Thursday, July 28, 2011

Cisdel Ngan Ciskek Tetap Tak Sama Dengan Cis Bedebah.

Kalau baca tajuk macam kije aku nak memaki jek kan? Hape ingat aku tak tawu ke nak berwirid? Kije nak memaki jek sepanjang hari?? Ceh!! Baik Cikit Bhai~~

Ecely Pepagi aku dah terlintas nak masukkan entry berkenaan niat puasa dan Buka Puasa kekdahnya memandangkan lagik seminggu jek nak pose. Tapi! Tapi!! Tapi!!! Itu Cendawanpink sudah pun mendahului. Hampes!!

Tapi Takpe la kan? Nih la hikmahnya aku berblogwalking kan? Kire biler dah jenjalan melawat jenjiran tetangga tuh, makna kata aku tawu la ape yang jenjiran aku lakukan kan? Tak gitu temah??

So?? Biler beliau dah buat, aku dengan bangga, tinggal bagi kat korang jek la suh baca. Hahaha.. tayah aku taip pepanjang. Ngeh ngeh ngeh.

Silakan lah menghafaz niat berpuasa dan niat Berbuka Puasa ini okeh?

Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)

Bebantal Air Puasa Penuh Tawu??

Budak Degil

Ape Kejadahnya?


Kalau korang penonton tegar tali besen, kompom korang boleh kenal ayat kat atas nun kan? kan? kan? (sambil wink2 comel). Ahakz!

Ayat yang pernah menjadi tag line mana2 orang dan kira terhangat gak la masa aku sekolah dulu, hahaha... Wan Kamarudin Wan Ibrahim lau tak silap gua pelopor ayat nih dalam siaran rasmi bercorak Terjah. Hahahaha

Itu Intro, isik ceria, aku nak cakap, ape kejadahnya ntah aku semalam dok terkebil-kebil. sampai kul baper ntah aku tak igt, huhuhu.. tawu2, dah azan. Hahahaha.. trus gi kije, boleh??

Semalam aku balik kije, aku singgah Alamakanda, mencarik tempat pembayaran hutang, pusing-pusing, aku sniri pening, payah gak la nak carik kalau tak tawu kan? Jemu, aku pusing lagik kat seluruh bandar raya putrajaya nih. Sampai tinggal satu bar minyak moto, aku balikla. Tuh pun sampai bawah umah, dah abis azan megerib.

Lepas tunaikan kewajipan, dok umah, tgk-tgk muke yang dah jemu, aku kuo la lagik, carik lagik menatang pusat pembayaran hutang (giler educated ayat aku). Ecely aku carik Ambank. BEsa la, aku kan sewa keter ngan bank tersebut, Mana mampu nak beli keter. Then Kak Long mesej, ajak aku makan. Hahahaha.. Mintak mahap la Kak Long, Aku lambat. Call kau, dah ade kat umah plak. Sebok nak menggentel laki katanya. (Sumpah nih ayat bulat-bulat aku amik ayat beliau).

Kemudiannya, Aku merayau-rayau la kekdahnya. Dah Kak Long pun dah balik. (ecely masa tuh baru kul 9.50 lau tak silap aku). Awal giler kan beliau buat 'kerja'?

Hahahaha.. pedulik hape, dah korang berdua, nak buat ape lagik ye tak?? Hape la ko gemok! (Mesti kak long cakap camni kat aku, hahaha)

Then balik la rumah. Giler besh citer, tapi da nak abis dah. Citer bunuh-bunuh. Tapi tang turn cintan-cintan tuh, aku yang feeling, hahahaha. Maklum la, heroin muke bersepah, hero lak boleh la carik-carik makan kan, tapi tahap payah jugak la lau kat mesia nih. Tapi sebab jalan citer yang besh tuh yang buat aku tertarik tuh.

Sampai tang heroin nih soal balak dia.

"Pernah tak pada satu tahap, awak rasakan dah tak tahan dengan apa yang kita hadapi selama kita berhubungan penuh dengan ranjau dan masalah?"

Hero tuh senyum jek, even heroin tuh berkerut-kerut dahi nak tawu jawapan dari hero tuh. Dengan selambe, hero jawab.

"Tak Pernah"

(mesti la mereka-mereka guna bahasa inggeris dowl, jadah hape pakai BM. Nih aku translate ciap-ciap untuk korang. Hahahaah)

Giler suwitt.. Hahahaha. Motip Pompuan tu tanya sebab ecely pompuan tu da give up ngan cakap-cakap orang dan perangai laki itu snirik yang misteri dan selalu bikin masalah. (jadah~ Laki tuh tade masalah pun, heroin yang kecoh nak tawu sangat pe masalah hero tuh, sampai tiap pe yang laki tuh wat nak dipersoal. tak dapat jawapan dari laki tuh, majuk, lari la kunun. gi luo negara. Luah pasaan kat laki lain. Padahal laki yang die luah tuh, nak bunuh Hero nih)

Mesti korang tak paham kan?? AAK?? HAhahaha~` PAdan Muke korang. Yang penting, aku dapat isik bahagian jiwang-jiwang tuh.

