Wednesday, May 25, 2011

Rembat Ayat blog Orang~~~

Gua tensen~~ Sebab?? Banyak perkara yang berlaku lately.. Lagi teruk bila ia melibatkan keluarga dan hati... Dengan slumbernyer arini aku dengan kerja yang bertimbun dan telah pun duedate, aku blogwalking dan wat perkara tak senonoh iaitu menaip dalam blog sambil potong kuku kaki menggunakan gunting. Nak lagi legend, aku stapler rambut belakang aku yang panjang banyak-banyak, pastu aku bukak satu-satu.

Setelah menskodeng-skodeng blog orang, terjumpa blog budak kurang tahap peninggian (Pergh!! Cam ayat lecturer Bio la plak). New post beliau sangat-sangat membantu even beliau sendiri copy paste dari lain punyer laman sesawang (Macam Cikgu BM tak?? Hahaha).

Meh aku tunjuk ape yang aku baca :


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. 
Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. 
Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. 
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. 
Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. 
Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. 

Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: 
harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. 
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. 
Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. 
Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Sumpah menusuk jiwa, hahaha~~ So, dengan tak semena-mena aku terkesima dan tibe-tibe jadi positif cikit. Macam Larutan Asid yang telah dicurahkan dengan sedikit Larutan Alkali bagi mengurangkan tahap keasidan bagi menghampiri paras Neutral. (Hamikk!! Kita belajar kimia plak.) So thanx to Cik Fatieya Rose A.K.A Tia Cenonet.

Bebantal Air Menjiwa~~

Budak Degil 

6 comments:

Pupel Liyana said...

peh! menghujam limpaku

Hustler said...

Hahaha!! Sudah la ko masz!!!

Sumayyah Nadhirah said...

hahah cik tieya pnyer rupenye

Hustler said...

Maya : Hahaha.. bukan! bukan! beliau pon copy dari orang.. hahaha~~

Fatieya Rose said...

tia copy dari I luv islam.. heeh oh mengutuk tia ek.. nk kene neh...

Hustler said...

Tia :: Err.. Err.. Mana Ade~~ Tuh sume bait2 perkatan puji-pujian tuh.. ta caye tnyer orang-orang Uganda, Diorang kalau dengar perkataan-perkataan tuh, sumer senyum sampai cuping telinga.