Friday, October 12, 2012

Menyerah Itu Pasrah. Berserah Itu Redha. Phuiiii!!!!

Assalamu'alaikum kepada readers2.

Hoyoyoyo... Pagi2 wat jiwa aku tak tenang.

Grup wasap bersama-sama sepupu2 membuatkan aku ilang akal jap.

Cekidout.

Aku :: Selamat Pagi Jemahat Sepupu2!! Jom gi umah nenek minggu ni!

Rodhi (adik kepada sepupu yang aku cerita entry lepas) :: Morning Hells!!

Kak Eida (Beliau) :: Mornings

Rodhi :: Wah!! Ade org nak bernikah ke? Awie (nama aku dalam family) eh?

Abg Aidel (Abg kepada beliau) :: (bagi emotikon tepuk tangan) Tahniah!

Aku :: Ha? Bile plak? Ajojo...

Kak Eida :: Ish awie ni nak kawen xcakap pon huhuhu

Abg Aidel :: Ni la sepupu nk khwin x bg tau pn. (emotikon sigh)

Kak Eida :: untonglaa org nak kawen.. Makan nasi minyak johorlaa pasni

Aku :: Wahahaha! Ini da tahap lawak antarabangsa ni Kawen apenye, calon pon tade. Wahahaha...

Kak Eida :: Eleyhhh. Lawak pulakkk, Eleii, dan2 xde calon

Aku :: Hoyoyo. Siyes. Camne bleh timbul mitos ni? Haha. Dah macam kisah sang kancil dgn sang buaya plak.

Kak Eida :: xpelaa nak kawen diam2.

Aku :: Wahahaha! Ape lak kak eida ni. Mana ada. Adoiyai.

Kak Eida :: Lalalalalalalalaalalalala

Rodhi :: Awie diam2 jee ekk. Raya haji nanti ekk. (emotikon tepuk tgn). Cepat2 k?

Aku :: Pergh! Ini ape kisah ni? knp sy sniri ta tawu ni?

Rodhi :: Paman Nas (Bapak aku) dtg merisik kak eda utk ko awie. Kahkah. Kawen sepupu ank tingtong. (emotikon ketawa)

-cenyap 15 minit-

Rodhi :: Speechless awie??

Ayus :: Wahhhh!! Lepas ni pencen moto kereta la ko awie, sedekah kat aku. Dah kawen taleh bawak laju2! Hahaha!!

Aku :: Ha??? Memandai la ko Rodhi! Wahaha! Ayus, ko igt dapat?? Wahahah.. Tenggiling ngan Unta aku tuh limited okeh?

Sebijik2 Aku kopipes!

Ok!! Ini serius! Aku dah tak senang duduk dah. Kerja2 penting aku dah luperkan. Ciap aku call bapak aku nih, Tapi! Tapi! Tapi! Kenapa Bapak aku tak angkat2 tipon nih???

Haish... Byk giler persoalan diminda nih. Mak aku kata makcik aku cuma call tanya pasal tu jek masa arituh, tade plak kata sampai perbincangan keluarga.

Abes?? Yang adik beradik sumer tawu nih? Apekah?? Sepupu len tawu nih ape pulak?? 

Dah bapak aku nih tak angkat tipon kenapa pulak?? Mak aku pon same. Mana pergi nih?? Adik2 aku pon mana?? Haish!!!

Stress!!! Korg gi mane hah??!!

Bebetul ke hape nih?? Adoiyai. Kusut! Kusut!

Ayah!! Pliss angkat tipon. Ni Besar punyer kes nih. Haish!!

Arghhh!! Ape ni? Ape ni?

Bebantal Air Nak Balik JB!!

Budak Degil

Tuesday, October 9, 2012

Untung Sabut, timbul, Untung Batu, Tenggelam, Untung Aku?? Tenggelam Timbul La Jawabnyer.

Assalamu'alaikum kepada readers2. Hahahaha.. Anda ceria pagi ini?? Tidak?? Mengapakah sebabnyer??

Jika tidak, maka anda juga seperti saya. Wahahaha...

Apahal lak skema ayat aku pagi nih kan?? Haish!! 

Semalam taleh nak tido. Mak aku call. Kisahnyer mak aku tanya.

"Nak ke kawen ngan sepupu ko tuh?"

Aku dah ternganga dah. Apekah nuraka?? Haish...