Oleh sebab hubungan diorang nih asik ade masalah la, dirundung awan hitam la, (giler sastera!). Tuh yang pompuan nih nak give up dah. Ecely pompuan tuh dapat idea pun dari balak yang nak bunuh hero tuh. Hahaha.. belit~~ belit~~

Kesimpulan yang aku dapat pada kisah tuh, ialah;

Bila dua insan saling mencintai, dan mereka ada rasa tak puas hati antara satu sama lain, (mungkin sebab masalah or perangai or ape sahaja). Dan masing-masing tak pernah ada rasa nak give up (ape da dalam BM? Aku lupe) Itulah pasangan yang patut kita cari dan Itulah cinta Sejati. Makna kata, orang itulah yang sanggup hidup ngan korang sampai bila-bila pun. Ngeee~~ Suwwiitt (^_^)

Motip?? Tade Motip, saje nak kongsi ngan korang sebab aku tgk citer tuh, siyes ciap men bunuh-bunuh, last-last ade lak part cintan-cintan. Hahahaha. Tapi memang terkesan gak la. So korang tawu la kan cane nak tgk pasangan-pasangan korang? Tak pon, korang bagi jek soklan cepuk emas nih kat beliau. Tengok apa jawapan beliau? Hehehehe.

Ades... Mari Mencari Chenta~~ Lalalaala, Hari2 kerja~ (Bayangkan aku berlalu sambil nyanyi lagu nih, tapi berjalan sambil berkawad kaki).

Bebantal Air Mencari Ilmu

Budak Degil

Wednesday, July 27, 2011

Ntah lah

Aku sangat-sangat tacing. Hahahaaha... kenapa?
Ntah la weh. Hidup aku skang dah kurang bergumbira. Hahahaha... Maksudnya? Errmm.. ntah, mungkin aku dah ilang sorang penyeri jiwa aku yang sebelum nih aku tak sedar kot. Padan muke aku.

Lately beliau cam selalu mengelak dari mengetahui apa yang terjadik kepada aku. Pelik tak? Sebabnye aku baru perasan, hahahaha.. aku kan lembap kekdahnya. Mungkin die marah kat aku kot? Ke aku ade buat dia marah eh? Ntahla. Semalam Pi makan reramai dengan scandalous2 yang tip top lagik mabeles. Mesti lau aku terangkan korang cam nak tergelak kan?

Sorang ibu kepada 5 org anak telah menyuarakan hasrat nak belanja makan. Aku on jek la. Hahaha. Gagah tak aku dari Sah Halam, pi KL, makan2, then balik semula ke rumah yang agak jauh jugak la. Jam 11.30 jugak la sampai ke rumah.

Dalam 'mejelis' makan-makan tuh, beliau pun turut serta ropenyer. Suke gak la sebab boleh la aku layan bercerita cam sebelum-sebelum nih kan. Tapi itu ada lah kekdah pemikiran aku yang belum sampai ke tahap anjakan paradigma. Ntah, beliau dah lain la skang. Bile aku cakap, beliau masih lagik ketawa-ketawa. Besa la, aku lau bercakap tak pernahnya orang ketawa. melain kan lau aku dok maki-maki orang, baru orang tak ketawa.

Beliau masih lagik ketawa macam biasa, cumanya nampak sangat cam cover sumthing. Makna kata beliau cam nak buat cam biasa, tapi tak tercapai dek akalmu la. Macam tuh.

Cam situasi ni la. Beliau lau ketawa-ketawa suka dok pukul-pukul dok kutuk-kutuk aku kata aku bongok ke hape. Tapi semalam beliau dah nak buat, tapi cam kalis baik punya. Dah angkat tangan, tetibe amik gelas, then sedut air tak baper titik, letak balik. Pelik kan??

Agak-agak, aku ade wat salah ke eh kat beliau? Selalu men futsal pun beliau join lepak tgk. Semalam salah sorang ahlil korum trus ajak main futsal, tapi sebab aku tak bawak kasut, aku malas nak join. Beliau pulak terus kata, malas nak kuo biler ahlil korum ajak main.

Mesti korang dah rasa nak beli panadol soluble kan baca ayat aku cam paria joget lagu Geli Mat.

Ntah la. Aku ase aku perlu bersemuka dengan beliau jugak la. Lau tak, sebelum nih sampai kering bateri aku beliau dok sebok tanya aku katna, lepak mana. Skang pulak, sampai kering bateri aku, sebab aku malas nak cas, hahaha.. kadang-kadang, lau aku tinggalkan kat umah pun, balik tgk, jangankan miskol, mesej pon tadek. kalau ade pun, ade la 2. Tuh pun mesej bergambar dari Maxis. Hahahahaaha...

