan juga kata kerja".
Aku simpulkan bahawa gadis atau boleh juga aku anggap 'kakak' (rasanya beliau lebih muda dari aku) tersebut ialah seorang yang rabun. Hahahaha.. Selesai kan?? Ngeh ngeh ngeh.

Tak kusut kepala aku dok mikir. Lalalala~~
Papepun, jika benar la seperti yang kelihatan oleh gadis waiter itu, sesungguhnya aku bersyukur dengan pandangan orang yang telah dikurniakan Allah kepadanya agar melihat aku seperti muda lagi. Hauhauhauahua!!!

Rasa macam nak bagi gadis waiter tuh sijil penghargaan plak. Hahahaha!!

Abes!! Mo tido. Sok kije banyak pepagi. Nak setelkan itu ini. I Lap Tempat kije baru!!. Moga2 aku buleh kurus. HAhahaha!! Suka kena kulukilir!! :)

Mau aku tido pon cenyum jek nih kan? Tetttt!!!

Bebantal Air Sudah Kelihatan Muda?

Budak Degil

Monday, January 16, 2012

Muke Ade Cenyum~~ (^_^).

Ahaaaa!!!! Chak!! Selamat pagi Isnin kengkawan, jiran miran (macam la jiran baca kan??) Sahabat Handai, serta Ketua-ketua kampung. Hahaha!!

Mud arinih ialah senyum hingga ke cuping telinga. Sebab?? Ntah!! Minggu lepas macam-macam benda yang buat aku gumbira. Tiap masa senyum jek. Sampai kena tegur la ngan hosmet kenapa tiap masa jek senyum. Hahahaha!!!

"Wi, aku tgk ko asik senyum jek kenapa? Nak kata dapat awek baru, men mesej pon tak, gayut-gayut pon tak. Pelik aku"
Bertanya beliau kepada aku.

Jawapan aku?

"Senyum itu satu sedekah"
Sambil melontarkan senyuman yang paling ikhlas. Hahahaha!!

Masam mencuka beliau. Ahakz!! Sebagai balasan, aku pun temankan beliau berpusing-pusing sekitar Sunway piramid sehingga lebam. Hahahahaha!! Beliau seorang pekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya. (PPUM).

Beliau jugak seorang pelajar sambilan yang sedang menghadapi final exam. Jadinye, faham la kan?? Kompom-kompom tengah kusut. Ngeee~~

Ternyata beliau mampu tersenyum apabila sampai semula ke rumah even berjalan sehari tapi tidak suntuk.
(Paham tak ayat tuh? Hahahaha!!)

Haish!!! Beliau nih bukan ape.. bila aku marah, beliau cepat tacing. Mana tak aku marah?? Citer nak exam, bile kata nak study, aku tgk tibi.. Kang mule la... Mule-mule tgk dari jauh, kang tak sado aku ntah bile, tibe2 ada sebelah aku dok tgk tibi sama. Tak ke hangin aku. Hahahaha!! Dengan kedengkian yang aku ada, aku tutup tibi tuh, hahaha!! Dok sebelah dia plak suh baca buku. Even aku tak paham ape yang dia belajo. Hahaha!!

Rini beliau Final. Rini jugak paper last bagi beliau. Gud Luck Fren!! Hahahaha!!

Okeh2, sedikit selingan pasal budak umah. Rini aku nak bawak mood cenyum aku sepanjang ari di opis. Jadik, kengkawan semua, marilah kita senyum walaupun tanpa sebab. Boleh tak begitu? Tak pun lau takleh senyum gak, Kome2, anda2, mikeme2, Sebut nama aku 3 kali, dan anda akan sendirinya akan senyum dengan penuh Ikhlas. Ahaaaa!!! Senyum!!

Senyumlah sebanyak ini :)

Tak tawu kenapa aku pilih gambo ni. Mungkin sebab aku suka kaler Ijau. :)  

P/S :: Ecely ada cerita nak diceritakan dalam entry nih, tapi oleh sebab tajuk senyum, maka takleh nak cerita, sebab nanti lari tajuk ahakz!!

:: - Kepada 'anda' yang membaca. Ye 'Anda'. Ada ayat yang 'anda' familiar kan? Ngeee... Sila Senyum, takmo kusut2. :)

Bebantal Air Menyebarkan Senyuman.

Budak Degil

Wednesday, January 11, 2012

Wo0rDLe3s$ W3dNe$D4y

Hahahahahahahahahaha!!!  


Credit To CMJ

Bebantal Air Asal Rabu Jek Tak Berkata-kata
Budak Degil

Tuesday, January 10, 2012

Ape Beza Minyak Itam Ngan Minyak Enjin?

Haish!!! Tak abis lagi???
abis2 la kan... dah lepas pon kan... beliau dah dibebaskan dah. Ape lagik nak bunyik? Adoiyai.

