Dok blogwalking dari satu blog ke satu blog... Aleh2, biler bace, sumer entry emo. Ingatkan aku da tamo ingat lagi tentang kisah tersebut, tapi aku terpaksa ingat jugak sebab AKU NAK JUGAK EMO!!! (boleh ke camtuh??)
Kisahnyer macam nih~~ Pada tanggal 20/02/2011, Aku berhasrat nak cuci2 mata dan telinger aku sambil mencari jodoh. hakhakhakhak~~. Aku memandu la malam tuh, (Fwahhh~~ MEMANDU!! Ayat cikgu BM Skul menengah!!). Sudahnyer, 2 biji motosikal (Biji eh kata bilangan utk moto?) yang mana penunggangnya adalah sua orang jejaka yang lebih hensem dari aku, beruniform, dan lengkap bersenjata, atau kata orang kampung nak senang polis la~~~. Mereka2 ini telah menahan kereta aku di area Greenwood. Sorang park depan keter aku, sorang lagi belakang kereta aku. Aku cakap dalam ati dah "damn!! nih mesti pasal tinted aku nih". So aku pun bentikan ler keter aku.
Aku pon kuo la dari kereta aku. Polis yang depan keter aku cakap "Mintak lesen encik". Aku pun bagi la sambil tanya "apa salah saya encik?". "Kamu disyaki tak memiliki lesen memandu sebab memandu terlalu perlahan di kawasan ni". Erkk!!?? Hagak2 la~~ Kawasan ramai kenderaan lalu lalang dan orang ramai lintas jalan kot, kang aku bawak macam plesit kang, org tuduh aku nak eksen sambil placing keter lak, tapi tu tape lagi, buatnyer ade sorang anak mak, mak beliau suh gi kedai, then aku lak cam giler bawak lelaju, pastu langgar budak tu cane? Tak ke yatim mak budak tuh?? (Eh mak yang ilang anak yatim jugak ke??). Tapi aku tak la membebel camtuh kat polis nun, aku jawab camni "Maaflah dato' saya ni orang baru area cini, ta biasa lagi dengan jalan2 kat cini, lagi pun, jalan cini banyak lubang, nanti bengkok plak spotrim saya". (OK Yang spotrim tu, aku tipu, aku jawab sampai jalan ni banyak lubang2, heheh~~).
Tibe2 itu polis yang dari belakang, terus mencelah " EH!! ni lesen ni tamat tempoh besok ni!! Boleh kena saman nih!!". Erk!! Apsal lak boleh kena saman lak? Lesen aku valid until 21/02/2011, kirenyer start jam 12 malam 21/02/2011 la baru aku taleh memandu. Hape punya paria la polis nih. Polis tu tambah lagi " Ini kalau saman ni, mau kena RM300 nih, Banyak ni".
Aku da tak sedap ati da biler beliau2 ni mula mengungkit pasal nilai saman. Cam nak kena jerk nih. Aku pun jawab la. "Err.. Minta maaf dato', saya ni tau lesen saya mati esok, tapinyer, saya nak renew besok la, sebab yang saya tau, besok pun, boleh saya memandu lagi". Tibe2 yang polis belakang tadi dok melenting plak. " Ko mane tau ni? Nak ajar kitorang buat kerja ke? Ko sape? Patutnya ko kalau nak renew lesen, kena renew sebulan sebelum tarikh luput ni ha, paham? Skang camne? Nak saman?". (Aku rasa beliau tak tengok betul2 la lesen aku, tibe2 nak tapau aku macam ni).
Aku terkedu sekejap. Aku salah cakap ke yang sampai beliau nak melenting bagai ni? adoii~~.
Aku cuber berlembut lagi. "Takde la dato'. saya tau macam tu jerk, sebelum ni lesen saya, saya renew macam ni jugak, tade masalah pun?". Naik Berang kot polis belakang tu, ciap kuo maki hamun aku, nak ajak aku gado bagai. Biler da banyak sangat aku di maki, aku 'naik' la. Sebab aku naik pulak, diorang cakap macam ni " Ok la, aku tak nak cakap banyak, ko pun dah berkeras, sekarang nak setel macam mana?". Aku balas jerk. " Saman je la, banyak cakap lak". Polis belakang yang ala2 John Travolta tu pulak naik hangin terus. "Ko memang banyak cengkadak kan? Eyyyyy~~~" Sambil genggam penumbuk tengok ke arah aku. Aku cakap camni je sebab aku dah hilang hormat kat beliau2 nih. " Tade~~ lu jangan cakap lu nak saman je, tapi bentak2 gua dgn undang2. Gua undang2 nih, ari2 gua main tau? Ke lu nak gua kasi lu duit minum?".