Nih sumer raya punyer pasal. Jom kita Flashback atau Imbas Kembali dalam arti BMnyer.

Al-kisah raya kat umah nenek aku sebelah bapak. Makcik aku yang bertanggungjawab membawa aku masuk ke arena peng'sekretari'an dok menjoyah sebelah aku yang baik punyer tgh tala ketupat palas bersama rendang yang mak aku masak sebelum balik ke rumah nenek aku nih.

Beliau mmg sorang makcik (merupakan adik ipo bapak aku) yang caring, lau tibe2 dtg mengejut dok peluk aku dari belakang tuh, tuh dah biasa. Dulu aku tak suka beliau nih, tapi lama2. Lantak la. Hahaha.. Tapi skang nak wat aku tak suka lagi ke hape?? Haish.

Lepak2 makan, dia tanya, kenapa tak bawak gf aku balik kampung raya? Aku jujur jek la kan, da tahap makcik aku. Aku just cakap jek, mana ada gf lagu. Haish!!

Masa tuh, makcik-makcik yang len (rata2 adik kandung bapak aku plus adik2 ipo bapak aku) merapatkan diri masing-masing. Nak tawu aper citer aku ngan makcik aku. Sorang suggest aku amik kawan dia. Cikgu kat tempat dia ngajo. Sorang plak suh aku amik bakal menantu tak jadik dia, sebab anak dia eksiden. Dead. Pastu makcik aku yang mula2 approach aku nih dok bangkang aku amik diorang2 tuh.

Pastu makcik aku yang bertitle adik kandung ayah aku dengan laser trus cakap camni
"Alaaa.... Kak Sham tu takde len la tuh, nak suh jadik menantu dia la tuh kan??"

Makcik aku nih dok gelak2 jek. Then masa tuh aku dah boring dah. Aku trus benti makan, kuo umah nenek aku tuh, ajak sepupu aku ngan adik aku men mercun n meriam. Bosan!

Tup2, malam tadik, mak aku call, dia sakap macam nih

"Macam mana wi? Wak (panggilan makcik/pakcik yang pangkatnya atas bapak/mak aku) serius tu rupe2nye."

Aku kata

"Apekah?? cam tade org len dah ke?? Sepupu kot?"

"Sepupu pon kan boleh kawen?"

"Ye la, tapi tade org len dah ke wak tu nak carik?"

"Agaknye la. Mak tak tawu nak cakap ape"

"Laaaahai, mak pon tak soal ke? Kak Aida (Sepupu aku) tuh  kenapa?? Taleh carik org len dah ke?"

"Laaa... Jgn la marah. Mak tanya jek"

Aku terdiam. Tak sedar. Mungkin dah tinggikan sore kat mak aku. Haish. Berdosa plak rasa.

"Sowi la mak. Bukan ape. Macam la tade org len dalam dunia nih ntah"

"Kalau taknak takpe la, mak tak paksa, tapi tak payah marah2"
(Tacing pulak mak aku nih)

"Mak, abg bukan marah mak. Tapi tu la, dok tanya2 mak kenapa? Raya aritu lagi dah abg kata tanak kawen lagik"

"Ye.... Mak dengar"

"Hah!! Dah mula la tak sedap dah nak sembang ngan mak. Abg bukan marah mak. Tapi tak suka la org dok push2 mak suh tanya.  Bukan tade nombor tipon. Tipon, Tanya abg direct. Kan ke Puas hati?"

"Ye... Dah la. Jangan marah2"

"Hahahaha.. Mana ada marah mak, tak suka la diorang wat mak macam nih. Lepas nih lau diorang tanya mak, mak cakap jek abg dah ada calon"

"Yeke? Sape?"
Bersuara girang disitu.

"Laaa.... mak nih, takkan tak tawu?? Cuba tanya akak. Akak (adik aku) pon tawu"

"Tak citer kat mak pon."
(sambil tanya kat adik aku calon yang dimaksudkan)
"Sape kak? Abg kata dah ade makwe nih? Tak cakap ngan mak pon?"

"Alaaaa~~ Abg tuh berangan! Najwa Latif la tuh, sape lagi!"
sorak adik aku.

"Huh?!! Main2 ye budak ini!?"
Sambil ketawa.