Alkisah kali nih, aku dapat satu panggilan yang telah sangat-sangat membocorkan buah pinggang dan limpa aku. Haish!! Kisahnya bermula dengan....

Sebuah deringan telefon.

Beliau :: Assalamu'alaikum!! Abang!!

Aku :: Wa'alaikumussalam. Ye saya. Kenapa?

Beliau :: Buat ape tu? Sihat?

Aku :: Sihat. Tengah buat budus. Haha!!

Beliau :: Sepak kang!!

Aku :: Macam sampai?? Hahahaha!!! Kan kaki pendek?? Wekk!!

Beliau :: Abang Dengki!! Huh!!, Tanak sakap lagi. Abang!! Orang nak tanya ni. Kalau pergi servis kereta, dia buat tuko minyak enjin ngan oil filter, RM 120, murah tak?

Aku :: Ha??? Rm 120??

Beliau :: A ah, kenapa?? Mahal sangat ke??

Aku :: Murah giler!! Buat katne tuh??

Beliau :: Kat *******16 jek. Yang ada kedai tepi tuh.

Aku :: Yeke?? Boleh buat kat citu ke?? Murah giler la dah tuh.

Beliau :: Owhhh~~ Ea? Hahaha... Baeekkk... Abang, kenapa kalau pergi kat pusat servis ***** tuh, macam mahal sangat? Dalam list resit pon byk barang dia tuka?

Aku :: Hahahaha!! Biasa la, mana-mana pusat servis macam tu. Kadang tuh, mende tak perlu pon dia tuka gak.

Beliau :: Macam yang lepas-lepas ni kan bang, ada oil filter, engine oil, ATF, macam-macam la. tak pandai sebut.

Aku :: Bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla...
(menerangkan tiap satu barang yang disebut, dan menerangkan bila, macam mana, dan apa yang perlu dituka).

Beliau :: Owh.... baeekk.. baru paham. Ok last bang. Kire orang pergi servis ni, tuka minyak Enjin ngan ATF je la eh? Minyak Itam tuko bile Bang?
Aku :: Ha?? Hahahahaha!!!!!!

Beliau :: Kenapa ketawa ni?

Aku :: Err... Hahahaha!!! Adess... (kesat air mata) Camne nak sakap eh? Yang sebenarnya. Minyak Enjin tuh, Minyak Itam la... Hahahahahahahahahaha!!!!!!

Beliau :: Aloooo... mana orang tawu. Huh!!

Aku :: Hahahaha!!! Adoiyai.... Giler bando awak ni, sampai minyak itam pon tak kenal?? Hahahaha!!! Nak grand jek, Minyak Enjin?? Hauhauhauhauhauhauahu!!!! Adoiyai... Terasa kurus gelak!!!!!!!

Beliau :: Huh!! Tanak la sakap ngan abang lagi!!!

-Letak-

Tutt... Tutt... Tutt...

Aku??

Hauhauhauahuahauahu!!!! Minyak Itam tak tawu?? Hahahahaha!! Giler bando budak nih?? Haish!! Minyak Enjin ea?? Hahahaha!!! Adesss...
(sambil guling2 tahan ketawa sambil diperhatikan rakan yang mula runsing hingga ada yang memanggil bomoh kerana dikhuatiri kerasukan)

Tamat.

Bebantal Air Baru Kenal Budak Bando

Budak Degil

Monday, January 9, 2012

Mari!!! Joget2 Cikit!!!

Hatiku berkata ingin katakan cinta
Namun aku malu untuk mengawalinya

Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibir ku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu
Kalau aku suka,suka,suka,suka sama kamu

Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibir ku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu
Kalau aku suka,suka,suka,suka sama kamu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu
Kalau aku suka,suka,suka,suka sama kamu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu
Kalau aku suka,suka,suka,suka sama kamu

Suka sama kamu


Bebantal Air Verangans Nak Rasa Perasaan Itu.
Budak Degil

Bila DSAI Di Bebaskan.

Berdasarkan tajuk di atas, penjelasan yang dapat ditakrifkan adalah ::
(Apsal la ayat gua bapak skema rini?)

Golongan Politik Puak Government
"Lihatlah. Mahkamah kita telah jalankan keadilan. Tiada kena mengena dengan agenda Politik"

Golongan Politik Puak Pembangkang
"Dengan Melepaskan DSAI, kira buleh kata Mahkamah telah menjalankan Keadilankah?"

Golongan Berkopiah Puak Government
"Lepas kat dunia, Tak tentu lepas kat Akhirat."