Korang rasa aku sedang menghadapi tekanan jiwa ke atau aku rasa aku nih bersalah, tapi tanak ngaku salah? Ke sebenarnya ada yang bersalah, tapi tanak ngaku salah kat aku? Ataupun ini semua hanyalah salah paham semata-mata?

Hahahaah!!! Padan Muke korang, baca lagik entry nih. Lalalalala~~~

comel kan Aku lau tensi?? lalalala~~


Bebantal Air Perlukan Penasihat. (Serius).

Budak Degil

Puas Hati

Hahahahahahaha!!! Yeessss!!!! (Muke puas hati)

Sebab?? Hahahaha.. ntah la.. mungkin sebab berjaya menutup mulut orang yang legend kat hiway baru aku lalui tak sampai sebulan nih. Ngeh ngeh ngeh

pagi tadik, aku gi kije lambat cikit. Melalui jalan SKVE. Tibe di sebuah trapik lite. Aku ditegur oleh brader yang pakai Yamaha TZM 150. (trapik lite cini bapok lama merahnya).

Brader : Cantik moto?

Aku  : Biasa jek bang. Moto Lama.

Brader : Selalu aku nampak ko berembat kat cini, bleh tahan laju ko nih.

Aku  : Yeke bang?? Hahahaha.. terlambat kot gi kije.. Hehehehe..

Brader : Nak test?

Aku  : Giler ape brader nih? Da la bawak bini. Adesss... (Tapi aku cakap dalam ati jek la).

Brader : Apsal senyap? Takut?

Aku  : Eh tak la, tanak la bang, tak adil, abg bawak orang, lagi plak, abang 2 stroke, saya 4 stroke jek, mana aci.

Brader : Ko takyah la bagi alasan, takut cakap takut!

Aku  : Eh?? Giler pe brader nih, da la bawak bini, then ajak lumbe cam power sgt, ko moto std jek tawu?? stakat pakai AHM power resing tuh, takyah la nak berlagak, aku dgr jek, ko punya moto lau pakai yamaha sukan atuk aku pun ko boleh kena tapow la. Adess... (tapi tuh cakap dalam ati la, aku juz jawab camni) Ok la lau abg berhajat, nak sampai mana?

Brader : Ko kije mana?

Aku  : Sah Halam.

Brader : Okeh, aku tunggu ko tol batu 3.

Aku  : Pergh!! Giler berlagak brader nih?? Ciap cam dah kompom nak tunggu aku kat tol batu 3? Hahaha.. (dalam ati cuak gak, Mana tawu mmg beliau saje setting sebu kan?, kena tapau aku nanti.)

Maka abg nih pon revving dia punyer moto naik bingit la kat trapik lite tuh. Siyes, 2 stroke punyer moto lau revving, mmg kaw2 punya.

Tentibe, muncul pulak dua bijik lagik, sebijik Yamaha 125 ZR, Sebijik lagik Yamaha 150 FZi. Adess... nih dah macam perang moto yamaha nih. Giler la... 

Aku layankan jek la lau nak test kan, abis masuk lak 125 ngan Fz nih ciap revving bagai, aku join jek la. (even aku tak revving, nanti merdu sangat, munyik ejos aku cam alunan trumpet Kenny G, tawu?? Ngeh ngeh ngeh..

Lepas trapik lite, hampeh!! Baru gear 2, itu TZM dah kena tapau. Laju lagik Fz ngan 125 standard nih. Layankan jek dulu... Atas hiway, yang aku taleh tahan, brader 125 tuh ciap tepuk2 seat blakang lagik ajak cucuk rapat, hahaha.. ko tatau ke, aku test ko jek?? aku gear 3 pon tak abis lagik, lagipun, aku masih tegak, kang lau aku dah sampai tahap kepala masuk bakul, baru meraung ko. (itu aku cakap dalam ati la kan?? hahaha~~

Dah puas, aku letak kaki aku dalam bakul, then dok sebelah 125 tuh, ciap tgk jek beliau, sambil wat isyarat tangan yang membawa maksud "ni je ke?"

Masuk gear 4, aku ade kat sebelah FZ. Aku wat lagik isyarat menghanjeng tersebut. [Aku taleh tgk lame2 sebab aku paki helmet apollo, kang terpusing belakang helmet aku, parah lak aku. hahahaha (helmet santek aku kena curikk!!)]. Tgk kat side mirror, 125 tuh dah tunduk2 cucuk angin belakang, hahaha.. lepas bagi full throttle, tgk side mirror, masing2 dah tak tunduk dah, 'give up'.