"Hahahahaha!!! Kan mak dah cenyum tuh. Ngeee... Dah la mak, tayah pikir2. Nanti abg tipon jek wak. Mak diam2 jek"

"Jangan nak cakap kasar2 wi, org tua senang terasa. Ati dia lain"

"Hahaha... sama la macam mak, abg sakap len, mak tapsir len, Kikikiki"

"Ha?? Tengok tu?? bukan nak dengar nasihat org tua"

"Hahaha.. mak ni.... tacing plak... Abg gegurau jek, abg tawu la ape nak sakap."

"Hah. Yela, dah malam ni. Besok nak kerja. Pergi tido"

Then bersambung perbualan mak dan anak selama lebih kurang 10 minit lagi.

Pastu mula la aku berfikir dan berfikir dan berfikir lagik.

Adakah ini akan jadik seperti satu perkawinan paksa?

Kawen Paksa??
Lau aku dipaksa kawen? Ape akan jadik pada buah hati aku? Ape akan jadik pada skendel aku?

Owh Najwa~~

Owh Tiz~~

Ape akan jadi pada mereka2 di atas ini? Dapatkah aku terangkan kepada mereka kedudukan aku andainya perkara seperti ini terjadi??

Arghhh!!! Tensen!

Bebantal Air Dalam Dilema

Budak Degil

Monday, October 8, 2012

Andai Diberikan Emas Permata, Kupilih Senyumanmuuuu~~

Assalamu'alaikum kepada rakan2 taulan.
Haish!! Tanak sakap banyak2. Hahahaha...

Cekidaout!~~

Aummm!!~~ Jatuh Ati??

Sape Rasa Dia Iras2 Tiz, Jom Date!! Wahahaha!!! 

Hahahaha... Budus Punyer Gemok! Nak Muke Retis jek kan??


Bebantal Air Suka Tiz Cenyum.

Budak Degil

Wednesday, September 19, 2012

Wo0rDLe3s$ W3dNe$D4y

Assalamu'alaikum kepada rakan2 taulan.

Mari Mengimbau masa2 lalu. Ngeeee.

Cekidaouttt~~

Teka Mana Aku?

Hahahahaha... Nampak? Nampak? Nampak?

Bebantal Air Nampak Budak Sekolah Cun Arinih.

Budak Degil

Tuesday, September 11, 2012

Kerana~~ Engkau Isteri~~ (Sila Nyanyikan Seperti Lagu Kopratasa)

Ini dah kira ajaib kan?? Sepagi dah buleh wat sampai 2 entry?? Wahahaha...

Pedulik hape aku. Agagaga...

Nak berkongsi bersama blog seorang suami yang da best bom bom cikala kala kaboom!!

Serius ini perasaan mmg tabik toink2 punya kat ini abang. Abang Abil fikri Ahmad namanya.

Cakap pon tak guna, tembak tak kena. Sila la melawat kawasan beliau.


Aku berharap aku juga dapat menjadik seorang suami seperti beliau. Superb Power Double Toink2 Salute kat beliau.

 Haish!! Wahai si isteri menjelmalah dalam mimpi ku~~ Wakakaka

Bebantal Air Bebantal Air Bebantal Air

Budak Degil

Wo0rDLe3s$ W3dNe$D4y

Assalamu'alaikum kepada rakan2 taulan.

Ce Cekidaout nih.

Penangan 1st bos dalam perkhidmatan.

Hoyoyo.... Sengal la ini bos. Sape nak kawen ngan aku!?? Angkat Kening laju2 cepat!! Wakakakaka....

(Promosi macam beli barang kedai 2 hengget plak)

Bebantal Air Haru Biru Kelabu Berbulu

Budak Degil

Monday, September 10, 2012

Andainya Aku Seorang Engineer.

Assalamu'alaikum kepada rakan2 taulan dan sahabat handai. Macam mana raya korang?? Hahahahaha... Mesti sonok kan?? Aku macam biasa. Masih menerima duit raya dan masih aku terima dengan perasaan malu2 kerbau. Wakakakaka.

Nih nak citer kepada kawan2 pemandu semua nih. Tak tawu la kenapa perasaan yang sangat2 sakit ati lak kan arinih. Pergi kerja pagi nih, berbakul2 seranah aku bagi. Selalu aku cool jek. Bukan ape, dah fedap sangat kot ngan perangai segelintir umat maknosia yang memandu mengikut perasaan sendiri.