Golongan Berkopiah Puak Pembangkang
"Tuhan tu Maha Adil. Kalau Dia kata 'Kun'. Maka 'Fayakun'. Doa orang teraniaya, Dia bayar Cash! "

Golongan Lepak Tembok Puak Government
"Wa dengar Itu DSAI dah bebas, wa nak keluar daerah la. Selagi beliau dalam KL, wa takot"
"Lu nak takot ape, jumpe Ah Siang la, tukang 'iron'. Buat cawat besi ciap-ciap"

Golongan Lepak Tembok Puak Pembangkang
"Wa dengar 'otai' kita dah lepas. Wa gerenti ni malam wa nak ajak berjimba2 dengan la jiran kita Toqq"
"Sape Nyot??""
"Latip Siangnyer, Latipah Biler malam"

Aku??
"DSAI tu sape? Kes ape? Bile kenanye? Dah Bebas? Bile?
(Sambil menyuakan daging ayam KFC bahagian dada yang panas-panas ke mulut setelah dicicahkan dengan sos cili ala Thai Krap Krup Pai Dengan muke bersungguh-sungguh menanyakan soalan~~)

Bebantal Air Tengok Je Dari Jauh.
Budak Degil

Wednesday, January 4, 2012

Buang yang Keroh Amik Yang Jernih. Adakah Ayer Keroh Melaka Akan Ditukokan Nama Kepada ayer Jernih??

Chak!! Salam sejahtera buat sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan-rakan, taulan-taulan, saudara-mara, skendel-skendel, eh?? ade ke?? Hahahaha!! Verangans!!!

Bertemu kita di tahun baru kan?? Tahun 2012. Macam mana dengan tahun 2011 anda?? Ahakz!! apsal bapak skema ayat aku kan?? cisdel!! Eh tanak la... aku makan cisdel 2 minggu lepas, TAK CEDAP!! Rasa SUSU!!! Werkkk!! Hahahaha!!! Tuko2... Ciziwejes!! Ahaaaa~~ Yum3!!~~~

Tahun 2011 buat aku adalah sebuah tahun yang penuh dengan pancaroba. Bukan Pancarona putrajaya. Ahakz!! Sengal tol, mesti aku lupe amik ketamine nih... huh!!!

Hahahaha... yup2!! Abis!! Banyak waktu-waktu sukar aku lalui bermula dengan private life aku, then dengan masalah tempat kije, rumah, dan akhirnya sampai la kepada pengurusan pekerja baru kat tempat baru aku kije nih. Hahahaha!!

Memang mencabar minda dan jiwa raga serta bakul aku yang sedia memang sedang bergelora dengan pelbagai masalah dalam keluarga dan diri sendiri. Hahaha!! Ape pon, biler aku muhasarawakkan diri, aku pasti, perkara-perkara itulah sebenarnya yang telah mematangkan aku.

Aku dapat tengok macam mana orang teruskan life mereka, dan aku dapat belajar macam mana aku harus teruskan life aku yang penuh dengan pelbagai dugaan. Tapi aku takrifkan aku hanya berjaya selesaikan 60% sahaja masalah aku. Sebab?? Mungkin sebab masalah-masalah len tuh, tak terduga. Tak sepenuhnya bermula dengan aku. Hahaha!! 
(Halasan jek kan??)

Ok Abis!!

Camne dengan sambutan New Year kome?? Hahaha!! Besh?? Aku?? Tahun nih tak macam biasa. Lau tahun-tahun lepas aku akan roger kawan-kawan, tapi tahun nih aku pilih untuk bersendirian. Hahahaha!! Giler?? Memang giler. Berkhemah secara sendirian di Hutan Lipur Lata Jarum mengenangkan segala apa yang terjadi pada tahun 2011 dikala tahun 2012 menjelang adalah sesuatu yang jarang (Ekceli memang tak pernah) aku buat.

Siyes!!! Hahahaha.. Tiada penungguan bunga api, tiada riuh rendah orang ramai, tiada hiruk pikuk jeritan countdown. Yang ada hanya lah Deruan air terjun dan bunyik bunyian dari cengkerik, kekatak yang meramaikan anak-anak sungai, dan kekadang bunyik patukan burung belatuk ke kayu. Sumpah tenang!! Hahaha!!
(Ekceli kan, kekadang tuh ade seram2, Hahahaha!!)
Tapi tak ku hirau semua itu pabila henpon yang penuh baterinya ada kat tgn, hahaha!! Buleh plak on9? Nasib la line tipon kat citu tak mati, lau tak, kayu gak aku nak aktiviti. Hahaha!!!

Dan! dan! Harapan aku untuk tahun baru ini adalah menunaikan impian mak aku. Apekah? Hahaha!! Tunggu~~ Yang penting impian itu perlu sangat-sangat untuk aku tunaikan. Haish!! Buleh ke tak eh? Takpe la. Aku akan usahakan. Yang penting Mak kesayangan aku berassa sangat bahagia. Hahaha!! Abang sayang Mak!!! Ngeee~~~

Last but not least.

Oleh sebab aku minat Najwa Latip, Punyeee lagu~~ Nah! Lirik yang membantu aku sedar sebentar. Ahakz!!

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja.


Bebantal Air Baru Ingat Password Blog Sebenarnye.

Budak Degil