Bertekak lagi la kami, sampai abang polis yang depan tu panggil rakan. Sebiji radiocar turun kat sebelah kami. Sorang senior polis yang hagak tua, mungkin lewat 40-an kot, datang menghadap aku dan cerita-cerita. Yang paling aku menyirap giler tu, orang tua nih cakap ape korang nak tau? (Cecrite~~ Cecrite~~ Cecrite~~). Die cakap camni " Adik bayar je la, kan senang, kami tak kacau adik da. Kalau dari tadi adik bagi, semua ni dah setel dah". PERGHHHH!!!! Naik Hangin aku!! Rasa nak tumbuk jerk muke pakcik nih!!.
Aku jenis bergaduh bukan jenis nak layang2 kaki n tangan tak bersebab. Aku akan cari jalan jugak. Tibe2 aku teringat satu jalan mudah, " OK, Macam ni la pakcik. Lu balik balai, cari buku akta bawak kat cini. Pakcik tunjuk kat gua mana punya sub seksyen yang menunjukkan bahawa sesebuah lesen itu perlulah di perbaharui mulai dari sebelum atau pada tarikh luput sesebuah lesen itu. (hamik kau!! terpengaruh dengan loyar punya ayat nih!!). Kalau ada dalam buku tu, gua puas hati, tiap sorang gua bayar RM 150. Puas hati??". Pakcik tu pulak naik hangin. " Biadap kan kau ni?? Kau sape nak arah2 aku macam ni? kau sapa? Kurang ajar betul! Ko anak sape ha??". Aku jawab " Gua anak pakcik Nasarudin. Bapak gua tade cini, dok JB. Pehal tanya2 bapak gua? Lu kenal?"
Pakcik tu nak naik tangan kat muka aku, tapi macam ter'stop' lak. Aku gerun gak, buatnyer kena tampo pakcik nih n ade suwey lak kan? Mau tak berjodoh aku sampai mati. " Ko ni kerja ke belajar ha!! Biadap betul kau kan? Bukan orang cini pun, ko dah boleh cakap macam ni dekat orang tua?? Ko cakap sekarang ko kerja mana!!" Aku pon same naik la~~ Orang tua pemakan rasuah macam beliau nih tak perlu kot aku hormat, kehormatan korang da lebih rendah dari hanjing tau?? Aku jawab jerk " Oi orang tua!! Lu sape nak tanya2 pekerjaan gua? Lu OCS ke kat cini?? Lu ketua balai ke?? Gua bukan anak lu, lu boleh nak tanya2 gua macam gua jadi tokan syabu!!". Aku sambung "Sekarang lu orang tua, sama ada lu nak balik balai, bawak buku akta dekat muka gua, atau lu dengan hanjing2 lu nih, berambus dari nak tahan2 gua!!" Masa nih polis yang kerek tuh ciap sound aku " Oi gemok!! cakap baik cikit!! tak keluar Gombak ko kang malam ni!!" Ciap tambah nasi lagi "Kau ni sape mok?? Berani2 arah2 kitorang plak ha??" Aku jawab balik "Lu boleh tengok pada cermin depan kereta gua, gua kerja mana, n lu boleh tgk alamat I/C gua, n Lu boleh tau latar belakang gua!!".