Sampai jek tol batu 3, Aku tunggu la mana ntah laki yang bawak bini cam haram tuh, tak sampai2 lak. Penta jek aku tunggu. Dekat 1/2 jam aku tunggu. Lagi 15 minit nak kul 8, aku berembat pergi opis. Hasilnya, jam 07.55 aku sampai dan ciap punch. Hahahahahaha.


Motif?? Motif aku citer nih sebab ntah la, aku ase puas hati sangat dapat nganjing 3 bijik moto Arini. Hahaha.. lau korang tgk muke laki yang bawak bini tuh, ase nak bagi kaki sedas jek ghoman eh. HAhahaha...


Kepada berada brader TZm tuh, lau anda baca ini, bro, ketahuilah, aku tak labur lebih 2K pada moto aku untuk perkara yang tak bawak manfaat. Aku tak buang duit untuk perkara yang tidak boleh buat aku sampai ke Gelang Patah menaiki 'unta' aku nih dalam masa 2 jam stgh dari gombak. tawu??


Dan yang paling penting, aku tak buang duit untuk di play2 oleh sebuah moto standard.. Hahahaha. (terms nih hanya terpakai kepada moto kapcai sahaja, jika anda pemilik superbike? Abaikan, aku takan layan hi rev korang melainkan dalam jalan jem, huahauhauahu.


Sebijik 125 ZR yang aku jumpe. Ihsan Abg Gugel.

FZ tuh pun kaler camnih, mmg model yang ini, model facelift tuh, ngeh ngeh ngeh (Ihsan Abang Gugel Jugak)

Moto nih yang lakinye bawak bini tuh, giler la, lau aku jadik bini beliau, aku mintak cerai kot, hahahahaha. (Juga Ihsan Gugel) 


Bebantal Air Melepaskan Gian

Budak Degil

Friday, July 15, 2011

Teringat Ku Teringat~~

Hahahahahahaha!!! (see?? gelak lagik).

Ecely pagi nih aku bukak Fb, then terbaca lak status dak Ema Syuga Mami Putrajaya Yang Howt Lagi Spicy.. (Hamikkk!! Pakej aku bagi!! Hahaha).

Sebab?? Sebab status beliau dalam Fb telah menyebabkan aku mengenang perkara yang pernah berlaku kepada diri aku snirik.. Hahahaha.

Camni citernyer.. Once Upon The Time.. If I not Mistaken, in the year of 2005, There is Bebantal  Air which is weighted about 115 kilos. (pergh!! skipping London! Hahaha)

Aku adalah abang yang sulung dimana aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan menghantar adik aku kesekolah bagai. Jadiknya mmg kije aku la tetiap hari, lau balik sekolah jek, amik adik aku, petang lak nganto ke sekolah agama. Petang lagi, amik semula adik aku balik dari sekolah agama.

Satu hari itu, aku telah memontengkan diri, dengan alasan tak belajo. Sebab?? Sekolah aku terlibat dengan perbarisan Le Tour De Langkawi, dan secara automatiknya mmg takkan belajo punye la. (Memang tiap kali event Le Tour, Sekolah aku mesti jadik mangsa untuk memanggil pelajar-pelajar sekolah untuk berdiri di sepanjang laluan basikal tersebut lalu).

Ayah aku kata, Okeh, Hahahaha.. So pepagi beliau pergi la kije. Tengah hari tersebut, bilamana setelah aku mengenyangkan diri dari rasa lapar, Ayah aku call rumah (Dulu umah aku ade tipon umah, hahaha).
"Wi, pukul 2 kang amik akak, ayah ada meeting, tak balik, cakap kat mak, ayah tak makan kat umah".

Akak adalah panggilan aku kepada adik aku yang 2nd nih, beza umo cuma setahun kot. Yela, masa aku setahun 2 bulan, beliau pon lahir. Cian aku.. hahahaha.. Adik aku nih dok asrama, mungkin masa tuh ada cuti ke hape ke ntah, tuh yang ayah aku suh amik beliau tuh.

OMG!! Aku baru ingat nak kuo umah. Huhuhuhu. Maka setelah jam menunjukkan 2 petang, aku pon memakai helmet apollo (top wo helmet nih masa tuh) dan bersedia untuk menaiki 'unta' belaan aku. Sebuah Honda C70 yang gagah lagi autobot.

Penat la aku carik kunci 'unta' aku tuh, mana ntah pulak aku letak. Aku pun turun la tgk kat moto. (Umah aku berek polis. Aku dok tingkat 3 masa nih). Tade.. Aku naik balik, tipon ayah aku, ayah aku cakap "moto ayah bawak, ko bawak keter gi amik akak".

Aku pon masuk ruang chenta mak ayah aku (bilik la maksudnya). Then amik la kunci tenggiling belaan ayah aku pada ketika itu.

Dengan penuh perasaan hebat dan macho, aku bawak la Toyota KE70 bapak aku dengan gahnya. (masa tuh aku da ade lesen keter lau tak silap, sebab ayah aku nih, lau aku tade lesen, memang aku tak dibenarkan untuk membawa sebarang kenderaan bermotor. Ngeh ngeh ngeh.