Susah ke nak tolak or tarik tuil signal?? Susah ke?? Ke signal kome2 kena pakai kredit? Tiap satu kelip seposen? Haish.... Bengang giler aku.

Tolong la eh?? Aku tawu aku pon bukan lah pengguna jalan raya yang bersopan sepenuhnya. Tibe time setan aku, menggila gak aku kat jalan raya. Tapi ape salahnye kan, cuba la biasakan diri dengan memberi signal sebelum membelok ke ape ke.

Semua tuh boleh bagi pengguna jalan raya yang lain alert. Pagi nih, sorang pakcik tersungkur sebab sebuah Suzuki Swift berwarna Biru yang cukup santek dengan spotrim yang aku rasa 3 ribu belum tentu lagi boleh dapat spotrim sahaja, telah keluar melulu dan menyebabkan pakcik tuh tak sempat mengelak akibat tindakan tiba2 kenderaan tersebut. Mujur la tak tercampak orang tua tuh masuk ke parit besar yang boleh memuatkan sebuah lori kontena bersaiz besar.

Pakcik yang tabah itu telah berlari2 menyelamatkan anaknya yang lengkap berpakaian sekolah. Ya. Walaupun beliau luka teruk di kaki sebab tersangkut bumper kereta. Anak dia jugak yang dia selamatkan dulu.

Yang buat aku bingit dan meloncat2 bukan ape. Seorang gadis santek ala2 model bijirin kesihatan Fitness telah keluar dari tempat duduk pemandu. Dan melontarkan kata-kata ini.

"Hey orang tua! Tak nampak ke hah?? Kereta besar2 macam ni pon nak langgar!"

Aku yang kebetulan sedang melakukan proses fogging menghalau nyamuk dalam kereta, dengan pantas, keluar kereta, meluru ke arah gadis tersebut dan......

Kelepap!!!!

Sebuah tamparan jejaka buncit berbaju kemeja belang2 dengan garisan lurus kebawah, berseluar slack cap padini down town dan ber'crocs' hinggap kat muke mulus biadap tersebut dengan kata2 nasihat.

"Cik adik, jangan kurang ajar. Dah la keluar lane tak bagi signal pastu menonong jek masuk lane sana, ape?? Kereta nih pakai niat je ke nak bagi signal idup? Susah sangat nak guna jari yang tiap2 minggu wat manicure nih? Hah!? Calar kuku?? Skang pi mintak mahap kat pakcik tuh. Aku kira sampai 3. cepat!!"

"Hey!! U sape hah!!?? Suka2 tampar orang? I saman U nanti!"

"Aku bapak mentua ko, ko tak kenal?? Haram Jaddu betol. Muke jek cam model, perangai macam hapa! Mengalahkan mak lampir!"

Dah malas aku nak layan awek haram jaddu tuh membebel nak saman la, nak ape la, tros aku tolong pakcik tuh angkat beg ngan bekal makan anak dia. Kesian, seluar anak dia koyak rabak sebab berguling. Kasut sekolah lagi sebelah tak jumpe, mungkin tercampak ke parit besar berdekatan.

Pakcik tersebut dengan rendah diri, meminta diri dan nak pulang dengan cepat. Katanya nak anta bini pergi kerja. Pergh!! Macam tu punya cedera pon sempat lagi pikir bini kat umah. Terus berdesup menyirap darah aku bila membayangkan lelaki tua tersebut adalah bapak aku. Kalau bapak aku la, mmg lunyai pompuan nih aku kerjakan.

Pompuan model haram jaddu tersebut masih lagi memekak2 nak saman aku dan jerit2 meroyan marah kat pakcik tuh. Malangnya. tade sape pon pergi kat pompuan tuh. Mungkin sebab jalan raya penuh sesak dan orang sekeliling berlumba-lumba nak pergi kerja takut punch card merah.

Aku berlalu kat kereta. Dan amik sebuah kad untuk bagi kat pompuan tu.

" Nah. Ni kad saya. Ada alamat opis. Kalau rasa2 nak saman, boleh la wat permohonan. Pergi skang ye? Kang ramai pulak orang nak menyaman."

Kata2 sinis ku di sambut dengan muka tak puas hati. Di renyuk kad yang aku bagi, sambil makian yang tak putus macam orang tengah meratib sambil berlalu masuk ke dalam kereta semula.

Aku pon ape lagik, tgk jam, sudah pukul 8 pagi, aku pon berlalu pergi kerja. Punch card aku merah lagi. Hahaha.