Biler dah tengok cermin kereta aku, masing2 kelat muka. Dah habis baca alamat dalam i/c aku, masing2 terkedu. Yang pakcik tua dah macam kena batu karang jalan nya nak ngadap aku. Lau tadi jalan kengkang2 bapak berlagak, sekarang terkepit2 nak ngadap aku. Pe cerita?? Goyang?? Aku terus cakap " Ha!! Pehal diam?? Lu senyap kenapa?? Dah tau sape gua?? Weh!! Lu kalau nak cerita undang2, Gua nih, Hari2 main dengan undang2 tau?? Tapi biler aku ngadap lu dengan hanjing2 lu nih yang macam pandai, lu silap orang byee~~ Lu silap orang. Sekarang, Lu!! Orang Tua!! Gua nak nombor badan tiap dari lu orang, gua tau ade 5 nombor badan kat tangan gua 10 minit dari sekarang!!" Giler kejam tak aku?? hahahaha... Actually, aku memang dah hilang pertimbangan dah masa tuh. Mau nyer tak, da la berlagak, cakap tak reti nak baik2. Aku tau la kena tegas, tapi bukan la sampai menengking2 sebab aku cakap elok2 jerk kot??.
Muke yang bawak moto tuh, masing2 dah gabra kot. Ciap yang baik cikit tuh terus tutup nombor badan dengan tangan pulak. Pakcik yang tua tuh pulak terus tarik aku jauh dari tempat kami bertekak, dan terus ke sebuah public phone yang tiada orang. "Jangan la macam ni dik, kesian la kat pakcik dik. Pakcik tak lama lagi nak pencen, nanti bila dah macam ni, payah pakcik nanti dik. Kira setel la, OK?". Aku pun ape lagi~~ Up la cikit kan. "Pakcik ada bini?" -Mengangguk- "Pakcik ada anak?" -Mengangguk- "Pakcik ada baper orang anak?" -Tunjuk jari angka 4-
Aku tak tahan, aku pun bertazkirah la pasal hukum halal haram, zuriat anak-anak, darah daging, lepas tu terselit jugak sedikit undang-undang dunia dan undang-undang akhirat. Kemudian aku tambah cikit bab penindasan kepada mereka yang tak tahu undang-undang. Lama gak la, dekat setengah jam jugak aku bertazkirah. Last aku cakap macam ni "Pakcik ingatlah apa yang saya cakap ni. Saya bukan nak ngajar pakcik, tapi biler saya mula hormat pakcik, tapi pakcik bentak2 saya, saya jadi hilang hormat pada pakcik tau? Saya rasa saya cakap elok2 je pada pakcik tadi, tapi bila pakcik start tinggi2 suara, saya pun jadi takleh tahan la pakcik. Saya nak pakcik tahu, saya bukan polis. Tapi memang alamat saya sana, sebab bapa saya polis. Bila saya tengok pakcik, saya akan ingatkan bapa saya, bapa saya umur lebih kurang je kot pakcik, sebab tak lama dah dia nak pencen. Saya kenal sangat dengan bapa saya, dan saya jadi marah bila pakcik ugut2 saya macam tadi. Saya rasa pakcik dah malukan bapa saya bila pakcik pun ikut sokong anak-anak buah pakcik suruh saya bayar rasuah. Saya geram tau tak pakcik? Bapa saya benci dengan kawan2 dia yang buat kerja sama macam pakcik buat ni. Saya pun ikut anti. Saya kerja pulak Mahkamah Syariah Pakcik. Bukan nak berlagak dengan pakcik. Tapi saya nak pakcik tahu, jangan nilai orang dari luaran. Saya tau pakaian saya tak melambangkan macam orang2 yang kerja bahagian agama macam yang pakcik bayangkan kan? Mentang2 pakcik tgk saya ikat rambut, Baju seluar macam tak senonoh, pakcik rasa pakcik boleh makan saya la? Da la pakcik, saya malas dah nak cakap banyak. Pakcik balik, kemudian pakcik pikir2kan lah apa yang saya cakap. Kalau pakcik tak kesian diri pakcik sekalipun, pakcik pikirkan lah bagi pihak bini pakcik, anak-anak pakcik. Saya gerak dulu, Assalamuailaikum". Sambil bersalam dengan pakcik tersebut.
Amacam?? Giler tak?? Panjang giler aku bagi pakcik tu kan?. Aku bukan apa. Aku membesar sama dengan keluarga yang pakcik tu bina. Bezanya adik beradik aku ada 6 orang. Jadinya, aku paham rutin kerja pakcik tu. Aku paham nilai mata wang ringgit yang pakcik tu terima pada setiap bulan. Sangat sedikit tau?? Tapi bapa aku tak buat macam tu, sebab aku tau, bapa aku sangat anti dengan perkara2 macam ni. Sebab tu aku juga jadi benci, Sangat2 benci pada mereka yang sepatutnya menegakkan Integriti, tapi menjual Integriti masing2 sebab nak senang lebih sedikit je! (Aku marah ni.).