Syok memandu, aku menghampiri sebuah trapik lite. Keter sebelah aku adalah sebuah Honda Eg6. Dok tgk-tgk aku, then rev2 enjin keter. Aku dalam ati, berkata "Blah la!! Keter std aku, boleh la ko rev2, gi la lumba ngan Skyline sane". Aku mula ase nyirap biler driver tuh ciap gegelak kat aku. Ceh!! Poyo!!! (Aku cakap dalam ati jek).

Sampai lak ke trapik lite kedua. Sebuah kancil Merdeka Edition 850. Masa tuh, model kancil nih la paling top. Sebab kiut dan more curvy bentuknya. Sekali awek la!! Tgk-tgk gak usha line kan? Tapi sekali toleh, beliau sedang gelak-gelak. Adess... Mental pulak pompuan nih. Tak jadik nak ngorat. (Pandai ke aku ngorat? hahaha)

Masuk Trapik Lite ketiga. Sebuah Keter Nasional berjenama Wira dok sebelah. Pon Same!!! Dok gelak2!!! Aku dah hangin dah. Ciap membebel. "Ape? tak penah tgk orang gemuk bawak keter ke? Ke hari nih Hari Mental Sedunia?" Aku tatau. masih bertanda tanya.

Dengan muke tak puas ati, aku pun melihat ke backmirror (Cermin pandang belakang). DEMN!!!!
Aku ketawa sorang-sorang2!! Berdekah2!!

Apekah?? Adakah aku jugak mental? Yup!! Korang tawu aku nampak ape? Aku nampak muke aku sangat-sangat macho dalam cermin itu kerana masih menggunakan helmet yang aku sarong masa carik moto aku!! Hahahahaha!!!!!

Giler malu aku masa tuh. Tatau mana nak sorok. Serta-merta teringat beliau-beliau yang dok sebelah sambil gegelak kat aku sebelum tuh. Hampeh tol!! Cane la aku boleh luper nak bukak helmet? Agaknye dari masa mula aku drive, ramai kot yang gelakkan aku. Cisdel tol.

Punya la malu aku masa tuh, dengan tak menanggalkan helmet, aku rev keter kuat2, sebaik hijau jek, aku lepas clutch keter laju2. Memang melompat la keter kan, Ala-ala drift gitu. Lepas tuh, aku carik stesen minyak, park belakang stesen, (Besanye ade toilet kat citu). Then aku bukak helmet, trus masukkan dalam but kereta. Hahahaha...

Kuo dari stesen minyak, aku wat muke tanpa apa-apa yang telah berlaku, dan aku pun mengambil adik aku yang tersebut. Hahahaha.. Sepanjang jalan memang aku dok gelak dan senyum sendirian memikirkan cane la boleh sampai aku luper nak bukak helmet aku?? Giler mistik.. Hahahaha.

Sehingga ke hari ini, tiap kali aku masuk ke dalam kereta, tabiat aku adalah memerhatikan backmirror. Hahaha.. Takot terpakai helmet lagik.. ngeh ngeh ngeh. 


Tenggiling belaan ayah aku masa tuh sejibik macam nih, ini lah modelnyer, dengan lampu bulat. Besh giler bawak keter nih. Toyota KE70 Dx. Cumer kaler beliau adalah Maroon. Heheheh...

Sampai Hari ni, aku takkan boleh lupakan hari tersebut. Hahahaha!!!

Bebantal Air Mem'flashback'

Budak Degil

Thursday, July 14, 2011

Price Tag


Hahahahah (pasan tak? Aku lau tiap mula entry mesti ada ketawa kan??)

Ok ni bukan na cakap pasal tajuk lagu ok?? Ni mau ceritakan ape yang berkaitan dengan price tag atau ‘bahasa kampungnya’ tanda harga.

Yup! Tiap ape yang kita lakukan dan kita jalani dalam hidup kita adalah tanda harga kepada apa yang akan jadi kepada kehidupan kita seterusnya.

Misalan la kan, lau hari ni kita malas-malas, nescaya tak lama, mungkin pada keesokan harinya, kita akan kelam kelibut untuk menyiapkan kerja-kerja yang kita malas nak buat semalamnya. Haa… Paham tak maksud tanda harga di sini?
Macam life kita jugak, Allah itu maha adil. Tiap apa yang kita perolehi, tiap apa yang kita jalani adalah tanda harga kepada apa yang bakal kita perolehi.

Macam aku sekarang. Betul aku telah bertugas jauh dari rumah kediaman dan menerima elaun yang lebih dari biasa. Tapi aku life aku dah tak macam dulu. Yup, itulah maksud aku, tanda harga yang perlu dibayar bila kita menerima sesuatu habuan.