Sambil memandu ke pejabat. Aku berkata-kata. Dah macam ni agaknya orang perempuan sekarang kan? Tade rasa malu yang menjadi penanda aras berharganya nilai diri wanita itu. Maki2 orang tua yang selayaknya sama tarap dengan bapak dia agaknya. Haish. Kalau ikut ati tadik, aku seret pompuantuh pergi balai. Aku pulak tak tegas sgt tadi. Lau tak, kompom aku EL arinih untuk tolong pakcik tuh setelkan masalah tadi.

Tapi pakcik tuh pulak dah berlalu. Sikit pon tak mintak ganti rugi, sikit pon tak rasa nak marah kat budak pompuan tuh. Siapa pakcik tuh? Tenang betol dia. even luka2, anak cedera, dia tetap tak melawan apa yang pompuan tuh dah buat.

 Hai la donia. Kenapa la aku tak jadik engineer? Lau tak, nescaya aku ciptakan kereta utk budak pompuan tuh yang signalnya idup pakai niat jek. Niat nak ke kiri, signal kiri idop, niat nak ke kanan, signal kanan idop. Mesti pakcik tuh tak dapat kecederaan yang macam tuh tadi.

Ape-ape pon, ini la donia. Pengalaman tadik membuatkan aku lebih berjaga2. Yela, aku pon menunggang motosikal jugak pergi kerja ke, kemana-mana saja. jadik keadaan seperti tuh selalu aku hadapi. Cuma mungkin pengalaman berjaya wat aku mengelak kecelakaan tersebut dari berlaku.

Plis la kawan2 eh? Tolong la biasakan diri. Aku bukan ape. Nak korang-korang semua selamat. Dan tak membahayakan orang lain. Kesian tau pakcik tadik. Haish...

Dah la, tibe2 ilang mud nak kije. Nak half day jek arinih. Ok Babai.

Bebantal Air Dah Mula Benci Pompuan??

Budak Degil

Monday, September 3, 2012

Wednesday, August 15, 2012

Membaca Jambatan Ilmu, Kalau tak Membaca, Jangan Lalu Jambatan, redah Jek Sungai Kesukaran.

Assalamu'alaikum Dan Selamat Pagi!!!!

Ahaaaa.... Semalam lepak2 tepi hiway, aku dok la on9 pakai 3310 aku yang telah diupgrade menggunakan perisian symbian nih. Tup2. Baca Status satu page yang aku like nih kekdahnyer.

Cer baca cikit.

Cekidaout~~

## tahukah anda

Makhluk Paling Magic

Perempuan ialah makhluk yang paling misteri.Lu orang tengok la National Geographic banyak mana pon,baca la "buku" apa pon,tanyalah para cendiakawan mana pon,gua berani jamin lu orang takkan berjaya merungkai kemisterian perempuan.

Pernah terfikir nak makan apa-apa dan tiba-tiba mak lu orang masak makanan yang lu orang teringin sangat tu?Pernah demam atau sakit dan tiba-tiba mak call tanya khabar macam tahu-tahu je lu sakit?Pernah terfikir pasal apa-apa benda dan mak lu macam tahu apa yang lu fikirkan?

Magic kan mak?

Dalam banyak-banyak benda hidup,naluri perempuan lebih-lebih lagi golongan mak la yang paling tepat. Itupon kalau naluri tu tak digunakan mengikut nafsu. Kalau nak diikutkan naluri makwe pon kadang-kadang tepat jugak tapi mungkin naluri makwe ni jadi tak tele bila dipengaruhi dengan perasaan macam jeles membabi buta.

Memahami perempuan ialah antara benda yang susah di dunia. Kalau wujud subjek memahami wanita gua yakin 70% golongan lelaki akan kandas. Punyalah susah nak memahami perempuan sampai kadang-kadang perempuan pon tak faham dengan perempuan ye dak?

Lelaki jarang gila gaduh dengan kawan baik tapi perempuan boleh bergaduh dengan BFF pastu baik semula gaduh semula,BFF dengan orang lain pulak pastu gaduh lagi baik semula dan apa semua bagai lagi.Sebabnya senang je, perempuan pon tak faham hati perempuan lain.