Ok Stop pada itu sumer. Selepas aku bagi tazkirah lebih kurang, dengan mood yang tibe2 ilang, dari hasrat nak cuci mata kat Giant, aku terus tuko plan utk jadi paria bagi meredakan marah aku pada mereka2 itu. Berbekalkan rokok Dunhill yang bernyala, aku bukak tingkap, bukak lagu R n B Gedegang2, lalu berlalu ke Dataran Merdeka. (Cari jodoh, tapi malangnya tak berjumpa, Hahahahaha).
Nota kaki meja kopi.
Mereka2 berubah muka selepas tgk sticker Mahkamah Syariah yang aku lekatkan kat cermin depan kereta.
kemudiannya lagi bertambah senyap bila baca alamat pada lesen aku yang berbunyi ;
Blok G-11-03-04,
Perumahan PDRM,
Jalan Temenggong Ahmad,
Parit Perupok,
84000, Muar Johor. (Ni alamat umah aku kat muo, aku ase tanak tuko la sebab Besh!!)
Pssstt~~ Ecely aku lega sebab mereka salah point mintak rasuah kat aku. Ade bahan aku pasal lesen? Kalau diorang kata nak saman aku pasal cermin kereta aku (sebab aku tinted gelap seperti kereta Sultan), Kompom kot, Harus aku terima saman yang mereka akan bagi tuh~~ Wuwuwuwuw. Selamat~~ (^_^).
Bebantal Air Meluahkan Emosi Yang Tersimpan
Budak Degil
10 comments:
hahahaahaha..
bagusla ko mawi!!
syabas aku ucapkan..
aku ngn balak aku(time 2 lum kawen la)pnh gak dpt situasi camtu..tp mmg ktorg slh la..sbb langgar 2 lampu merah..yg aku xpuas ati sbb bab setel2 ni..hangin aku..pandai polis 2,bwk laki aku jauh skit nk slow talk..aku hadap je die,trus ckp bagi je saman..xpayah nk setel2 sini..huhu da mmg ktorg salah..
wani : ahahaha..balak seh..giler lar..
bf lah..
hehehehehehe.....
beb,gua teringat lak polis kat pd yang sangat pnadai mengayat gua tu..
rumah tepi masjid dowl..
Wani :: hahahaha... aku lau ikutkan.. boleh seel baik2, aku buat la baik2... tapi nyer dah macam tuh gayenyer, aku sembur la bagi betul2... kihkihkih
Kak long :: hakhakhak... itu dengan ko tape la weh... sebab ko pompuan, leh mengayat satu kampong... kena aku nak ayt aku satu kampong?? cane?? ngeh ngeh ngeh
aku teruja baca cerita ko ni mawi...aku pon menci gk kt orang yang suke nak amek kesempatan ni. tau lah gaji gomen ciput, kite pon gomen jugak. Tapi kalau sampai amek kesempatan gini kan dah burukkan nama uniform die kan..
mcm tu la yg selayaknye utk beliau2 tersebut..
haa..ko ape lg,xreti2 nk follow blog aku plak??
Yan :: hakhakhahak... thanx 4 reading... kihkihkih... aku men cerita jerk, sebab dah bes catat satu persatu kejadian, so aku pon catat la tiap minit yang berkalku~~ ngeh ngeh ngeh.... tapi mmg la kan~~ mmg memburukkan uniform dan intergriti polis2 yang lain!! huh!!!
wani :: ngeh ngeh ngeh... jgn la mara~~~ aku baru leh on9 nih... jap gi aku folo k?? I folo~~~
hehe....bestnye...t'ingin gak nk buat cm2, tp xde lak polis yg wt kt aku...huhu
tapi tak sume polis gitu kan?hehe....
dads y jugak aku x nk tukar ic + alamat aku, sayang weh alamat yg kat bakri, kem pga 2. hahaha. time aku kene tahan, dorang tgk ic aku, trus ok. hikhik
Post a Comment