Yup! Gaji aku bertambah sedikit dari sebelum ni. Tapi tak membawa efek apa kelebihan pun disebabkan jarak perjalanan dari opis ke tempat kediaman yang jaraknya bertambah 2 setengah kali ganda dari tempat kerja di KL, cuma macam menambahkan sedikit beban jek. Lagi pulak bekerja di tempat baru nih, suasananya sangat-sangat berlainan dengan suasana tempat kerja aku yang mula-mula.

Mungkin tempat kerja aku yang mula-mula adalah bosan, tapi aku seronok dengan persekitaran.
Kat cini?? Aku kurang seronok melainkan ada kes-kes yang buat aku seronok. Kena marah dengan bos itu biasa. Cuma nasib aku, bos nih jenis tak puas hati jek, ceramah berjam-jam. Tapi kerja aku nak jugak aku perlu ciapkan dalam waktu yang dia mau.

Tambahan pulak, dengan semua cercaan yang kita mmg takleh nak jawab langsung. (sebab pernah aku bercakap sumthing utk bela diri aku, boleh beliau sound “Awak kuat menjawab kan?”) Even utk pertahankan diri pun, aku dah dicop macam-macam, even itu adalah single word since beliau bercakap hamper dua jam sebelumnya.

Camne?

Hahaha.. kat cini gak aku belajar jenis-jenis kasta pekerja yang mana, lau orang itu berpangkat giler tinggi, ko kena la hormat beliau macam nak cium tapak kaki beliau. Even kome adalah bergred 3, dan beliau bergred 4. Jarak satu gred itu telah melambangkan yang kome-kome nih jaraknya macam tingkat satu ngan tingkat sepuluh.

See?? Hahahaha.. banyak perbezaannya dengan opis yang aku kenal dulu. Aku rindukan waktu bekerja dengan bos pertama aku. Even bekerja dengan beliau tak mendatangkan sebarang elaun. Aku seronok bekerja dengan beliau. Banyak yang aku belajar dan banyak perkara berkaitan sahsiah diri yang aku belajar serta terima dan prektiskan.

Dengan beliau, aku mampu siapkan kerja dengan ikhlas tanpa rasa terpaksa. Aku mampu dan willing to do ape sahaja yang beliau perintahkan sebab aku seronok kerja dengan beliau. Sampaikan aku rasa lau aku tak dapat tunaikan permintaan beliau tuh, aku macam doen giler la kecewa dengan diri sendiri, even bos tak pernah nak salahkan aku.

Tapi skang? Sumpah kerja-kerja aku hanya asalkan siap. Tade cikitpun perasaan ikhlas dan bersungguh dalam kerja-kerja yang aku buat. Betul aku macam bz, tapi bz tuh semata-mata nak menunjukkan aku mampu siapkan semua kerja yang bos ni perintahkan. Bukan sebab aku betul-betul nak ciapkan kerja bagi sempurna dan molek semoleknya.

Nampak kan perbezaan? Hahaha.. tak apa la. Aku percaya kepada hukum karma. Mungkin apa yang aku lakukan adalah berkaitan juga dengan dosa-dosa aku di zaman silam dan apa yang aku hadapi adalah kifarah kepada dosa-dosa yang telah lalu.

Panjang lak aku membebel kali nih. Sebab?? Aku tensen ngan loyar-loyar yang bawak kes sosilawati nih, dalam court punya la besar signboard “gunakan bahasa kebangsaan”. Nak jugak menggunakan BI A.K.A Bahasa Penjajah sepenuhnya. Dari aku rajin taip masa kes biacara berlangsung, terus tade mood, hahahaha~~

Ok lah, aku nak wat kije lain plak, surat-surat banyak yang lom aku rekod nih, fail meja ta ciap lagik, Nota bicara?? Pi Lantak!! Hahahaha!! Muntah aku ari-ari ngadap. Daa~~

Bebantal Air Mengeluh Sedikit
Budak Degil

Wednesday, July 13, 2011

Panganan Cangkem

Tibe-tibe lak perut aku berkeroncong?? Ades...
Di kala ini, aku tibe-tibe teringin nak makan kerabu taugeh bersama Kotew Goreng Basah Daging. Kedua-duanya mestilah pedas dan panas-panas.

Perghhh!!!!!!

Terliur lak skang nih.

Dulu lau aku balik JB, teringin makan, aku beli jek bahan, then mak aku tawu da, mmg aku na makan la tuh. Giler la, sudahnya, memang aku la yang akan sangan (nih bahasa jawa, melayunye aku tatau) kelapa. Mula-mula belah kelapa, parut, then letak la atas kuali. Buka Api, then goreng tanpa menggunakan minyak. (Ni kot maksud sangan?).