Bila lelaki sebut "ya" lelaki tu memang akan maksudkan "ya".Tapi bila perempuan beri jawapan "ya",ia boleh jadi macam-macam benda.Perempuan jugak terlalu banyak bahasa yang susah kita nak faham.Bila seorang perempuan bersetuju tak semestinya dia bersetuju.Bila dia marah dia mungkin sayang.Bila dia menangis dia mungkin gembira.Bila dia menghalang mungkin dia sebenarnya menggalakkan.Bila dia bersahaja dia mungkin benci.

Susah kan nak faham diaorang?

Tapi jangan jadikan alasan sukar memahami untuk kurangkan jumlah kasih sayang kita.Sepatutnya makin susah kita nak faham sesuatu benda,semakin eksaited kita nak tahu pasal dia,semakin banyak juga la kasih sayang kita padanya.

Objek pemusnah atau objek spirit,perempuan boleh jadi kedua-duanya.Untuk menghancurkan dunia, serahkan pada lelaki dan dunia akan hancur tapi untuk menghancurkan lelaki serahkan pada perempuan dan lelaki akan hancur.

Tapi cuba kalau ada makwe cakap macam ni,"abang kuat kan?Boleh tolong sayang angkatkan beg ni kan?".Lu letak la berat beg tu 80 kilo pon lelaki tu lemah macam mana pon mesti dia boleh angkat jugak ataupon sekurang-kurangnya menunjukkan usaha kalau dia tak boleh angkat,dia akan panggil mana-mana puaka tolong angkatkan sama-sama.

Mungkin sampai bila-bila kita takkan berjaya meleraikan misterinya perempuan.Mungkin sampai sudah pon kita takkan faham dengan perempuan.Tapi bagi makhluk yang diciptakan oleh Tuhan dan terlalu banyak sikap penyayang dan perasaan di dalamnya,mungkin jawapannya ada pada rasa kita sendiri.

Bencilah dia dan dia akan jadi musuh paling ketat lu hadapi.
Sayanglah dia dan dia akan sayang lu melebihi nyawanya.
Cintailah dia dan dia akan mencintai lu hingga langit bertebaran ##

Haaa…. Tuh aku kopipes bulat2 dari page tersebut. Buleh kata isi yang diberikan aku setuju 100%. Hahaha…

At last aku komen kat page tuh,

“Rangkap paling last. Tak setuju. Lalalalala...

Tang yang last tuh mmg aku tak setuju 100%. Wakakaka… Kejadah. Lau lu sayang diorang sepenuh jiwa raga dan bakul lu pon, wa berani cakap la. Lau dalam ati beliau mmg lu tade. Jawapannyer tetap tade. Hahahaha!!

Takyah tipu la pompuan2. Buat la baik camne pon. Belikan la sayap kapal terbang Boeing 787, pikul, bawak sampai depan umah beliau. Carik la bulu kening beruang grizzly yang tak penah kena air ke, Lau dah dia rasa lu bukan orangnyer. Dalam ati beliau ada org len. Lu cume berlaga perot ngan dinding la kekdahnyer, wakakakaakaka.

(Skang tepuk sebelah tgn pon boleh bunyik tau?)

Hahahaha.. Eh?? macam anti jek kan komen aku? Wakakaka.. Pengalaman mendewasakan. Walaupun bukan pengalaman sendiri. Berkongsi pengalaman itu lebih bermakna daripada buat2 pandai. Ahakz!!


Bebantal Air Bercelaru Di Musim Raya

Budak Degil

Monday, August 13, 2012

Pat Siku Lipat, Dah Kalau Siku Sampai Berlipat? Pergi La 'Up' Moto Tuh Lagik.

Selamat Pagi Dan Assalamu'alaikum!!

Ehem2!! Sihat sumer?? Tuh yang dok bawah meja tuh watper?? Bancuh megi ke ape?? Ahakz!!!

Ecely pagi nih gua tersenyum tgk satu gambo. Ahakz!! Giler suwit la bagi aku. Wakakaka…

Rasa nak lempang2 muke sniri pon ade gak. Kihkihkih. Boleh tak cakap macam tuh?? Pape pon,

Cekidaout~~~

Amacam?? Wakakaka.. Kiut kan dua2?? :P

Ape kejadah ntah wa boleh terbayangkan diri gua kat dalam gambo nih. Ahakz!! Berlumbe2 perot ngan bini. wakakaka... Pening kepala.

Bebantal Air Nak Raya!!!

Budak Degil