Wednesday, June 8, 2011

~Sudut Ke'lyfe'an~

Nama aku Ahmad Dug Bin Abdul Gong. Aku tinggal dan hidup dekat area-area Lautan Laut China Selatan Jugak la. Aku na citer satu peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup aku. Dulu Aku jahat, kaki buli, nampak ikan kecik, aku kejor, nampak sotong-sotong tgh bergembira, aku gigit sekor-sekor. pendek kate, aku dikenali sebab bukan gerun ke hape, cume sebab aku suke nyakat yang teramat la sangat menyakitkan ati dan perasaan. Nak dijadikan cerita, satu hari ade le sebuah bot, nak kata bot, beso jugak, nak kata kapal, kecik cikit, kira cam bot-bot yang orang bawak gi mancing kat pandai dalam tuh, hohohoho.

Aku ade ramai kawan-kawan sejantina, tapi sumer lain spesis ngan aku, Diorang sumer giler-giler macam aku gak, hahahaha, tapi paling nakal aku la. Hahahaha... Antara kawan-kawan aku, kuda laut, Yu, Kerapu Beso, dengan Pari. Diorang nih la besh fwen aku, hehehehe. Mana aku gi, tawu jek mana diorang nak carik, hahaha. Berbalik kepada citer bot tadi, bot nih aku tgk, menarik giler, sempat la jugak aku melompat2 ke permukaan nak tengok atas bot nih ade ape kan??

Ape yang aku nampak, banyak orang bawak pancang-pancang yang panjang-panjang. Pada pancang tuh pulak ada macam tali berkilat, hujung tali tuh nanti ada cangkuk, tapi ada macam yang diorang letakkan pada cangkuk tu. Kata senior-senior spesis aku, itu la pancing. Alat tuh tajam. Kalau dah sangkut, payah nak lepas, lebih bek sangkut terus dari terpaksa dilepaskan. Sakit wo.. Memang bisa. Itu cakap diorang. Aku pun tak puas hati. So aku saje-saje la merapatkan diri pada hujung pancing tuh. Aku tgk, tade pape pon?? Cuma ada macam sedara cacing jek, kata si Kuda laut, itu la umpun-umpun. Aku nih caye je la, lau diorang tipu aku, aku tipu korang la kan??

Nak dijadikan cerita, kawan aku selalu tanya, "kenapa ko selalu lepak dengan ujung-ujung pancing tuh? Bahaya wo, kalau ko tak sedia, silapnya diorang cangkuk ko, sakit ko nanti". Aku cuma jawab. "Ala, aku bukan apa, tgk-tgk jek, tawu la aku elak lau diorang tarik-tarik pancing diorang tuh. Tapi, malang tak berbau. Aku tersangkut pada salah satu kail yang ada. Aku meronta, jiwa ku kacau memikirkan apakah akan terjadi kalau aku ikutkan saja mata kail ni? Memang menusuk pada insang aku.

Aku main tarik-tarik dengan si pengail. Aku tarik, dia tarik, aku taik, dia tarik. Kawan-kawan aku cuma tgk je. Diorang cakap, "ko boleh pilih takdir idup ko Dug, Sama ada ko boleh ikut mata kail nih, atau ko nak ikut pengail-pengail tu". Aku cuma jawab, " Tak pe, aku tak pikir lagi keputusan aku, aku berserah, kalau aku rasa boleh lawan, aku lawan". Lama aku main tarik-tarik, sampai kawan-kawan pun tanak tgk dah apa kesudahan nasib aku. Tapi... Yup!! Aku kalah, ternyata aura si pengail lebih daru aura aku. (ceh aura). Nak wat macam mana, mungkin aku tade pengalaman macam Si Yu, Dia selalu main-main dengan mata kali nih. 

Aku diangkat dan diletakkan dalam sebuah bekas. Semua geng-geng pengail mengerumun aku. "Pelik la kan ikan ni?" Kedengaran suara dari belakang. Nak buat macam mana, dah aku spesis Dugong. Jenis-jenis aku pun tak banyak jugak. Aku yang kepenatan dan ditambah pula dengan kesengalan selepas merentap-rentap dengan mata kail itu, membuat aku ingin rehat sebentar. Si pengail sangat baik kepada aku, dia cakap pada kawannya "Aku nak jaga ikan ni. Dia unik". 

Itu perkataan yang paling aku ingati. Aku diberi makan sebaiknya, dan aku dipastikan ditukarkan air laut yang segar setiap Sejam. Sangat baik pengail ini. Aku mula berasa selesa dengan keadaan aku hingga yang aku lupa bahawa aku telah meronta-ronta lari dari mata kail yang berjaya menarik aku ke sini tadi. Tapi, Si Pengail hanya sekejap melayan aku, setelah 3 hari kami atas bot, mungkin dia bosan. Jadi dia mula mengail semula bersama-sama rakannya. Aku hanya mampu melihat dari jauh, dari bekas yang menjadi tempat aku diletakkan atas bot ini.

Selepas lama mengail, Si pengail berjaya menjinakkan seekor ikan yang lebih unik. Mungkin lebih elok rupanya dari aku. Lebih solid dan mampu menarik perhatian semua pengail atas bot ni. "Wahhh!! untungnye kau! dapat hammerhead shark! Bukan senang tau nak dapat?". " Weh, bela la, mungkin ikan ni lagi elok dari ikan pelik ko tuh!" Si pengail tak menjawab apa-apa. Mungkin aku tak dengar apa yang Si pengail katakan. Aku cuma mampu lihat bibirnya bergerak-gerak. Tapi aku tak tahu apa yang dikatakan olehnya.

Namun, setelah lama Hammerhead itu di atas dek, aku lihat, nafasnya makin tak stabil. Si pengail muma risau akan hammerheadnya. Lalu dengan pantas, si pengail menumpahkan bekas yang aku duduk, dan memasukkan hammerhead tersebut ke dalam bekas aku tadi. Si pengail bertungkus lumus memasukkan air laut ke dalam bekas tersebut. Kemudian si pengail menghampiri ku. " Aku tak mampu bela kamu berdua, aku juga tak mampu untuk pilih antara kamu. Aku akan melepaskan kamu ke lautan". Si pengail mengangkat aku dan melepaskan aku ke laut semula. Walaupun aku gembira sedikit, tapi Aku masih lagi sakit sebab, luka aku bertarung dengan mata kail dan tali tangsi semasa aku di tangkap, masih aku terasa.

Sangat sakit bila masuk semula ke dalam air laut yang kadar garamnya tak sama dengan air laut yang Si pengail tukarkan kepada ku sepanjang aku berada di atas bot. kedengaran suara kawan si pengail. "Woit! jom lah kita, dah seminggu kita kat laut ni, mari kita balik!". Maka berlalulah bot tersebut meninggalkan kawasan tempat tinggal aku. Aku pula di tinggalkan dengan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan sepanjang betarung dan tinggal di atas bot berkenaan. Aku takkan lupakkan itu.


Bebantal Air Mengarang.


Budak Degil.

1 comment:

Miss Tasantek said...

adakah ikan ini spesis ikan buntal?? miahahaha..