Then biler dah sangan, aku tatau proses seterusnya, yang aku tawu, akan masuk balik ke dapur, bile mak aku suh aku kacau kelapa yang aku sangan tadik, dah berubah rope, ciap ade cili-cili bagai. (cedap nih, kadang-kadang aku curik makan kelapa tuh, hahaha!!)

Kendian bila dah cukup masak, akan digaul lah kekdahnya kelapa tersebut dengan taugeh... Perghh!! Aku makan semangkok selamber jek. (sebab tuh lau beli toge, aku pastikan beli 4 kilo, hahaha)

Mau sekilo aku sorang jek yang makan. Tapi2!!! Kompom aku mesti kena marah ngan mak aku punya, sebab?? Aku lau ngadap kerabu tuh, aku makan kerabu jek la, nasi tuh, memang mak aku membebel la aku ta makan kan? Hahahaha...

Wes kayak marmut kuwe panganane kok kuwi waie?? Bla bla bla bla bla bla. (nih la ayat mak aku, hahahaha)

Aku?? Dah cedok dalam mangkuk, larik depan TB, then makan sorang-sorang, Perghh!! nikmat, dah la panas2, rangup-rangup lak tuh togenyer, pedas lagik... Hahahaha.. Mau tak hangin mak aku?? Ngeh ngeh ngeh ngeh...

Bebantal Air Rindu Kerabu Mak

Budak Degil

J untuk ??

Gua suke membaca. siyes, even kertas sokkabor bungkus nasi lemak pon buleh jadik bahan bacaan gua. Ni bos tgh rehat, gua pon hape lagik, blogwalking ke webwalking kekdahnya, tak kisahla, tetibe menerima link untuk bahan-bahan bacaan. Cam besh jek??

Meh jenguk ape yang aku baca??
Petanda beliau-beliau adalah Soulmate anda (kata mat salleh) orang kita sakap, Jodoh la kekdahnya.

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... Kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?

P/S :: Psstt.. Kak long, Bulat, Mak Andam, Korang dulu sebelum berjodohan ngan beliau-beliau, ade ase camnih tak??

Erm.. Erm.. Erm..


Bebantal Air Lom Ada Jodoh

Budak Degil

Tuesday, July 12, 2011

Betol-Betol Ho Liao!!

Okeh, kata orang, manusia mati meninggalkan nama rite??

Rini gua rasa mmg gua dah mati la kot kekdahnya, sebab gua tak mati lagik pon, gua telah meninggalkan nama yang kurang baik kekdahnya.

Cernyer cenggini. Sebulan kebelakangan ni, gua telah terasa sedikit tak senang apabila ada orang-orang yang rapat ngan gua macam telah melarikan dirik dari gua. Ajak hang out, ade probs, ajak minum, ade hal, ajak kuo makan, terus dah kenyang. Gua masih berpikir-pikir bahawa adakah ini disebabkan gua ada membuat kesalahan??

Penat jugak gua pikir. Dekat sebulan nih gua pikirkan ape yang jadik penyebab kami jadik macam nih.

Siyes!! Kami tak macam dulu sebab beliau sangat tak amik kisah sebelum nih. Beliau seorang yang slumber lau nak ikotkan.

Mungkin semalam adalah penjawab kepada semua persoalan gua, gua abis kes awal semalam. Niat nak call abg-abg opis lama gua. Gua rindu lak nak bercakap dan carik gado ngan beliau. Tup2!! Mereka tade!! Kecewa sedikit disitu. Tapi dapat jugak la cakap ngan insan yang selalu carik gado ngan gua kekdahnya.

DAN!! Gua telah di terajui dengan sebuah soalan yang sangat gua "T'anjat Boboy~~".

"Weh!! Ko ape citer? Aku dengar skandal ko hebat kat opis ni?"

Hebat??

Watdefff~~ Agak lama kot gua tadek lagik di opis tersebut. Dekat 4 bulan dah gua meninggalkan opis lama. Tapi menurut sumber tersebut, gosip dan skandal gua tersebut masih lagik hangat dan panas-panas, serta mengikut rating, adalah Gosip terhangit dan de bomb sekalik.

Wutt???

See?? See?? Walaupun gua masih idop, dan even takdek kat opis tersebut, nampaknya mereka masih tak dapat melupakan gua, mungkin banyak dosa gua kot kat mereka2. 'Demn'Mak tol. Gua pon pening. Ntah la, No wonder beliau pon skang melari-larikan dirik dari gua.

So biler gua dah paham cenggini, gua ase,  perkara tersebut telah menyebabkan beliau tensen, dan mungkin jugak mengundang spekulasi berkenaan bidang kerja beliau. Adess~~

Kemon la beb. Tapi tapela. Gua mmg kebal kot dengan perkara-perkara ni.
Gua rasa pon, gua dah terbiasa. So gua ase, tak perlu lagik gua mendapatkan penjelasan dari insan terlibat, dan gua rasa, bek gua teruskan idop gua sekarang.

Stop ganggu orang la gemok!! (nih gua cakap ngan dirik gua.)

Dengan ini gua paham, even gua tade di sesuatu tempat itu, gua masih lagik menjadik isu di persekitaran itu.

Kenapa?? Sebab gua misteri? Sebab gua bukan jenis yang berkongsi cerita dengan sumer org?? Dan sumer org nak tawu ape yang berlaku pada gua? Adekah gua retis?? Gua perlu ke beritahu kepada sumer org pe yang berlaku kepada gua?? Haluuuu~~ Kemon la, gua insan biasa.

Tade yang besh dalam idop gua. Yang besh pada gua adalah, gua hanya memiliki sebuah aset berupa bantal air di bahagian abdomen yang menjadi tarikan mereka-mereka yang mahu mengeji gua. Ade gua kisah?

Ok la. Pada 'beliau'. Gua ase gua dah paham ape masalahnya. Mintak mahap la lau gua dah merusakkan hari-hari lu kat opis. Gua tade niat pon nak me'ruin' your life. Tape la. Biler gua dah terpikir2 malam tadik. Gua rasa gua da paham okeh? Thanx 4 Everything.

- Tak semestinya yang mati itu meninggalkan nama, yang idop pon masih meninggalkan nama jugak-

Bebantal Air ~~Hangit~~

Budak Degil

Monday, July 11, 2011

Transform!!!

Salam 1 floria!! Eh2?? Kenapakah Floria?? Hahahaha.. sebab di Putrajaya sanun ade munge2, dan munge tersebut sangat la santek2.. (nih tak kira lagik munge2 yang bergerak dan berjalan-jalan, tapi sempat gak la survey kan, ada yang ala-ala yuna, ada yang ala-ala Fatin Liyana, ade jugak yang ala-ala Hana Tajima.. ngeh ngeh ngeh)

Tapi aku tanak citer pasal Floria lagik, sebab sumer org tgh mood Floria, so aku nak citer pasal tajuk besar. Apekah?? Transform?? Bukan nak cerita pasal muvee transformers tuh, tuh nak watper?? (Padahal aku da nengok sampai 3 kali) Hahahaha~~~~

Ingat lagik kan keter aku?? Cuber beri pendapat pasal keter aku?? Ha?? Ape die?? Kurang pendengaran lah. Hahahah.. Pedehal, Aku tawu ramai yang mengeji keter aku, sebab?? Keter aku spesis orang tua (wuwuwuw, pakcik aku cakap keter aku cam orang tua, da la kaler gold)
Dengan cercaan tersebut aku telah men'transform' (hampunkan saya cikgu Jasimah dan cikgu BM Seantero M'sia) keter aku menjadi sebuah kederaan yang berupa resing yang teramat sultan. (ta paham?? Print apa yang aku taip, rebus, dan minum, kompom!! Paham sampai anak cucu, hahaha)
Walaupun aku punya Tenggiling tu roper macam resing tak hingat, tapi aku telah membuktikan bahawa tenggiling aku adalah menatang yang boleh dikategorikan MPV (Multi Purpose Vehicle) Bersaiz super power kiut dan resing. Macam mana?? Hang tanya kat aku camna?? Mai sat aku nak habaq kat ampa suma. (eh?)
Haaa… Dengan jayanya aku telah Berjaya men’transform’ tenggiling aku menjadi ;

Tada!!!

See?? See?? Ape tuh??

Hahahaha!! Mari Ke pasar Malam!!

Amacam?? Nampak tak??

 Hahahahaa... udah nampak ke mikeme mikeme sumer?? Hehehehe.. Well dengan kreativiti yang aku ader, aku telah menukarkan Tenggiling aku menjadik Optimus Prime!! Hahahaha!!

Ecely aku mengangkut barang-barang umah aku ke sebuah kawasan terpencil di sebuah negeri berdekatan dengan Wilayah Persekutuan. Jeng!! Jeng!! Jeng!! Dengan powernya kami melakukan aktiviti tersebut pada waktu malam berupa seorang penyeludup barang-barang uptown untuk di serahkan kepada tokan-tokan lain. Mujur La keter Sultan kan?? Ape aku bawak pon tak kelihatan di dalamnya, ngeh ngeh ngeh. 

Maka dengan ini Rasminya aku telah berjaya Meng'overhaulin' Tenggiling aku!! Hahaha!! Puass!!! Amacam?? Teringin mendapatkan khidmat?? Sila call nombor ***-*******.
KOMPOM!! Kami akan melaksanakan tugas dengan  efisyen dan mesra rakyat!! Charge juz isi minyak keter ngan Sepinggan Kotew Goreng Basah Daging Pedas.

P/S: ecely aku merapik kot nih dah tade tajuk sgt, sambil-sambil menghilangkan tensen sebab kes sosilawati lawiya. Adess~~

Bebantal Air Transform!!
Budak Degil